Persepsi diriku pada masyarakat India

Berbanding dengan Hari Raya dan Tahun Baru Cina, Khai tak berapa nak alert pasal Deepavali ni. Semalam dengar pom pam pom pam bunyi mercun, baru tanye member apejadah orang main mercun pulak ni. Member Khai cakap esok Deepavali la dowh!

Lah! So hari ni dah Deepavali la yer? Happy Deepavali buat pembaca Justkhai ni yang menyambutnya. Ada ke orang india baca blog ni? Ada kot, kita je yang tak tahu. Khai ni penganggur terhormat, so lagi la tak tahu pasal cuti-cuti sambutan perayaan ni kan. Kalau korang yang masuk kerja 9 hingga 5 petang tu boleh tak tahu, maka memang patut ditampar laju-laju. Hehehe.

Tak best pulak setakat nak wish je. So cerita sikit apa tanggapan Khai pada kaum india di Malaysia sebelum ini dan selepasnya. Harap kalau ada kaum india yang baca tu, jangan ambil hati la ye? Ikhlas lahir dari hati.

Ok, sebelum ni bila sebut je pasal orang india terus kepala hotak yang berjambul ni, akan terlintas india ni gelap, busuk, pelik, gangster, kaki mabuk, serabai, poyo, cakap berbeli dan baju warna tak matching. Wow, amat jahat di situ. Maka dari masa ke semasa, berlaku sedikit demi sedikit perubahan zaman dan pemikiran dari diri Khai sendiri.

Apa tanggapan dalam kepala Khai sekarang bila bercakap mengenai orang India? (more…)

Posted on 17 October '09 by , under Hidup Khai, Motivasi. 102 Comments.