Tutorial Membina Blog Part 1: Pembelian Hosting dan Domain

Promosi-hosting-justkhai

Dari dulu lagi, Khai selalu dapat soalan dari mereka yang baru nak berkecimpung dalam dunia blog ni. Atau mungkin dah lama, cumanya masih di Blogspot dan masih kabur dengan cara-cara nak ber’blogging di WordPress self-hosted kerana perlu melalui pelbagai proses yang bagi mereka “sukar” termasuklah nak beli hosting, nak beli domain dan nak setup blog tersebut.

So Khai dah dapatkan satu pakej khas dari hosting tempatan, bagi memudahkan korang membuat pembelian sekali larung dan apa yang lebih best, nama domain yang bernilai RM40/setahun diberikan secara percuma beserta hosting hanya pada harga RM80 sahaja setahun. Jadi korang hanya perlu bermodalkan RM80 sahaja setahun untuk sesuatu yang baru dalam hidup korang. Indah sekali bukan? Apa sangatlah RM80 tu dalam masa 1 tahun di mana ilmu yang bakal korang dapat amatlah bermanfaat. Tak perlu upah orang. Lakukan sendiri! Ianya mudah!

Siapa yang dah ada hosting dan domain sendiri tu, kalau nak beli pun tiada halangan. Cumanya Khai lebih prefer pakej terhad ni dibeli oleh mereka yang teringin nak berblog di domain sendiri. Sampai bila nak guna blogspot dan ber-subdomainkan blogspot yang sangat ugly dan panjang. Mana korang lebih prefer samaada “iniblogsaya.blogspot.com” atau “iniblogsaya.com”? Hehehe.. (more…)

Posted on 1 December '09 by , under Blog, Tutorial. 147 Comments.