Kenapa anda perlu menyokong Pak Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6?


Ini entri pertama yang ada di blog ni selepas Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 menggantikan Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Kalau Abdullah Ahmad Badawi kita panggil Pak Lah, boleh tak Najib kita panggik Pak Najib? Hehehe.

Hari ini hari ke-2 Pak Najib kita menjadi Perdana Menteri Malaysia. 3 April 2009 merupakan tarikh keramat dalam lipatan sejarah negara. Memang terlalu awal untuk kita membuat keputusan betul atau tidak Pak Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Apapun ianya satu pengalaman paling bersejarah untuk diceritakan pada anak cucu kita nanti. Khai masih belum lahir ketika Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama sehinggalah juga perlantikkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Tetapi penyerahan kuasa dari Tun Mahathir kepada Paklah dan dari Paklah kepada Najib dah tentu memberi seribu makna buat Khai yang pasti akan menjadi seorang bapa kepada anak-anak yang akan lahir kelak. Ini mungkin cerita yang mereka nak dengar kerana pada masa itu, dah ada pun soalan dalam subjek Sejarah SPM mungkin. Hehehe. (more…)

Posted on 4 April '09 by , under Politik, Tergempar. 93 Comments.

Gambar sosial anak menteri Malaysia (UPDATE)

Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak disangka kerana pada pemerhatian Khai, patutnya dia berasa bertanggungjawab untuk menjaga status parent yang sangat disegani. Kalau dah jadi pemimpin nanti, habislah Malaysia ni tak ubah menjadi seperti negara sosial macam Singapura. Hancus lebus!

Kalau dilihat keruntuhan akhlak kat Malaysia ni kan, dah teruk bahkan anak pemimpin tak langsung menggambarkan anak kepada pemimpin negara Isam. Kalau ini yang ditonjol’kan anak pemimpin di Malaysia ni, no wonder Islam di Malaysia selalu diperlekehkan. Dek kerana orang yang tak takut Tuhan, agama menjadi mangsa. Islam dihina. Adilkah? Sebelum orang luar pandang rakyat, dia akan pandang cara hidup, keluarga dan kepimpinan pemimpin itu sendiri.

Bukan nak kata diri ni baik sangat, but apa pun kita nak buat, kita kena sedar siapa kita. Jangan kerana kita, ibu bapa kita yang kena tempias’nya. Biarpun hidup dinegara orang, kita ada budaya kita sendiri. Orang kata biar mati anak, jangan mati adat. (more…)

Posted on 21 February '09 by , under Tergempar. 127 Comments.