Persepsi diriku pada masyarakat India

1,154 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Berbanding dengan Hari Raya dan Tahun Baru Cina, Khai tak berapa nak alert pasal Deepavali ni. Semalam dengar pom pam pom pam bunyi mercun, baru tanye member apejadah orang main mercun pulak ni. Member Khai cakap esok Deepavali la dowh!

Lah! So hari ni dah Deepavali la yer? Happy Deepavali buat pembaca Justkhai ni yang menyambutnya. Ada ke orang india baca blog ni? Ada kot, kita je yang tak tahu. Khai ni penganggur terhormat, so lagi la tak tahu pasal cuti-cuti sambutan perayaan ni kan. Kalau korang yang masuk kerja 9 hingga 5 petang tu boleh tak tahu, maka memang patut ditampar laju-laju. Hehehe.

Tak best pulak setakat nak wish je. So cerita sikit apa tanggapan Khai pada kaum india di Malaysia sebelum ini dan selepasnya. Harap kalau ada kaum india yang baca tu, jangan ambil hati la ye? Ikhlas lahir dari hati.

Ok, sebelum ni bila sebut je pasal orang india terus kepala hotak yang berjambul ni, akan terlintas india ni gelap, busuk, pelik, gangster, kaki mabuk, serabai, poyo, cakap berbeli dan baju warna tak matching. Wow, amat jahat di situ. Maka dari masa ke semasa, berlaku sedikit demi sedikit perubahan zaman dan pemikiran dari diri Khai sendiri.

Apa tanggapan dalam kepala Khai sekarang bila bercakap mengenai orang India?

Yeah, India, Melayu atau Cina semuanya sama sahaja. Semuanya anak Malaysia cuma yang membezakannya cuma agama, budaya, bahasa serta warna kulit. Mengenai warna kulit semuanya tahu kalau Cina tu memang putih melepak. Melayu pula dengan kulit sawa matangnya dan India? Well, sedikit gelap.

Apa adanya semua itu? Rasa bangang pulak bila renung balik pemikiran Khai dengan orang india dulu-dulu tu. Frankly speaking, hingga hari ini Khai takde sorang pun kawan berbangsa India. Ialah, even kawan yang boleh diajak melepak kedai mamak sekalipun. Tapi tanggapan tu sedikit demi sedikit berubah hanya dengan sesuatu yang diberinama pemikiran. Pemikiran yang lebih matang dan menghargai mereka yang lain.

Mengenai budaya mereka, kalau kita mahu orang menghargai budaya kita, kenapa kita tak cuba menghargai budaya orang lain. Kita hidup di Malaysia ni berbilang bangsa so kalau mereka india dan cina boleh boleh sebatikan diri dengan budaya kita, kenapa kita tidak? Cuba kita hormati apa bangsa lain buat seperti mana mereka cuba menghormati bangsa kita. Jika ada satu dan dua antara mereka yang mengutuk agama atau bangsa kita, janganlah terlalu mudah menyalahkan SEMUA bangsa mereka sedangkan yang salah hanya seketul dua. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

India kaki mabuk? Ganster? Itu bukan semua. Kalau ada orang melayu kaki mabuk, judi dan gangster, takkan kita yang baik-baik ni nak senang hati bila orang cakap SEMUA bangsa melayu ni gangster dan kaki mabuk. Bak kata pepatah Justkhai, kerana awek setitik, habis rosak jantan sebelanga pulak ye? Hahaha. Kalau kita boleh nasihat sahabat kita dari Indonesia tu jangan gelarkan kita maling hanya kerana kesilapan seorang pemimpin (jika ada benarnya) dan bukan semua, mengapa tak apply dalam diri kita sendiri kan?

India pakai baju merah biru yang tak matching pada pandangan mata kita. Tapi bukan tak matching di mata mereka. Jadi kita senyap je sudah. Hormati budaya mereka jika itu yang mampu membuat mereka selesa. Orang india hitam? So biarlah mereka nak hitam ke, pink ke, coklat ke mahupun hijau seperti The Hulk sekalipun. Dah itu budaya nenek moyang mereka. Tapi sekarang ni dah ramai gadis India yang putih. Guna Fair&Lovely mungkin. See, betapa cantiknya mereka! Woot!

Busuk? W00t lagi! Betul ke mereka busuk? Atau hanya kerana seorang india yang korang selisih berbau busuk, so korang kata “INDIA BUSUK”. Lain kali cakap “Lelaki Busuk” dan jangan kaitkan seseorang itu dengan bangsanya. Itu kan tak bagus. Di tempat tinggal Khai ni, orang india memang wangi je sentiasa. Tak busuk pun. Orang melayu lagi ramai yang busuk. Mungkin lupa nak mandi pagi. India yang busuk tu kaki todi mungkin.

Kalau jumpa orang india meragut dan sebagainya, jangan sebut dia punya bangsa. Sebut ada lelaki meragut seba bila sebut lelaki india meragut, orang kita ni akan claim yang SEMUA bangsa India ti jahat dan kaki meragut. Padahal ramai je anak melayu dan cina yang meragut dalam Malaysia ni.

Jadi sama-samalah kita kikis segala persepsi negatif kepada masyarakat lain. Kalau kita taknak sakit, jangan buat orang lain sakit. Agama pun melarang kita menmyakiti antara satu sama lain kan sesama manusia? Bukan agama cakap jangan menyakiti sesama Islam sahaja. Jadi sama-samalah kita. Sia-sia je la kalau Datuk Najib sampai tersembur-sembur air liur dan taik gigi melaungkan “1 Malaysia” tu kalau kita sikit pun tak tersedar zahir dan batinnya apa yang dimaksudkan dengan “1 Malaysia” itu sendiri.

P/s: Orang kita kalau baca paper ada orang India dengan kes merogol, terus cuak lagi hati-hati bila selisih dengan orang india. Last-last kene rogol jugak tapi bukan dengan orang india, tapi dengan melayu tak pun cina. See? Nenek moyang kita cakap, rambut sama-hitam tapi hati lain-lain. Kalau ada abang korang jadi penagih dadah, takkan korang selesa orang gelarkan keluarga korang semua main dadah? Apejadah persepsi orang kita ni! Bosan sungguh.

* Atas iklan deepavali 2009 dari TM. Dan yang bawah tu dari Petronas. Dua-dua hurm.. oklah..

Ditulis pada 4:27 pm 17 October '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,154 views
Dalam kategori: Hidup Khai, Motivasi | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

102 Comments »

Comment by aman
2009-10-17 16:32:39

sama-sama kita ubah tanggapan kita terhadap mereka…

..
 
Comment by zaira
2009-10-17 16:33:58

1 malaysia~

YAY!

SOKONG2.

..
 
Comment by x-po
2009-10-17 16:34:55

tanggapan aku kt org india ni mmg cam ko..dh smlm bising gle kt tmn aku ni..lahabau btl la

..
Comment by Khai
2009-10-17 16:40:40

bro, time kita raya kita pun jauh lagi bising dari mereka. Even mereka ni kaum minoriti, jadi sama2lah kita hormati dan biarlah mereka nak happy2 sikit kan? hehehe.

Oh ya, smalam kalau korang baca blog live blogging khai tu, tahu la kot cerita ada orang india eksiden bawah bas rapid. Sian, sehari lagi nak raya pulak tu. hurmm..

# http://justkhai.com/live/masuk-bawah-bas-rapid

..
Comment by (n_n)v
2009-10-17 18:23:47

x ada pun rider motor tu??
πŸ™‚

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-10-17 21:18:59

xkan nak letak gambar dia plak.. Sian dia. hehe.. gambar yg letak kat blog tu time ambulance dah bawak pergi n polis dah blah. Kalau tak ramai gila orang

 
Comment by (n_n)v
2009-10-20 15:25:47

oh…. hehe~ sian dia~

 
 
Comment by blinkcup182
2009-10-18 19:48:24

yup! sokong 100%!

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by firdee
2009-10-17 16:49:37

memang tanggapan kita kena ubah. kena berfikir positif dan bersangka baik. jgn berfikir kita ni majoriti kita kuat. kita kena juga bergantung antara satu sama lain. jgn ingat bangsa kita sendiri baik kerana di dalam setiap bangsa ada yang baik dan ada yang jahat.

pengalaman yg pernah saya alami sendiri ketika duduk makan di restoran. sebelah restoran ada bank maybank dan biasanya budak2 sekolah agama/ anak2 yatim akan berdiri di depan pintu bank menunggu orang keluar untuk dia jual broduk dia seperti kalendar Islam dan minyak angin. Sambil menunggu makanan sampai saya perhatikan kesemua Melayu yang lalu (selama 10 minit sy perhati) di hadapan anak sekolah itu buat mcm budak tu xde disitu saja walhal budak sekolah tu beri salam dengan baik. Ada brader tu buat muka mcm gangster aje dengan tidak menoleh walau salam diberikan. yg buat saya sedikit sentap bila ada seorang pakcik berbangsa india (umur dlm 50-60 thn) lalu dan budak sekolah menyapa dan perkenal produk mereka pakcik tu dengan senyum berhenti dan membelek2 produk jualan budak tu. akhirnya dia tak beli pon mungkin sbb dah ada kot.

dari kejadian itu, apa lah yg nak dibanggakan dengan bangsa sendiri jika bangsa sendiri tidak betul gerak lakunya. yang salah tetap salah walau apa jua bangsanya. jadi bersangka baik sesama kita itu lebih baik ^^.

Ps: komen terpanjang ku di JK πŸ™‚

..
Comment by Khai
2009-10-17 19:44:55

Hehe.. Memang panjang..

Firdee, dan ini pengalaman ku. Tadi makan di mamak, ada si buta berbangsa melayu.

Gedeng! si buta tu terlangsa kereta. Yang melayu duk nengok macam si buta tu tak wujud. Yang berlari pergi tolong orang india.

Dan kerana itu lahir entri ni tapi tertinggal untuk diselitkan cerita ni sekali tadi..

speechless.. :((

..
Comment by azizwan(dot)com
2009-10-18 18:15:41

sal mung tak lari sama khai? hahaha πŸ™‚

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-10-18 19:07:58

Dah agak dah ada yang tanye soalan macam ni. Hehe. Tengah makan kan. Cuba bayangkan incik Khai tengah makan dengan lahapnya dan berada jauh dari tempat kejadian tapi masih nampak dengan jelas kejadian tersebut.

 
 
 
 
Comment by bodo
2009-10-17 16:51:07

ko ni menulis ikut perasaan dan ikut kepala otak kau je.. ckp jgn main lepas, walopun ko ade diploma, tapi penyusunan ayat berkaitan kaum kena betul, semua org bace ni.. jgn sampai perangkap diri ko sendiri

..
Comment by (n_n)v
2009-10-17 17:03:37

eh? marah ka? hehee~~

..
 
Comment by che where
2009-10-17 17:16:23

yg bodo nie ape hal plak duk emo smcm je…. :p

..
Comment by (n_n)v
2009-10-17 18:24:53

kamu pun emo jg… hehee~ πŸ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by Khai
2009-10-17 19:46:09

diploma ke, degree ke, spm ke, upsr ke, pmr ke..

nickname pun bodo mungkin menggambarkan diri sendiri. Baca tak habis mungkin. πŸ™‚

..
Comment by (n_n)v
2009-10-17 21:16:10

yeay!! loove khai la! πŸ™‚ :love: :love:

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Adney
2009-10-17 16:55:40

Kita semua sayang sama semua…. cheewahh..

Tapi payah nak tengok India komen kat sini….. huk huk

..
Comment by azizan4444
2009-10-18 13:31:06

xpe la bro..harap lepas khai terbit artikel ni tergerak hati kaum india nk kongsi suka duka kt cni..hehe 8)

..
 
 
Comment by VuJiE
2009-10-17 17:03:20

aku mula ada kawan india bila masuk plkn.
and diorang sgt nice.
kitorang takda masalah.
yelah kan.. yang hitam hati tu tak semua..

happy deepavali to indians. πŸ˜€

..
 
Comment by (n_n)v
2009-10-17 17:10:23

ku ada kawan india
bukan kwn la
1 batch ja..
2 minggu d tmpt aku study, dia x thn..
kuar dr tmpt aku study tu
then pulang balik tmpt dia since x ramai student india d tmpt aku study
in fact dalam batch aku dia sorang ja india..
huhuhuhu x smpat bermesraan
:8 =(

..
 
Comment by Mr Fathi
2009-10-17 17:56:21

Ubahlah minda,hijrahlah minda dari yang keruh ke yang jernih.

Jangan kerana air liur setitik,rosak air sirap secawan….(sape nak minum) 😐

So,indahkan hati,suburkan jiwa dan tenangkan fikiran…

Di dunia ini,ada bermacam2 ragam manusia…

tak seronoklah takde pesen itu pesen ini… πŸ™‚

Khai,Deepavali Varthurkel….ehhh salah wish kan orang pulak πŸ™‚

..
Comment by (n_n)v
2009-10-17 18:27:04

hehe..mcm pakar motivasi~ i likeee~ :love:

..
Comment by Mr Fathi
2009-10-18 10:56:36

(n_n)v -> saya sebenarnya pakar motivasi tak berbayar

(Comments wont nest below this level)
Comment by (n_n)v
2009-10-20 15:31:00

x berbayar ka?
sian….meh sini org bg 20 sen,
mau? pastu main jauh2 k?
hihihihi πŸ™‚

 
 
 
 
Comment by d|n
2009-10-17 17:59:36

india ni..kena tengok gak jenis2 dy..
ada yg ok je..mcm kt dlm kelas ak..

klo jiran ak 2..ampeh..
x paham bahase..
skati dy je nak paking depan umah ak..
da lebih 8 kali da sound ak rase..huhu :o:

..
Comment by (n_n)v
2009-10-17 18:28:05

calarkan kreta dia~
hehe(jahat ka aku??)
8)

..
 
Comment by Khai
2009-10-17 19:47:43

melayu pun ramai yg x paham bahasa bro.. mungkin kebetulan india tu jadi jiran ko. Hehehe.

..
Comment by (n_n)v
2009-10-17 21:17:19

loove khai lg! yeay!
:love:

(Comments wont nest below this level)
Comment by Harun Rashid
2010-01-22 02:12:40

(n_n)v nie mesti lover khai? haha.. :o: asyik2 love khai je, mungkin itu tanda sokongan dia kot.. πŸ˜‰

pape pun tahniah buat khai, krn tulis entri ini, barulah org malaysia yg Anti Perkauman tu Tahu dan Menghormati bangsa lain..

aku nie jenis berkawan dgn semua bangsa tak memilih kaum..
krn aku Rakyat Malaysia! Chewahh!! πŸ˜›

 
 
 
 
Comment by hayatito
2009-10-17 18:56:56

ku pernah jatuh sukaaaaa pada someone bangsa india.
time skooll dulu..
dia bukan cam typical indian.
hensem wwoootttttttt…
kalau exam je tak pernah tak dapat no 1.
mgkin sebab tu leh jatuh sukaaaaa pada dia.
haha

aku ramai ja kawan2 india.
yg baik sangat ramai.
yg jahat2 ramai dak klas belakang time aku skooll dulu..
so aku tak de la kwn..
hahaha

Happy Diwali to all Hindus..

..
 
Comment by beliamuda
2009-10-17 19:02:19

Bila aku masuk uni je baru aku jpe kawan2 India. Skg ni pun baru nak kenal2 ngan diorang. Diorang ok je. Siap sorang tu boleh pulak mencarut, perbualan, dan layan lagu melayu lagi…

..
Comment by Khai
2009-10-17 19:49:52

kat tempat aku duduk ni pun, ramai pulak yg gadis melayu yg couple dgn mat india ni. which is aku nengok dan aku senyum sendiri. Nice..

India tu x la hensem pun dan tak la berapa cerah. Tapi gadis tu sangat cantik. Melihat dalaman mungkin. Moga berkekalan la hendaknya.

Kalau nak menikah nanti jangan lupa agama sudah. Pandai2 lah nak hidup. Bukan takde mak bapak. hehehe.

..
Comment by yana
2009-12-18 03:30:21

indian girlz pnye mate lawa2 kan??
aku ade 2 kwn indian,thillai n thevi..
mate n kening dorg mmg gosh!!lawa giler..mcm pkai kontek lens..yg laki nsem n tnggi wlupon glap..(itam agk ksr)
pnah skali kwn aku TERlepas ckp psl perayaan thaipusam..
kire die menghina la..tpi die snyum jer x de plak mngamuk mcm kte2 ni..huhu..
:love:

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by x-Bf Fasha
2009-10-17 19:52:50

ntah aku rasa diorng jer..cuma biasa la lain manusia lain la..caranyer..

ada tu cam member aku dia benci sgt ngan india..hm reason aku pon x tau.. 8)

..
 
Comment by samanosuke_04
2009-10-17 20:24:35

hehe, kekadang best gak duk tepi india dalam bas, bleh tutup bau badan.. hihihi..

..
 
Comment by hmmm...
2009-10-17 20:59:56

Dulu sblm msk kampus…
Duduk seagama n sekelas dengan kaum2 yang sama waktu dengannya..yelah, sekolah kerajaan n sekolah pulak di Sabah, memang banyak budak2 Sabahan ja la..

Masuk kampus…
Situasi berubah. First time masuk rumah (dapat kediaman luar, cantik siot, satu rumah – 3 bilik), dapat tahu serumah dengan Cina dan India dan Satu Bilik dengan org Semenanjung pulak!!…

First Impression..SEMUANYA I ANTI TAU!!!! Dah la berlainan agama, yg roomate nie pun asyik speaking Semenanjung naik manyampah la. Sedih betul sampai xnak bercerita la first time tu. Lama2 gitu, dah sebulan la kiranya, persepsi tu berubah. Kami sudah saling berkomunikasi. Tambahan pula, kami semua junior baru, kena adaptasi Dunia Baru yang semuanya baru. Berkongsi dapur dan bilik mandi serta ruang tamu menyebabkan kemesraan antara kami terjalin.Best la sebab diorg semua pun baik2 dan ruang tamu sentiasa riuh dgn gelak n telatah mereka.
Tahun kedua, beralih arah. Roomate kekal jd Best Friends (BFF tu!!) dan jd roomate selama 3 tahun. Housemate pula terpisah sebab setiap tahun kami boleh memohon kediaman yg berbeza sama ada dalam kampus mahupun di luar. Kami tetap mesra di jalan dan kadang2 klu ada aktiviti, kami bertemu dan masing2 kongsi cerita terbaru.

Then, sekarang dah grade. Happy giler dan Sedih Giler =( pun ada jgk. Dah la terpisah dek praktikal, akhirnya kami terpisah lg dek Laut China Selatan utk masa hadapan namun kami masih BFF. πŸ™‚

Kesimpulannya; Kita berbeza namun kita tetap dibawah Satu Malaysia!! Di Sabah sahaja ada hampir 33 etnik dan suku kaum pun boleh hidup aman, ini kan pula 3 kaum utama Melayu, Cina, dan India. So, think about it k!!
oh.. >>>Happy Deepavali<<.. to my xHousemate which is now in Perak n adik angkat serta xgroup assgnmnt saya dulu. X blh bgtau la siapa sbb nnt reveal pulak identiti kan.

..
 
Comment by Aby RAd
2009-10-17 22:13:50

dlu..aku xde kawan india
tp kat tmpt keje ni..ramai plak awek2 india yg cun
diorg pun xla busuk mana pun
wangi je (dlm ofis pun sempat sembur perfume)
dah xmcm dlu2
diorg pun dah moden
smua lawa2
ehh..lupa plak aku nak wish happy deepavali kat team leader aku
bg aku, dia la india yg ensem wlupun bkulit agak gelap
smpi kawan aku ckp, dia nmpk sexy kalo pakai tshirt
dah la tu..baaaaaikkkkkkk saaaaaaaangaaaaatttt!

..
 
Comment by hilmi
2009-10-17 22:47:48

huh/…

mmg entry ni memberi kan aku sedikit kesedaran dan tanggapan aku terhadap mereka…

mmg sebelum nih pon aku cukup menyampah ngan kaum diorg ni tp lps bace entry ko yg nih, tersedar skjp aku…

tp smlm pukul 12 malam main mercun thunder clap tuh… mmg menensyen diriku…

siot jerk :[ :choler:

..
 
Comment by azizwan(dot)com
2009-10-18 00:44:55

“Biarlah mereka dengan Tuhan mereka, kita dengan Tuhan kita.”

khai.. aku nak tanya dr apa yg aku highlight kat atas tu.. soalan aku, adakah tuhan kita dan tuhan mereka berbeza?

*soalan ni aku tanya sbb bukankah tuhan kita hanya 1 iaitu Allah S.W.T.. ini bermakna, tuhan kita adalah tuhan mereka juga.. siapa yg menciptakan manusia? jwpnnya mestilah ‘tuhan’ right? jd aku harap ko dpt jwb persoalan aku ni. huhu..

..
Comment by Khai
2009-10-18 03:31:25

maksudnya, biarkan mereka dengan apa yang mereka sembah, kita dengan apa yang kita sembah. Kita menyembah Allah dan kalau ditanya mereka adakah mereka menyembah Allah, pasti “BUKAN” adalah jawapan mereka.. hakikatnya, Wallahualam.

..
Comment by h3r0
2009-10-18 22:30:50

nasib baik aku baca komen dulu sebelum letak he he..
Nasib baik sama ngan azizwan punya komen… :p

Khai!!
just nak tegur je.. aku nie pun bkn baik sgt…
Tapi bagi aku, apa yg ko tulis tue, ubah la sikit…

Ayat ko tue, xelok… Dengan statement mcm tue, membuatkan ko percaya ada tuhan lain selain dari ALLAH…

juz teguran dr aku yg hina je… sorry..

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by ain
2009-10-21 09:45:50

aku rase aku paham ape yg Khai maksudkan.
so kat cni sekadar nak menambah,

Hayati dan fahami surah Al-Kafirun.
sekadar nak highlight ayat ke-6, maksudnya:

“Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku”.

Wallahu’alam.

..
 
Comment by ain
2009-10-21 10:12:11

aku rase aku paham ape yang Khai nak sampaikan.
sekadar menambah, based on surah Al-Kafirun.
terjemahan ayat ke-6:

‘Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku”

Wallahu’alam.

sumber klik sini

..
 
 
Comment by Pendatang Asing
2009-10-18 00:54:15

So far, kwn baik aku kt kolej skrg ni sorg pompuan india; mmg kitorang byk kongsi opinion yg sama trhdp bnd2 yg sama πŸ˜›

wlpn aku ada tanggapan sendiri trhadap kaum ni, pengalaman cmni sedikit sbyk mmbuke mata aku…kaum sndri pn apa kurang silapny kn? :]

..
 
Comment by deboQ
2009-10-18 01:48:09

err…aku ade 3 org ofis mate yg berketurunan india.. eh ade 4 semuanye.. termasuk bos aku… hmm yg plg best pasal dowang ni…disebabkan ade yg tak berapa campur dgn budak melayu since dari skolah( ade yg gi international skool lagi)… so dowang ni bercakap dgn kite..cam SKEMA sket laa…dan slalu menjadi bahan ketawa aku dan satu ofis…tapi dowang semua OK..tak amek ati pun…

pastu ade sowang girl india ni.. mmg da terbiasa dgn org melayu kot.. pagi2 mkn nasi lemak..lunch makan nasi campur (kedai melayu)..dan yg tak tinggal ialah SAMBAL BELACAN dan semua sambal2 yg kite org melayu ni makan!!

cakap pasal sambal belacan..dulu mase kecik2 ade kwan aku (kaum india – die ni mmg duduk estet pastu pindah kawasan perumahan melayu) suke ejek aku belacan…bg aku ade efek pun..biasa je belacan tu….harhahar

..
 
Comment by Berita Semasa
2009-10-18 07:51:33

nice artikel khai, saya suka artikel seperti. Sebenarnya tiada isu perkauman pun.
kita hidup selama ini ok sahaja. Tak guna kalau kita hidup bawah satu bumbung yang dinamakan Malaysia,
tapi asik bergaduh sahaja. Yang pentingnya MENTELITI lapuk perlu diubah

..
 
Comment by eldy
2009-10-18 09:49:52

Bagus lah Khai ! Spirit ‘1Malaysia’ harus diterap bermula dari individu dahulu ..

p/s: Happy Deepavali to all πŸ˜‰

..
 
Comment by safar
2009-10-18 10:19:36

Kita ni kena mengubah semua tanggapan yang salah.sikit punya pun nak gaduh.aku tak kisah sangat.ada yang tak berapa suka tu.terpaksa aku ketepikan.baiklah kita melaksanakan gagasan 1 malaysia.saling menghormati satu sama lain.

Orang berbudi kita berbasah.orang kutuk kita ?????? :oups:

..
 
Comment by gambitz
2009-10-18 10:41:17

khai,ko patut cari mmber india sorang..aku de 3 orang mmber skola asrama india dlu.and pd aku.lpak ngn diorang lg best dri lpak ngn bangse sndri.jgn mrah lak.tp ni mmg taggapan aku.siyesly ko akn dpt bljar bnyak bnde baru dri luar imaginasi ko..hahaha :p

..
Comment by Khai
2009-10-18 17:46:21

Hehe. InsyaAllah. tp buat masa sekarang, macam impossible je nak ada kawan india. Macam xde peluang. Atau lebih jelas ialah tak tahu mana nak cari kawan India.

Kalau someday ditentukan ada india menjadi kawan, sangatlah suka.

Khai ada kawan india dulu time sekolah. Sekarang sejak dah masing2 bawak diri belajar, lost contact terus.

..
 
 
Comment by nim
2009-10-18 10:46:33

hahaha… ape la khai ni, x habis dgn tampar laju2… lawak betul…. apa2pun selamat hari deepavali kepada semua kaum india di malaysia…… kelakar la iklan yg patti… patti…

..
 
Comment by azizan4444
2009-10-18 13:17:35

dulu aku ada sorg kawan india, skang mungkin da jadi doktor..aku harap lps ni klu jumpa dgn die blh la bg ubat free klu da ada klinik sndri..huhu

..
 
Comment by Jutawan Global
2009-10-18 15:03:30

ye aku sokong dgn pendpt ko….
kite kena ubah persepsi kite…
muhasabah diri kite dulu…

..
 
Comment by izzat aziz
2009-10-18 20:44:12

india ka, cina ka, melayu ka kita satu bangsa, kita sama ja… mati semua, makan semua, minuma semua, tido semua, mandi semua, salah semua, betul semua.. so semua samalah.

..
 
Comment by fatimah
2009-10-18 21:34:16

erm nice article…ftmhpun just dapat kwn india masa kat uni ni…depa semua ni baik2 belaka n acually ftmh lebih suka kwn ngn bdk2 india ni coz mereka ni rasanyer lebih faham cmana nak menghormati org lain berbading bangsaku sendiri…

apa2pun bangsa tak akan menentukan seseorg tu ANGEL or DEMON..yg pth hati tu kena jaga baik2 πŸ˜‰

well HAPPY DEEPAVALI wat semua shbt2 india yg ada kat luar sana tu…

..
 
Comment by Azfar90
2009-10-18 21:39:41

Harap2 bagi sesape yang selalu sangat kutuk bangsa India, ubahlah sikit minda dan perangai tu…

Sebut pasal Deepavali, semalam terasa pelik jugak pulak bila dengar bunyi dentuman mercun dekat ngan kawasan rumah..Orang2 India boleh sambut Deepavali ngan mercun ke? πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ Tak perasan plak selama ni.. πŸ˜€

..
 
Comment by cikepal
2009-10-18 21:54:27

tukar persepsi masing masing πŸ˜‰

..
 
Comment by ery
2009-10-18 23:28:03

salam khai,
aku setuju ngan thread ko kita kena ubah persepsi kita terhadap orang India… cuma yang kurang setuju part “Tuhan Mereka”. Ingat bro, “LA ILLAHA IL ALLAH, MUHAMMADA RASULLULAH”

ape2 pown… salam kenal dr aku~

..
 
Comment by hytiq
2009-10-18 23:49:03

hepy deepavali sumer..
aku xpnah nx t’lintas m’bzakan antre india atw pon cina yg sngre,
mlah b’bgge sbb M’sia t’knal dgn khidupannye yg b’bgai bgse.
‘1 M’sia’!!!! πŸ™‚

..
 
Comment by ruben shitharthan
2009-10-19 01:52:52

hey, guys!!!
well, before reading this article I had a bad thinking prospective againts Malays, but today after reading the article and the comments i came to understand that there is more people likes us then hate us. see,basicly i hate malay’s. but since i was in the uni, everytings change. we love each other, we talk freely and stuff gets better. (we leave for each other!! we all malaysian)

Thanks for wishing guys!! happy diwali to you too

(p/s:Khai, i’m happy for u man!!!. and well since u asked “do u have any india readers?” and :yes you have!!! πŸ™‚ )

..
Comment by Khai
2009-10-20 10:44:27

Hi. Ruben! finally.. hehe.. thanks by-fly here. Yes, we love each other because we all Malaysian!! indeed true!

Happy Diwali to you.. i’m very proud because justkhai now have indian reader? WOot! hehehe.

..
 
 
Comment by wani
2009-10-19 17:10:31

my bff is indian gurl!and i’m malay gurl.hehe.
kita 1malaysia. πŸ˜‰
i miss her so much! happy deepavali..

..
 
Comment by ishak hasimi
2009-10-19 19:37:31

tanggapan india ini cenggitu cenggini adalah kerana orang 2 (melayu) kita tak sedar sendiri..ehem..ehe,,,tapi best kawan ngan orang india…sebab diorang ni,kadangkala muka namapak bengis..kalau diorang buat kelakar,kalah nabil ngan saiful apek….

..
 
Comment by aiensOo
2009-10-20 09:26:50

heee~ owg india mmg sgt lawak ble berlawak..
**susah sgt blaja ckp bahase die…terbelit lidah :bloody:

..
 
Comment by Akuro San
2009-10-20 10:00:27

bila cakap saja mengenai India, teringat org dulu-dulu ada kata, “kalau jumpa ular dengan India, bunuh India dulu, lepas tu baru bunuh ular…” hehe~
bukan nak kutuk India, tapi masyarakat kita yg dulu memang dah sedia maklum dengan ‘bahaya’ org India yang pakar pemutar belit nih. (sbb tu mereka ramai jadi lawyer…)
itu dulu la… sekarang nih, tak kira Melayu, India atau Cina, sama jer perangainya… pokok pangkalnya, diri sendiri juga…
:beurk:

..
 
Comment by zool
2009-10-20 18:55:44

Betul tu.. Melayu ke Cina ke India.. Yg penting hati..
Kalau dah memang jahat memang ke situ gak

..
 
Comment by blowie
2009-10-22 00:46:06

aku taktau kenapa,kebanyakkan kwn india aku satu acuan je perangai. annoying gle,kaki putar alam.

mungkin aku tak sampai seru utk jumpa india yg baik lg kot,hahahaha

tp yg best,aku ade sorang kwn india. *walaupun mulut dia cabul,rasa nak sepak je* πŸ™‚

..
 
Comment by Sputatrix
2009-10-22 13:45:35

india kalu smayang mmg bau busuk sampai masuk umah wei..sbr je la spe bjiran ngn india..
ikhlas ke perspektif ko thadap org india ni khai?ke sandiwara je nih πŸ™‚

..
Comment by Khai
2009-10-22 15:17:41

ikhlas.. aku menjadi diri aku yang sebenar bila menulis blog. Tiada sebarang hipokrasi. hehehe.

p.s: bagi kita mmg la tak berapa enak bau2an tu. Tapi bagi mereka, wangi. Hormati je la mereka. Bukan lama pun bau tu. Terima je nasib dah kita ni hidup berjiran berlainan bangsa dan agama. Normal what? hehe..

..
Comment by azizan4444
2009-10-23 12:58:35

jiran rumah ni ok lg juah skit..jiran kt hostel tu cmne?haha
dulu dpn blik aku org india..bau xyah ckp la..bt mcm bilik tu tmpat ibadat dorg plk..byg sndri la sampai rumate die sndri xley thn..masalhnye rumate die pon india jgk….mcm2 la,,haha

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by ejardkethot
2009-10-23 06:58:56

hm.aku pnh kawn ngan india time sekolah rendah ja…
stakat ni…kwn india…baik ja ngan aku…tp ada gak yg kotoq huhu…so far,,….lagu indu..industannd…hanya akan di layan bila ada mood ja..huuuuuu…persepsi kt org indu..kita sama2 pikir noh

..
 
Comment by leostarz
2009-10-23 08:01:13

ok je kwn ngn diorg. .n0 prob. 1 malaysia . .

..
 
Comment by mae
2009-10-23 09:39:49

Deepavali itu perayaan Hindu, bukan perayaan orang India. India yang comot tu biasanya India yang Hindu, tapi yang Kristian dan Islam biasanya mereka lebih bertamadun.

..
 
Comment by passing by kamen rider
2009-10-24 03:32:08

betul2.. sokong khai! saye punye childhood friend pn org india, sampai sekrang ktorang still contact lagi.. best fren forever tu.. huhu. jd sy agak pelik la knp ade org nak racist2 ni, diorang pn manusia gak, bukan diorang mintak lahir mcm tu, dah tuhan jdkan diorang mcm tu, kite kene lah terime, berdosa tau klu kutuk atau ejek ciptaan tuhan..

..
 
Comment by atoiaziz
2009-10-24 23:02:57

eh,pesal video tu cam ala2 nganjing kaum india je?
@ aku je yang berase? 8)

..
Comment by Khai
2009-10-25 09:11:07

video iklan tu bukan mengutuk.. tapi cuma menyedarkan anak2 muda berbangsa india yang terlupa diri.

..
 
 
Comment by Lan
2009-10-26 09:40:32

Salam…
bagus la Khai ko tulis cam nie, pepagi nie baca bendaΒ² positif baru la rohΒ² kecemerlangan meresap kat nadi aku nie.

He he he… just nak share delima aku ngan negara India. Diorg nie byk sgt produce citerΒ² diorg. Citer diorg nie or bolywood nie mmg le best kot, sbb tue yg ramai org kata. Cuma yg aku tak tahan tue, bini aku nie dok syok melayan sgt baik Hindi ke Tamil… huh jam aku.

Aku tak le kata aku benci, tp dah banyak sgt naik lemau otak aku nie… tue la delima aku tet tet tet… huh hu hu…
Pengajarannye… majori India kat Malaysia nie sikit sgt kot, tue bini aku xpuas tengok. HariΒ² layan kat TV… jadi kepada kaum India, sila beranak ramai sket!!

..
 
Comment by Aku Anak Malaysia
2009-10-27 20:53:02

Siapa yang beranggapan seperti itu khai? Khai sendiri ker hehee…bagusla tu untuk nasihat sendirikan….persepsi, jauhkan yang negatif, mungkin YAB PM kita baru untuk melaungkan 1 Malaysia, baru Khai sedar kot di Semenanjung tu ada India, saya orang Sarawak, dan sudah sebati dalam jiwa kami hidup serumpun dan sudah mengamalkan 1 Malaysia berpuluh-puluh tahun yang lalu, dan bukan baru wujudnya 1 Malaysia. Untuk Pengetahuan, di Sarawak sahaja sudah 27 suku kaum (juga pelbagai warna kulit, bahasa, agama dan budaya), bukan Malaysia 3 kaum sahaja seperti yang selalu generasi sekarang fahami , tapi pelbagai kaum, bersyukur kita kerana kita adalah negara yang pelbagai kaum dan pelbagai budaya dan agama dan kita boleh hidup bersama dengan aman dan tidak perlu memandang serong setiap kaum. Semangat 1 Malaysia..

..
 
Comment by Sukhi
2009-10-29 05:59:22

All i can say…a job well done…walaupun terlalu tactless dan straightforward,u deserve praises…sbelum ni,i pun bukannye benci melayu,i juz tak rapat ngan diorg..tapi,skrang,i respek mlyu ngan intelek mcm u..kebolehan u utk menghormati kaum lain,makes me respect your people and your culture..i juz harap lah..ade lagi ramai yg mcm u..salute..
by the way..im indian too.

..
 
Comment by boy
2009-10-29 16:57:00

ni lari topic skit ar…aku sbnrnye xpuas hati sgt dgn slogan 1 malaysia….ari tu aku teman wife aku g interview..then time interview org tu tanye partner dia..”operation department ade ambik staff melayu ke??” yg bertanye tu lelaki melayu kepada wanita cine..WTF!!camni ke 1 melaysia??klau operation dprtmnt org melayu xlayak ek??cine dah kuasa utk menentukan melayu dkt mane…hmmm…klau btl nak jadikan 1 malaysia jgn ade perkataan ‘bangsa’ dalam mane2 form…tp word agama tu mesti la kene ade..

..
 
Comment by dr. zent
2009-10-31 20:22:27

ha………. nie la die…
ingt la sume org…
sbnrnye org india dan cina xde mslh ape2 pown…
yg brmsalah sbnrnye kita org melayu..
org melayu mcm kita nie hanya tau comment, kutuk, fkr negatif trhadp stiap bnda yg ade kat dunia nie..
kbnyakan org melayu hanya tau komplen sana komplen sini,
tp bile suh buat, xtau jgk.. tau comment mngata org, tp x tngk diri sndiri..
kalau mcm org cina, dorg xde mase nk komplen2 psl org lain, dorg just fkr mse dpn cmne nk cari duit.. tp kita nie org melayu, tau fkr bnde2 yg x mndtgkn faedah je..

..
Comment by Khai
2009-10-31 23:29:09

even aku org melayu.. tetap stuju 100% dgn pendapat dr.zent. Mmg itu perkara no 1 yg buat org melayu ketinggalan dulu sampailah sekarang. Ibarat menumpang di tanah air sendiri.

..
 
 
Comment by Shenzi
2009-11-11 00:51:12

Khai…aku skg ni ada kat negara INDIA tau x… belajar kat cni…
mmg best pown sbb klu pakai baju kaler apa pun g kelas (wpun x matching lansung), xkan ada org ejek/ketawa…huhu…
Mmg setiap bangsa ada adat, ada klbhan, ada kekurangan… aku dah g byk tempat… stakat ni aku pling nyampah omputih…racist dlm diam…xtau nape org kita sanjung dorg sgt.
:bloody:

..
Comment by atan
2009-11-11 22:36:10

tau xpe…org puteh tu anjing yahudi je..kite pun x sedar…aku melayu,mak aku berniaga kantin skolah,so kalo cuti sem,aku rajin la tlg mak aku…ape yg aku prasan,pak guard india(Kumar) tu jgk yg byk tlg mak aku…pengetua yg berbangsa cina jgk yg mmg byk sgt tlg mak aku…aku hargai sgt2 pertolongan dorang…kerana mereka la aku masih lg boleh meneruskn perjuangan utk mendapat ijazah kelas 1…peace…

..
 
 
Comment by chuan
2009-11-23 20:46:22

India ni jurang perbezaan mereka amat ketara. Yang cerdik amat cerdik; yang malas , memang malas sungguh!

Macam India yang duduk depan umah i tu, asyik minum arak dan memukul isterinya. Ramai sungguh India yang duduk di kawasan umah i ni yang kaki botol.

I jugak ada ramai kawan India, tapi yang mereka semua tu baik-baik belaka. Latar belakang keluarga mereka pun baik. (Maksud i parents mereka xkaki botol)

Kita xblh judge semata-mata oleh kerana seorang, then assume bangsa tu semua sama. Sungguh xadil. πŸ™‚

..
 
Comment by irsyad aziz
2009-11-27 02:54:47

salam,

suka dgn entri ni, tapi ade yang tak kena dgn knyataan yg dkluarkan dlm entri ni,

1. tolong jangan kaitkan perpaduan bangsa dengan agama,
kenyataan
“Biarlah mereka dengan Tuhan mereka, kita dengan Tuhan kita”
tak boleh diterima akal, siapa tuhan mereka dan siapa tuhan kita?
tuhan hnya ada satu iaitu Allah SWT, ucapan kalimah syahadah jd bukti, agama haniff @ samawi @ agama langit hanya ada 1, islam.
kenapa diorg kena tahan tlinga dgr azan?
clearly diorg duduk d negara islam, vividly emblazoned in our constitution yg islam agama rasmi, no point for them utk bntah, tp tgk je dah brpa kes bnthn thdp azan d m’sia?
lagi 1,bau-bauan yang khai sruh kita tahan tu bau yg dgunakan utk kprcyaan dia yg mmg btntgn dgn islam. knytaan khai seolah2 mnyokong tindakan diorg, mskipun niat khai baik, tp ia ttp tak mghalalkan cara, ade org jd riddah dsbbkn dek pckpn@pnulisan.

2.entri ni khai mnyokong 1 malaysia which is very good, khas utk org india, ur lifting up their status quo but, tak perlu kutuk bangsa sendiri, kata 1 malaysia, tp bangsa sndiri dikutuk, tak molek, kbnykan komen pun mgecilkan bangsa sndiri, kalau nak puji, it’s all your tp tnpa memburuk2kan pihak lain,
ade 1 komen kat ats ckp bangsa melayu suka fikir negatif, mgutuk, komplen sana sini, TANPA dia sedar, dia pn tgh mgutuk n m’komplen, khai ckp india wangi, tapi dlm masa yg sama khai ckp melayu ramai yg busuk, unless ur not malay, wht in the world makes tht phrase come from ur mouth, just wondering~
fact-india mmg ada bau yg kurang mnyenangkan (majoriti) atas faktor pmakanan.

tht’s all, hrp dpt trima,
btw,love this blog πŸ™‚

..
 
Comment by gabbagunners
2009-12-07 01:55:49

mengapa kita nak maki hamun kalau berbau bau-bau’an mereka ketika sembahyang? Biarlah mereka dengan Tuhan mereka, kita dengan Tuhan kita.<—salah ayat ko ni bro…
Tuhan ada satu je,Allah yang Maha Esa.(Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah).cara ko tulis tu macam ko cakap ada tuhan lain melainkan Allah.sepatutnya tulis biar mereka dgn cara mereka beribadat dan kita dgn cara kita.

..
 
Comment by india 24 kl
2009-12-28 20:33:18

aku rasa komen ko ni hanya nak pancing kaum india…itu yg sebetul-betulnya…tapi jauh di lubuk hati ko mmg ko nk kutuk kaum ni..nanti aku sebarkan kepada ketua gangster 24 KL,tahu lah nasib ko lepas ni!@

..
Comment by Khai
2009-12-29 03:25:33

lmao~ πŸ™‚

..
 
 
Comment by alanmapi
2010-08-26 09:23:19

πŸ™‚ Memang pelik I dapat tengok blog ‘stand alone ‘ camni yang masih berpegang releven pada akal fikiran I sendiri yang masa sekolah dulu banyak kawan dari semua bangsa dan tak terlintas soal lain semua respect each other cume bila dah keluar sekolah ni dan dengan kekecohan setengah golongan yang campur baurkan politik dengan agama sehingga ada sikap racist wujud .

..
 
Comment by Jax
2010-09-25 11:04:06

I br je jd peminat justkhai. blog ni mmg best. mcm2 ada! i ni india. ape yg khai katakan tu betul. tp skg ni semua nye dah lain. kaum india dah moden. pandai bergaya n bergaul dgn org lain. kalau ade pun yg negatif mcm khai katakan tu taklah bnyk. siape yg perfect kat dunia ni…..
sejak kecil lg i mmg suke berkwn ngan melayu. cina adelah ckit2. pengalaman berkwn ngan melayu mmg best. diorg respek sy sbg seorg kwn. bebas berckp ape saje n tak meyinggung perasaan yg lain.
cuma 1 je:oups: …..di m’sia ni bermcm bangsa n agama ade…jgnlah terlalu fanatik pasal agama….biar kite semua respek agama n kepercayaan yg lain.
End of the day….kite semua hanyalah manusia yg berkongsi dunia ini. cheers!! πŸ™‚

..
 
Comment by syafieq
2010-10-18 19:37:31

lawak la iklan dari petronas tuh…. πŸ™‚

..
 
Comment by hari
2010-10-18 21:55:11

nice article man..respect sama mu!! n yea,im an indian..hu respects every single race in our country..peace bruder..

..
 
Comment by imam123
2010-10-18 23:51:58

tak pnah ade kawan india, lagi pelik.. ni la 1st time aku dgr mende camnih..

..
 
Comment by AKu
2010-10-19 13:30:03

hahahahaahaaa,……….
macha2, mau kecoh2 blik india ar…… haahahhhahaaa………………

..
 
Comment by yuvendran
2011-02-11 09:29:25

Very nice topic of discussion. Indeed i have some comments regarding the matters above. I salute you (khai) for putting up such topic. I hope everyone will take positively on my comments.

Actually last time I pun tak berapa fancy org melayu, tp persepsi sy telah berubah selepas masuk uni. Most of my frens were malays, my course mates & room mate oso malays. memang die org bagus, and even once my room mate cooked nasi lemak for us before end of sem. Sedap giler!!!

Here I nak komen sikit pasal org india, Indians originate from two main groups dravidian (India selatan) & Aryan (North India). Kebanyakkan lelaki india berkulit gelap ttp most of d girls fairer bcoz of gene kot. Kaum india memang ade suku kaum yg banyak. Malayalees, telugus, mahrathis and some tamils are fairer skinned..most north indians are fairer.

About their body smell tu, dulu mereka pekerja ladang & most are not educated.. Now they have changed lot, educated well and know how to bring themselves in public.

Org jahat atau baik exists in all humans..tak kira die org melayu ke, cina ke, india ke, japan ke…atau ape ape..we just have to take the good and leave the bad… πŸ™‚

~yuven~

..
 
Comment by elly
2011-02-11 16:31:25

SETUJU..!!!
sedih bile ade segelintir orang melayu yang berfikiran negatif terhadap kaum cine dan indie..
=(

..
 
Comment by purpleflower
2011-02-11 21:05:20

aduh bro, smlm main bunga api sbb dorg sambut CNY utk org Hokkien la (something like that) bukan Deepavali… & Deepavali lambat lagi la bro… 26 Oktober depan kot… aduhhhh jangan la tak alert sampai sebegini rupa bro… malu la~ sila edit entri anda ok πŸ˜‰

by the way, personally saya rasa bangsa yg paling nice (antara melayu cina & india) ialah bangsa India (I’m Malay) but the nicest is Iban. =) ni cuma mengikut pengalaman saya berkawan selama 24tahun.

..
Comment by Khai
2011-02-11 22:49:30

lulz.. saudara, ini repost entri 2 tahun lepas ketika sambutan deepavali… siapa pulak menyentuh mengenai bunga api semalam dan perayaan tahun baru cina? hehe..

..
 
 
Comment by public
2011-02-16 15:33:26

10x a lot malays for giving such a good respect on indian..i understand,,its ur country..if we talk about what malys do..what chinese do..then there is no more 1 mas..we dun want as malys like kutuk agama n kaum lain..ku tahu ngku ogang nie majorist..tpi semua ogang nie MANUSIA.dalam agama ngko ogang nie la banyak benda yang baik n kena ikuti peraturan2 yang ditetapkan dlam agama malay..i feel very bad on your character yang timbul daripada agama yang suci….

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post