Apekes Tok Sami pun bersolat ni? Pelik!


Lama ke Khai tak update Justkhai ni eh? Sampai ada beberapa orang yang tanya kenapa lama tak update? Hehe, sebenarnya nak buat camne, before ada OH! Tidak dan Oh! Artis dulu, Justkhai ni sempoi betul mengupdate. Ada kisah selebriti dan ada pula gambar yang pelik-pelik. Now bila semua tu dah berpindah ke Oh! Network, apo nak dikato? Hehehe. Neway ni adalah mukadimah yang sangat panjang. Taknak baca, sila skip terus pada gambar.

Blog ini sebenarnya dalam mode bersiap sedia untuk berpindah hosting. Honestly, memang betul-betul kecewa dengan Exabytes. Dulunya ok tapi bila lama-lama, korang akan terasa dihimpit. Ada ke paksa client pindah masuk Semi- Dedicated. Agak tak logik di situ bila dalam pakej EBIZ GOLD yang hanya ada blog Justkhai ni, korang dipaksa berpindah ke Semi-Dedicated.

Khai cakap taknak, then diorang kata dont worry. Taknak pun takpe tapi diorang tetap nak pindahkan Justkhai ke Semi-Dedicated server. Diorang takkan kenakan charge sebab masih dalam tempoh masa trial. Then bila dah pindah, Khai cakap tak nak dan suruh pindah balik ke EBIZ GOLD, alasan diorang tak boleh nak pindah balik dan diorang akan siapkan invoice untuk bayaran. Semi Dedi tu bukan murah. Beratus-ratus untuk sebulan. Kalau masa Oh! Tidak dan Oh! Artis ada dalam Exabytes macam dulu, kalau dia offer masuk semi-dedi, ada logiknya. Ni hanya untuk Justkhai sebijik kat dalam. Ape kes?

Kalau ada entri-entri terdahulu yang Khai cakap Exabytes ok atau sebagainya, Khai tarik balik. Uptime diorang semua memang ok, tapi kalau korang dah terkena macam apa yang Khai kena ni, Exabytes adalah sebuah hosting yang patut dipijak-pijak sampai lumat. Ini hanya apa yang Khai lalui dan takde niat nak menghasut ke apa. Justkhai akan berpindah ke Fivio Hosting dalam masa terdekat ni. InsyaAllah. Dan ini adalah entri terakhir semasa Justkhai di dalam Exabytes.

Neway ni ada sedikit gambar dari OH! Tidak khas buat pembaca Justkhai. Apa pendapat korang secara spontan bila melihat gambar-gambar di bawah ni..

ada lagi… (more…)

Posted on 14 April '09 by , under Tergempar. 82 Comments.