Mengapa Oh! Artis Down Hingga ke Hari Ini?


Artikel khas ini mungkin hanya buat sementara waktu sahaja sementara Oh! Artis masih down setelah hampir satu minggu. Khai selaku founder pun dah tak larat nak menjawab sebenarnya. Mana-mana pun orang tanya pasal Oh! Artis tapi Khai tetap jawab kalau berkesempatan. Itu belum kira email yang diterima berkaitan Oh! Artis ni.

Mengapa Oh! Artis down? Pertama, ianya bukan kerana disengajakan. Khai juga tak pernah meletakkan apa-apa khabar berita yang Oh! Artis akan ditutup. Selagi Oh! Artis mampu untuk bersaing dengan lambakkan web hiburan yang lain yang tumbuh bagai cendawan, selagi itu para penulis kami berusaha keras untuk menulis mengenai hiburan yang segar untuk tatapan pembaca yang kini telah melebihi 20 ribu pembaca setiap hari.

Kedua-nya, kami tidak berhadapan dengan sebarang isu mahkamah atau sebagainya. Oh! Artis dan semua penulisnya termasuk Khai sendiri berdiri di bawah status independence author. Kami hanya menulis sesuatu yang benar dan bukannya fitnah. Kami juga tidak pernah mencerobohi privasi artis. Kami tidak masuk ke rumah mereka dan mencuri gambar-gambar dari photo album mereka. Kami juga bukan paparazi yang mengekori mereka. Segalanya hanya dari internet. Kebodohan artis yang meletakkan gambar di Facebook tanpa sebarang sekatan, selalunya digunakan sebagai kesempatan yang baik bagi semua web hiburan di Malaysia.

Pihak hosting kami masih berusaha keras untuk membawa Oh! Artis kembali buat tatapan para pembaca. (more…)

Posted on 18 August '09 by , under Lain-lain. 57 Comments.