Soalan Rabak Hujung Minggu Part 1


Entri ini sangat ringkas, tapi kalau boleh mahukan penjelasan panjang lebar dari korang semua. Khai tahu pembaca blog ni terdiri dari pelbagai lapisan. Ada cikgu, ada doktor, ada peguam, ada pekerja biasa, ada wartawan dan ada ramai blogger lain yang bijak pandai. Khai ada beberapa soalan yang dari awal sekolah menengah lagi dah buat Khai tertanya-tanya sampai sekarang. Ada soalan yang cikgu Kimia Khai sendiri pun tanya Khai balik, kenapa eh? Aduhai cikgu Kamariah ku sayang. Cikgu yang cikgu ke, saye yang cikgu ni? Rotan nak? Hehehe.

Soalan 1:
– Kenapa bila orang kerat dia punya urat nadi kat pergelangan tangan tu terus mati, tapi orang yang dilahirkan kudung kedua-dua belah tangan atau tangan terputus tetap boleh hidup. Biarpun sememangnya hidup tanpa nadi. Mengapa?

Khai dah ada jawapan untuk soalan 1 ni, tapi nak tahu jawapan korang dulu.

Soalan 2:
– Kenapa Bumi bila dilihat dari satelit, akan menampakkan Bumi ni berbentuk sfera dan bewarna biru serta hijau? Biru mewakili laut dan hijau mewakili daratan kan? Persoalannya, mana pergi langit yang bewarna biru tu? Nak kata angkasa, angkasa warna dia hitam. Bukan biru. Habis langit tu apa sebenarnya? Apa warna biru yang kita nengok dari bumi tu? Langit? Habis mana pergi langit tu bila dilihat dari satelit? Sigh~

Soalan 3:
– Soalan yang agak sensitif dan tak perlu dipertikaikan sebenarnya. Tapi harap tak salah sekadar ingin tahu. Kenapa air wudhuk terbatal bila kita buang angin? bahasa indah dia, kentut la kan? hehehe. Bila terkentut, kita kena ambil wudhuk semula. Basuh muka, tangan, rambut, telinga dan kaki. Kenapa tak basuh tempat kentut tu keluar? Khai tak tahu jawapan dia, tapi Khai percaya setiap apa yang Tuhan arahkan tu, adalah sebab yang tertentu.

Dan soalan yang terakhir – confirm korang pun tak boleh nak jawab adalah… (more…)

Posted on 8 August '09 by , under Lain-lain. 144 Comments.