Pengalaman P1 Wimax selepas 7 hari


Ada pulak yang kasi email kat Khai suruh Update blog. Itu belum YM lagi. Hehehe. Korang ni chumel la. Kenapa chumel? Sebab suka baca blog ni la kan? Hehehe. Sebenarnya bukan taknak update blog. Idea untuk entri tu berjoget-joget dandung je dalam kepala ni, tapi feel tu takde la. Takde soul orang cakap! Kahkah. Ok, owner blog ini poyo! Memang diakui.

Dua tiga hari ni, Khai memang mengetest je kepower’an P1 W1max ni. Hari tu satu hari down. Dengan Khai sekali ikut down. Bila dah OK lembap pulak. Pukul 4 pagi Khai gerak pergi ke Mamak kat Ampang. Sanggup tu web punya pasal. Frankly speaking, sehari Khai menerima purata dalam 150 email tidak termasuk SPAM. Dan 70% darinya memerlukan urgent reply. Salah satu sebab kenapa Khai tak boleh hidup tanpa internet.

Semalam dah frust menonggeng dah dengan P1 Wimax ni. Rasa macam nak pulangkan balik. Tapi macam diorang tahu je Khai nak pulangkan. Before nak cabut semua wayar modem ni, Khai test la online kejap. Fuh!! Sekali laju yang teramat sangat. Khai amik pakej 1.2mbps je, bila buat speed test, boleh up sampai 1.4 la pulak. Terus batalkan niat nak pulangkan. Then terima satu SMS dari P1 Wimax.

We are happy to inform that P1 W1MAX service has been restored to full operations in all affected areas this morning. Once again we apologies for any inconvenience caused. Anyway, I love Justkhai! Muah kat pipi!!

Macam tu la lebih kurang sms dari P1 Wimax tu ha. Tapi, yang hujung tu saja la Khai tambah nak kasi sedap cerita. Kahkahkah!! (more…)

Posted on 20 June '09 by , under Lain-lain. 108 Comments.