Kenangan orang yang tak puasa


Rasanya baru semalam je kita berpuasa. Tiba-tiba dah nak masuk bulan puasa tahun yang baru pulak. Gila laju masa berjalan kan? Kirim salam la masa nak tunggu kita. Hehehe. Kenangan bulan puasa tahun lepas masih segar dalam ingatan. Kenangan terakhir berpuasa kali ke-3 di University.

Sebelum Khai nak story kenangan-kenangan Khai TAK puasa, Khai ambil kesempatan ni nak wish Selamat Menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak buat korang semua, pembaca blog ni, buat keluarga Khai dan juga buat dia yang tersayang. Dah besar panjang tu, rajin-rajin la ye puasa. Hehehe.

Tahun lepas, hanya sehari dua je sempat puasa kat kampung. Yang lainnya semua puasa kat universiti. Masa tu Khai tengah praktikal semester 6. Masa tu tugas Khai dan 3 orang designer sedia ada yang lain adalah membangunkan web Limkokwing University yang baru. Hasil’nya dah pun dapat dilihat satu dunia di www.limkokwing.net. 3 orang designer yang lain tu semua bangsa cina. Tapi diorang ni memang baik sangat-sangat. Thanks a lot Peter, Kevin dan Dennis sebab banyak ajar Khai. Bangsa Cina ni tak kedekut ilmu kalau kita rajin bertanya kat diorang. Kalau buat bodoh sombong tu, diorang lagi la bolayan.

Ada satu hari tu Khai demam. Tapi kena pergi kerja jugak. Student praktikal mana boleh banyak songeh. Selagi larat jalan pergi je la kerja. Nanti bad record pulak dalam report. Bos yang bernama Mr Pan Sin ni perangai macam haram sikit. Time mood dia ok, memanglah baik boleh cerita macam-macam. Kalau mood tak baik (baru lepas kena marah dengan Tan Sri Lim Kok Wing), habis satu office rasa nak lempang je muka dia.

Dalam pukul 4 petang macam tu, Khai dah tak larat dah. Dah ler tak bangun sahur pagi tadi. Then turun bawah pergi 10-Ten (nama kedai kat LUCT). Beli air mineral, Panadol, Mentos dengan Coklat Bytes. Akak kaunter tu tanya – “banyak membeli belah. Tak puasa la tu?“. Khai jawab – “Tolong sket! Ni untuk berbuka la kak!“. =.=’

Masuk office balik rasa nak belasah je apa yang Khai beli tadi. Tapi still rasa segan dengan cina-cina yang ada dalam tu padahal tak tahu yang patutnya lebih segan apa yang ada kat atas tu 24 jam melihat kita. Lepas tu Khai fikir ala diorang tak kisah kot aku makan. Aku sorang je pun Melayu dalam office ni. Lepas tu Khai pun belasah la semua tu dengan panadol activefast sekali.

Tiba-tiba.. terdengar suara misteri entah dari mana.. (more…)

Posted on 19 August '09 by , under Hidup Khai. 78 Comments.