Tips untuk yang susah nak lelap
Korang nak tahu tak? Selama ni Khai ingat Khai ada masalah susah nak tidur. Maksud’nya kalau selama ni Khai cakap “nak tidur lah“, dan terus baring atas katil, confirm memang takkan dapat lelap! Tension gile kot?!! Orang kata, nak lelap kiralah kambing. Then Khai pun try. Kiralah kambing ke, cipanzi ke, tenuk ke, memang takkan dapat lelap mata jugak. Memang sakit hati bila otak dan badan betul-betul perlukan rehat.
Khai memang tak perlukan tempoh tidur yang lama mungkin kerana Khai tak perlukan tidur yang lama untuk dapatkan kembali tenaga tapi tetap perlu tidur untuk merehatkan otak. Sebab tu dalam sehari, dapat tidur 3 ke 4 jam dah sangat-sangat memadai. Kerja Khai duduk atas kerusi mengadap laptop tiap-tiap hari sampai kadang-kadang lupa nak nengok matahari. So memang badan tak penat la kot sebab tenaga tak keluar tapi otak memang sakit lah kan.
Then masalah susah nak lelap ni dapat Khai atasi dengan melakukan something sambil berbaring. Dua perkara yang Khai buat bila dah baring atas katil adalah dengan surf internet dengan Merlot Jr dan satu lagi main game bola (PES 2010) di PS3.
Tapi penyelesaian ni still lambat sebab Khai terpaksa tunggu sampai “tertido”. Kadang-kadang sampai main game/surf sampai 3 jam atas katil baru terlelap. Sedar-sedar lappy atau joystick dah ada bawah badan. Nasib tak jatuh dari katil je. (more…)