Persepsi diriku pada masyarakat India

Berbanding dengan Hari Raya dan Tahun Baru Cina, Khai tak berapa nak alert pasal Deepavali ni. Semalam dengar pom pam pom pam bunyi mercun, baru tanye member apejadah orang main mercun pulak ni. Member Khai cakap esok Deepavali la dowh!

Lah! So hari ni dah Deepavali la yer? Happy Deepavali buat pembaca Justkhai ni yang menyambutnya. Ada ke orang india baca blog ni? Ada kot, kita je yang tak tahu. Khai ni penganggur terhormat, so lagi la tak tahu pasal cuti-cuti sambutan perayaan ni kan. Kalau korang yang masuk kerja 9 hingga 5 petang tu boleh tak tahu, maka memang patut ditampar laju-laju. Hehehe.

Tak best pulak setakat nak wish je. So cerita sikit apa tanggapan Khai pada kaum india di Malaysia sebelum ini dan selepasnya. Harap kalau ada kaum india yang baca tu, jangan ambil hati la ye? Ikhlas lahir dari hati.

Ok, sebelum ni bila sebut je pasal orang india terus kepala hotak yang berjambul ni, akan terlintas india ni gelap, busuk, pelik, gangster, kaki mabuk, serabai, poyo, cakap berbeli dan baju warna tak matching. Wow, amat jahat di situ. Maka dari masa ke semasa, berlaku sedikit demi sedikit perubahan zaman dan pemikiran dari diri Khai sendiri.

Apa tanggapan dalam kepala Khai sekarang bila bercakap mengenai orang India? (more…)

Posted on 17 October '09 by , under Hidup Khai, Motivasi. 102 Comments.

Rantai Salib Berdindingkan nama Allah


Entri kali ni ringkas sahaja dan selalu’nya diletakkan di Oh! Tidak, tapi hari ini nak juga tahu apa kata reader Justkhai. Gambar di atas ni, dari maklumat yang diterima, lelaki tersebut adalah seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Hurm, pada Khai kalau difikirkan secara positif, mungkin kawan kita ni non-muslim dan snap gambar di rumah member yang beragama Islam. Tapi kalau difikirkan sekali lalu pula, tak bagus la macam tu kawan. Rantai lambang salib. Kat dinding, ada frame macam tu pulak. Atau memang saja nak buat macam tu? Nak sakitkan hati atau nak popular cepat tanpa perlu masuk Akademi Fantasia atau One in a Million? Jangan cakap tak sengaja, sebab orang bodoh je upload gambar tanpa usya gambar apa yang patut di’upload.

Macam-macam dunia sekarang. Ape kata anda?

Posted on 15 March '09 by , under Tergempar. 94 Comments.