PRU 13 di mata aku

20130509-120138.jpg

PRU dah pun selesai. Tapi seperti apa yang dijangkakan, ianya takkan terhenti di situ sahaja. Tepat sangat jangkaan itu. Pihak A umum kemenangan lebih kurang jam 1 pagi dan tak menyabar nak angkat sumpah sebagai kerajaan baru. Siap bangkitkan isu yang pada aku agak racist untuk memecah-belahkan penyatuan kaum yang depa sendiri laungkan sebelum ini. Pihak B yang tewas pula bangkitkan isu penipuan SPR dan macam-macam hal lagi dan terus-menerus membangkitkan rasa kemarahan dalam diri rakyat Malaysia kepada kerajaan.

Malam pengumuman, jelas dapat kita lihat di kaca TV kawalan mereka, yang menang banyak pada BN dan DAP sahaja dari chart yang dipertontonkan dan diumumkan. Apa lagi tujuannya kalau bukan nak rakyat Malaysia kata “Haaa kan orang cina yang banyak menang. Sokong lagi si parti B tu!!“. Pada aku ianya telah dirancang menyebabkan kemenangan dari PAS dan KEADILAN disimpan dahulu dari diumumkan awal dan ada darinya langsung tak diumumkan pun. (more…)

Posted on 9 May '13 by , under Politik. 25 Comments.

Puteri Umno yang Bodoh!

** artikel ini adalah pendapat penulis semata-mata yang meningkat matang. tiada cubaan untuk mencaci mana2 pihak.

puteri_bodoh.jpg

Hi manusia. Macam2 hal. Ni Khai agak confius mengenai badan2 kerajaan kita yang kononnya memartabatkan Islam di mata dunia. Korang kenal Sister in Islam? yang kononnya inginkan hak wanita islam di Malaysia ni. Tapi yang banggangnya, kalau dia keluar TV mesti tunjuk rambut yang macam tak terurus tu. Kadang2 siap warna lagi. Ntah apa apa. Awak tu dah la tua2 nak mam***, rumah kata pergi, kubur kata mari.. Huhu.. Khai anggap orang macam tu just orang islam yang tak cukup ilmu di dada tapi nak buat sesuatu yang tak tercapai akalnya. Haha!! Diri sendiri pun terhuyung-hayang, tapi nak jaga hak orang lain. Pada pendapat Khai la, tak payah nak samakan martabat wanita dengan lelaki sebab wanita tu dijadikan dari tulang rusuk (betulkan saya kalau silap) Nabi Adam A.S. Dan sampai bila2 pun, tak mungkin wanita akan berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan lelaki.

Nengok pula gambar di atas tu. Wow.. masuk suratkhabar tulis besar besar ” Puteri Mengaji ” .. chait!! nengok je la pakaian dia tu dah macam orang tak cukup kain baru belajar nak mengaji. Sudah la Ketua Puteri UMNO bahagian tersebut. Langsung tak menunjukkan contoh yang baik untuk kanak-kanak dan rakyat di sana. Menghanjing betul perangai. Pakai baju nipis2 sampai nampak tubuh badan, then mengaji untuk Tuhan. Apa takde akal ke? mak bapak tak ajar? bagi Khai pakaian yang sopan semasa nak mengaji dah menjadi perkara asas. Dari kecil mak bapak dah ajar cara pemakaian sopan semasa ingin mengaji. yang lain2 duduk sekeliling tu, tak pastila samaada nak menghayati bacaan al-Quran tersebut atau menghayati susuk badan wanita tersebut. Ini la yang dikatakan manusia yang mengaibkan orang lain. Mengaibkan siapa? UMNO juga. Ni kat bawah ni keratan artikel tersebut.

puteri_bodoh_real.jpg

Entahlah, malas nak cakap banyak. Tapi pihak-pihak tertentu tolong la ajar sikit diorang ni. Buat malu UMNO aje. Adakah modal insan tidak menitik beratkan soalan pemakaian orang islam? lagi2 orang bawahan sendiri.. Sungguh memalukan.

Posted on 29 January '07 by , under Religion. 62 Comments.