Ada Apa Dengan Michael Jackson?


R.I.P Michael Jackson. Dari kecil, aku tak pernah sukakan dia. Malah aku benci setiap kali mendengar namanya. Dari kecil aku dah dididik untuk membenci Michael Jackson. Masih lagi teringat ketika umur aku 5 tahun, keluar satu video klip persembahan Michael Jackson di televisyen. Terdengar suara ayah mengutuk dan mengeji Michael Jackson. Katanya menari entah apa-apa. Lagu pun entah apa-apa terkinja-kinja. So sejak dari itu, kepala aku memang dah set untuk membenci Michael Jackson tanpa memahami dan mengambil tahu siapa sebenarnya dia. Budak-budak biasalah.

Masuk alam persekolahan dan universiti, langsung tidak sesiapa atau apa yang mengubah tanggapan aku kepada Michael Jackson. Mungkin kerana nama Michael Jackson tidak sehebat zaman kegemilangannya seperti dulu (Tahun 2000 ke bawah). Aku semakin buta dengan lambakan artis-artis baru dengan lagu yang semakin hari semakin sedap dilayan. Jangan kata Wikipedia, Youtube dan Google pun tidak pernah sekali aku letakkan nama Michael Jackson untuk dicari.

Sehingga perjalanan hidup aku selama 21 tahun, aku tak pernah ambil tahu siapa Michael Jackson dan apa lagu nyanyiannya. Yang aku selalu dengar dari kecil hanya sekadar nama. Seorang Michael Jackson. Lagu dia yang aku tahu hanya satu, Beat It! Itu pun secara tidak sengaja terlihat di blog siapa suatu ketika dulu tapi fikiran aku masih terbelenggu untuk membenci dia tanpa sebab yang aku sendiri tahu. Mungkin kerana persekitara disekeliling semasa aku membesar dulu kan. Aku membesar boleh dikatakan tanpa lagu darinya oleh kerana tv dan radio di Malaysia rasanya tidak pernah lagi aku dengar mengeluarkan lagu-lagu dari Michael atau mungkin aku yang terlepas? Namanya hanya keluar di TV dan radio ketika kes-kes pencabulan yang pernah diletakkan ke’atas nya. Pastinya membuatkan aku bertambah meluat dengan insan bernama Michael Jackson.

Lebih berpuluh ribu lagu memenuhi hard disk laptop ini tapi tiada satu pun lagu dari Michael Jackson. Tetapi hari ini selepas lebih seminggu Michael Jackson pergi meninggalkan kita, baru aku tersentak dan terasa sebuah kehilangan yang besar dalam hidup. (more…)

Posted on 4 July '09 by , under Hidup Khai, Tergempar. 83 Comments.