Pelancaran Oh! Khai dan Oh! Dara

Dimaklumkan kepada semua kawan-kawan ku di sini, dua web lagi under Oh! Media baru dilancarkan dan kedua-dua website ini bukanlah website komersial di mana tiada iklan yang akan diletakkan.

1. Oh! Khai

ohkhai

Dulunya diari online Khai yang beralamat khai.via.my tapi dah di’upgrade keupayaannya dengan cover-up sekali untuk live blogging (blogging via phone). Ini bermakna blog live blogging Khai yang beralamat di www.justkhai.com/live dah tiba ke penghujung usia’nya tapi masih ada sampai bila-bila untuk rujukan. Oh! Khai meliputi kisah hidup dan pandangan untuk kehidupan yang jauh lebih peribadi berbanding Justkhai. Dan mungkin tiada lagi kisah personal di Justkhai selepas ini. Dan itulah tujuannya untuk menjadikan Justkhai tidak terlalu personal seperti sebelum ini. Sikit-sikit tu boleh. Hehehe.

URL: www.ohkhai.com

2. Oh! Dara

ohdara

Sebuah website ilmiah ber’orientasi’kan seks dan kehidupan alam perkahwinan. Biarpun Khai dan mereka yang terlibat nyatanya masih belum berkahwin, tapi bila diperkatakan melalui ilmu, pastinya ianya adalah ilmu dan tolong jangan pernah pertikaikan biarpun melibatkan seks. Dari survey yang dilakukan, di dapati orang melayu paling ketinggalan dalam pengetahuan mengenai seks bairpun telah mendirikan rumah tangga. Nafkah batin ni sebenarnya tersangatlah penting dalam kehidupan berumah-tangga kalau nak bahagia sampai korang monopause. Hehe. Pemikiran yang terbuka amat diperlukan semasa melayari.

URL: www.ohdara.com

Beberapa website lain masih di dalam pembinaan termasuk sebuah website komersial iaitu Tanpa Warna yang akan menjengah dan memeriah dunia internet pada June 2010 ini dan seterusnya secara berperingkat. Sokongan berterusan dari korang semua amatlah diperlukan. Majulah Blogger untuk Negara. (more…)

Posted on 22 April '10 by , under Istimewa. 59 Comments.