Ada Korang Kesah?

Lama tak tulis pasal personal life dalam blog ni. Ada ke orang yang nak tahu? Huhu. Untuk mengelakkan ada komen yang tulis “Hoi Khai, ade aku kesah pasal hidup ko? Artis ke ko? Vogue ke ko? Ada Aku Kesah? Cak cak cak!“, komen yang ala-ala Azwan Ali bapok bangang cam tu kan, so awal-awal kene bagitahu ni yang entri ni Khai tujukan pada cucu cicit Khai lagi berpuluh tahun akan datang. Itu pun kalau Blog ni masih wujud. Hope so! Hehe. Selagi Khai berpijak atas bumi ni, selagi itulah blog ni wujud. Cucu-cucu atok, jadikan atok sebagai role-model ye dalam hidup korang. Kalau tak atok sumpah korang jadi Mercedes Benz.

Saje nak kasitahu korng satu cerita best. Tahu tak apa? Ehem! Kalau ada baca artikel sebelum-sebelum ni, Khai ada inform pasal Khai dah gila dengan komik Lawak Kampus & Lawak Selebriti hasil karya Keith. Dulu baca dalam Majalah Gempak je. Dulu Khai kumpul Majalah Gempak ni buat koleksi kalau disusun, skit lagi nak sama tinggi dengan KLCC. Tak caya tanya mak Khai. (Pssttt Mak, kalau diorang tanya betul-betul, mak angguk taw! huhu). Kenapa Khai suka dengan Lawak Kampus ni? Sebab dia jadi penyeri hidup Khai. Dengan 4 petak kartun, dia boleh buat korang gelak guling-guling. Syahdu beb.

Semalam nak dijadikan cerita bila dah kebulur tahap lentok, rempit kejap pergi 7-Eleven. Hoyeah. Lepas shopping kejap time nak bayar tu ternampak la pulak Lawak Kampus. Ape lagi, terus rembat 3 set! Hahaha. RM19.50 sahaja. Adik-adik yang masih bersekolah tu, jangan tiru aksi ini di 7-Eleven berhampiran ye. Abang takpe. Bapak abang dulu owner Air Asia. Lepas tu dia rasa bosan, terus kasi Air Asia tu dekat Tony Fernandez. Kemain suka lagi Tony Fernandez time tu. Rasa nak lempang je. (Dah melalut da.. sigh~)

Ada orang tanya Khai kat Facebook, “Woi Khai, ape ko ni tak reti tidur? Aku bangun ko online. Aku nak tido ko online. Aku mengigau pun ko online. Apejadahnya semua ini?!!!“. Hek’eleh, sukati aku la nak online ke tak. Nak marah lak kan? hehehe. Khai bukanlah tak tidur. Tidur juga tapi bukan macam dulu lagi pukul 6 sampai 9 pagi. Tapi sekarang dah surrender. Tak larat. Dalam sehari tu tidur la skip-skip. Tidur dua jam bangun balik buat kerja. Lepas tu tidur, lepas tu bangun. Apa rahsia nak jadi biol macam ni? Hehe sonang yo!! (more…)

Posted on 30 July '09 by , under Hidup Khai. 100 Comments.