Memulakan kehidupan seperti biasa semula

Dari meja kamarku ku menulis. Artikel sebelum ini mengenai Khai yang dah pun berhijrah ke Ampang. Alhamdulilah la rumah ni memang much better dari rumah yang sebelum ni. Parking kereta berbumbung cantik, pagar rumah pun automatik, siap ada alarm system lagi. Terima kasih tuan rumah. Tapi melampau sangat sampai ada kucing jalan dekat pun dia bantai nak berbunyi. Hahah!

Hari tu masa call lori nak bawa barang dari Bangsar ke Ampang dia cakap RM180 je. Tapi lepas angkat semua barang dalam lori, harga dah jadi RM380. Cisdel! Alasan dia sebab barang banyak yang berat-berat dan tinggi. Ala kerja angkat 3 orang pun nak kecoh. Tapi takpelah kalau tak bayar karang, takkan nak angkut sendiri satu-satu bawa jalan kaki? Hehe. Habis je punggah barang dari lori petang tu terus pergi Sen Heng beli mesin basuh dan Aircond. Fuh, gila sentimental hidup rasa nak tidur je 24 jam. Ahaks!


* Apek datang lumah pasang itu aircond loh.

Beberapa hari selepas pindah tu, Astro pun datang untuk pasang piring Astro yang diorang buka dari rumah di Bangsar tu. Segalanya berjalan lancar dan baik sekali setakat ini. Still berbelah bagi lagi yang Astro ni nak pasang kat office ke tidak ye? Karang kalau pindahkan ke office, bosan pulak tak dapat nengok TV kat rumah. Nak masuk kat dua-dua tempat, apekejadahnya pulak. So buat masa ni, biarkan Astro ni kat rumah je dulu. (more…)

Posted on 11 June '11 by , under Hidup Khai. 61 Comments.

Personal: Hijrah dari Bangsar ke Ampang

Salam guys.

Fuh, dah pukul 12:30 tengahari, baru bangun ni. Puas nya tidur. Tapi tidurnya pun pukul berapa. Pukul 8 pagi kot? Hehe. Sabtu baru-baru ni, Khai dah berpindah rumah dari kawasan Bangsar ke kawasan Ampang. Area kat sini boleh dikatakan much better lagi dari sebelum ni. Rumah pun lagi ok dari yang sebelum ni. Ada gate automatik, ada security/alarm system, ada tempat park kereta yang berbumbung lengkap dan pendek kata tiada apa masalah pun dengan tempat baru ini.

Yang menjadi masalahnya, jauh dengan si dia yang masih lagi ada di Bangsar. Tapi nasib dia faham. Khai pun bukan saja-saja nak pindah tapi disebabkan rumah ni berdekatan dengan office Oh! Media, jadi ini masa yang baik untuk berpindah. Rumah ni kalau jalan kaki, 5 minit dah sampai Tesco Ampang which is sangat senang nak bershopping barang-barang rumah dan keperluan diri. Kalau nak pergi office Oh! Media nanti, kalau ikut shortcut berhampiran rumah Khai ni, kalau naik motor/kereta rasanya ambil masa 5 minit jugau ntuk sampai. Sangat handsome dan awesome! Hehe. (more…)

Posted on 30 May '11 by , under Hidup Khai. 38 Comments.