Trackback & Tag

justkhai_tag.png
Khai amat menghargai setiap link dari korang. Link yang Khai maksudkan tak kiralah di mana aje samaada di page atau post korang. Mungkin sidebar juga. Mungkin juga ianya trackback dalam mana-mana entri. Tidak susah untuk kita link’kan seseorang tu. Kalau korang ade tulis entri, selitkanlah nama rakan-rakan blogger lain dan link’kan nama mereka. Contohnya, Jika Khai ingin memberitahu Mohd Ismail kini menjadi promoter pembersih enjin, cuba lihat, ayat Mohd Ismail dalam ayat sebelum ini, telah Khai link’kan. Susah ke?

Khai amat tertarik dan gembira gila bila baca mana-mana entri yang ada selitkan nama Khai serta di link’kan ke blog ini. Tak tahu kenapa, rasa gembira tu mesti akan ada dan paling penting, untuk mereka yang berbuat begitu, URL blog mereka pasti akan terus masuk ke dalam Hard Disk 180 Billion Juta GB Khai ni (otak le tu). Pembaca blog korang juga takkan lari bahkan akan bertambah kerana setiap trackback yang dilakukan, pasti akan disenarai dalam bahagian komen entri rakan blogger korang tu. Mungkin definasi yang sesuai adalah tolong-menolong la kot.

Selain dari trackback yang boleh kita lakukan, TAG juga satu perkara yang amat menarik untuk “tolong-menolong” rakan blogger lain. Selain dari menyelitkan link-link dalam entri, Tag menjadikan ianya bertambah menarik kerana Tag sering di panjangkan kepada blogger yang seterusnya. Contohnya, macam Khairul ada menerima tag dari Soleh.Net, dan beliau tu telah panjangkan Tag tersebut kepada Khai. Maka tak salah untuk mereka yang di tag, tunaikan saja tag tersebut selagi masih releven. Ini akan membuatkan orang yang menge’tag’ (apa punye bahasa daa) akan lebih rasa dihargai. Kau rasa dihargai tak Khairul? Hehehe.

Ok, bagi menghargai Tag yang diberikan oleh Mohd Khairul, Khai tunaikan jua. Antara sebab lain, kita berdua mempunyai nama yang sama. Cuma dihujungnya “Khairul” itu pasti berbeza bukan? Jika nama Khai diakhiri dengan Nizam, nama kau pula ape? Ok, Khairul tag Khai dengan bertanyakan 8 perkara rawak pasal diri Khai. Alahai, agaknya tak cukup lagi ke aku cite panjang berjela dalam about page tu. Hihi..
(more…)

Posted on 20 February '08 by , under Daily Craps. 32 Comments.