Selamat Pengantin Baru, Riena

Ah, Khai tak boleh biarkan blog ni berhabuk semata-mata nak tunggu Yamaha 125zr tu sampai. Apa punya bengong kedai motor tu kasi JPJ nombor siri enjin yang salah. Dia boleh terletak huruf O jadi nombor 0. Khai pun tak boleh nak salahkan mereka sebab perkara macam tu memang selalu terjadi. Kenapalah nombor 0 tu bulat ye? buat la petak ke, segi tiga ke, so takde la nak keliru dengan huruf O. Jadi takpe la, ade motor tu nanti, ade la entri pasal motor idaman Khai tu.

Hari ni dah hari Khamis. Lagi 2 hari Akak ke-3 Khai, Riena nak mengakhiri zaman bujang (02 Februari 08). Ketika ni, Khai masih lagi di Limkokwing hostel. Di Cyberjaya bandar yang mati. Ini kali pertama Khai langsung tak dapat nak tolong ma dan abah kat rumah. Before, masa abang dan dua akak Khai khawin, Khai still di zaman persekolahan. So memang sentiasa ada rumah untuk tolong apa yang patut. Tapi sekarang, jauh dari mereka. Anak-anak yang lain pun sibuk bekerja dan dapat balik sehari sebelum kenduri. Kesian Abah dengan kudrat yang masih ada, lakukan semuanya demi seorang yang dipanggil, ANAK. Khai hanya dapat balik pagi sabtu nanti itu pun kalau dah dapat 125zr tu. Kalau takde motor, entahla. Naik bus la kot.

Kalaulah Advertlets dah hantar cek untuk bulan November, pasti Khai akan sewa helikopter. Come on la Advertlets, dah nak masuk February maa.. Hurm, Khai tak dapat balik awal sebab kelas last hari Jumaat. Habis pukul 5 petang plak tu. Ikutkan hati nak saje Khai ponteng. Bukan kedatangan yang Khai risaukan, tapi ianya subjek sukar iaitu 3D Animation yang menggunakan persian Autodesk 3D Max sepenuhnya. Satu software yang amat jarang Khai gunakan. Bak kata lecturer, sekali kamu tak datang, jangan harap kamu nak faham. huhu.. Tapi sangat seronok rasanya meluahkan imiginasi dalam bentuk 3D menggunakan 3D Max.

khai_myspace_family.jpg

So kepada Kak Riena, selamat pengantin baru adik ucapkan. Semoga berkekalan sampai ke akhir hayat. Dapat abang ipar pun satu kepala. Nice nice.. Memang abang ipar dan bakal abang iparku semua satu kepala. Suke suke.. Pandai sister-sister ku mencari. Kak Riena ada menjemput semua rakan-rakan Khai tak kira di University ni atau di internet, tapi saje Khai malas nak jemput sebab taknak susahkan korang. Hahaha.

Update: Sedikit gambar perkahwinan

Posted on 31 January '08 by , under Istimewa. 20 Comments.