5 website tiny paling vogue!


Jam dah pukul 3 pagi. Pukul 7 dah kene bangun. Masuk kerja pukul 8.30 pagi. Balik kerja pukul 6.30 petang. Arghh tension. Dari pukul 1 tadi Khai pejam mata ni tapi tak boleh jugak tido. Pusing kanan, pusing kiri sampai nak tercabut katil ni, tapi macam tu jugak. Last-last, tak pasal-pasal database blog ni bertambah satu lagi entri. Siapa yang susah? Syia jugak yang susah nak tanggung kos server ni nanti. Hehehe.

Well, hari ni best sikit sebab jap lagi dapat elaun. RM500 je tak banyak lepas tolak harga hostel Limkokwing ni. Bila Khai fikir balik, kalau harga bilik ni (untuk 2 orang) adalah RM580 setiap seorang, so elaun sebenar untuk internship student kat sini adalah RM1080. Not bad at all. Kalau nak tahu ape kerja Khai kat sini, salah satunya adalah maintain official website dia lah. Banyak lagi tapi next time lah Khai story.

Kegilaan untuk Mobwars semakin menjadi-jadi. Kalau korang ada Facebook, add Khai (search: Khai Scukz) kat sana dan Khai akan invite korang untuk kita jadi team dalam Mobwars tu. Mobwars membuatkan korang nak jugak bukak Facebook walaupun bos kat sebelah. Hahaha.

Dan dua hari lepas pilihan raya Permatang Pauh, Anwar Ibrahim menang. So Khai tak nak cakap apa-apa just nak lafazkan, “Alhamdulillah”. Bukan kerana Anwar yang menang tapi kerana masih orang islam yang menang.

Panjang la pulak Khai membebel, sowy.. Hehe.. so Khai teruskan dengan beberapa laman web aplikasi yang berguna untuk semua. (more…)

Posted on 28 August '08 by , under Lain-lain. 26 Comments.