5 website tiny paling vogue!


Jam dah pukul 3 pagi. Pukul 7 dah kene bangun. Masuk kerja pukul 8.30 pagi. Balik kerja pukul 6.30 petang. Arghh tension. Dari pukul 1 tadi Khai pejam mata ni tapi tak boleh jugak tido. Pusing kanan, pusing kiri sampai nak tercabut katil ni, tapi macam tu jugak. Last-last, tak pasal-pasal database blog ni bertambah satu lagi entri. Siapa yang susah? Syia jugak yang susah nak tanggung kos server ni nanti. Hehehe.

Well, hari ni best sikit sebab jap lagi dapat elaun. RM500 je tak banyak lepas tolak harga hostel Limkokwing ni. Bila Khai fikir balik, kalau harga bilik ni (untuk 2 orang) adalah RM580 setiap seorang, so elaun sebenar untuk internship student kat sini adalah RM1080. Not bad at all. Kalau nak tahu ape kerja Khai kat sini, salah satunya adalah maintain official website dia lah. Banyak lagi tapi next time lah Khai story.

Kegilaan untuk Mobwars semakin menjadi-jadi. Kalau korang ada Facebook, add Khai (search: Khai Scukz) kat sana dan Khai akan invite korang untuk kita jadi team dalam Mobwars tu. Mobwars membuatkan korang nak jugak bukak Facebook walaupun bos kat sebelah. Hahaha.

Dan dua hari lepas pilihan raya Permatang Pauh, Anwar Ibrahim menang. So Khai tak nak cakap apa-apa just nak lafazkan, “Alhamdulillah”. Bukan kerana Anwar yang menang tapi kerana masih orang islam yang menang.

Panjang la pulak Khai membebel, sowy.. Hehe.. so Khai teruskan dengan beberapa laman web aplikasi yang berguna untuk semua. (more…)

Posted on 28 August '08 by , under Lain-lain. 26 Comments.

Hadiah Hari Jadi Terawal

Hadiah Hari Jadi Terawal

Semalam sepatutnya Khai terima email dari Advertlets, tapi hari ni baru usya inbox. So terlambat sikit untuk inform berita gembira ini. Hari ini 01 Ogos, dan ini bermakna lusa adalah birthday Khai. Semalam lagi, Khai dah dapat berita gembira dari Hotlink iaitu pada 03 Ogos ini, Khai boleh menghubungi sesiapa sahaja dalam satu hari itu dan semuanya di jamin percuma. SMS dia berbunyi begini.

Selamat Harijadi! Nikmati panggilan Maxis ke Maxis PERCUMA pada 03/08/2008. Ganjaran Hotlink untuk pelanggan setia kami. Akaun yang aktif diperlukan.

See, akhirnya Maxis sedar betapa perlunya ganjaran untuk orang terus menggunakan khidmat mereka. Orang Kuning dan Biru dah lama pun buat iye tak? Kalau korang pengguna Maxis/Hotlink dan birthday korang dah lepas, jangan kecil hati kerana mungkin mereka lupa since korang tak berapa penting. Hahaha. Gurau je jangan kecik hati oi. Hahaha

Berbalik kepada email dari Advertlets, mungkinkah ini juga sebuah hadiah harijadi awal kepada Khai. Email mereka macam ni. (more…)

Posted on 1 August '08 by , under Lain-lain. 13 Comments.