Personal: Hijrah dari Bangsar ke Ampang

872 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Salam guys.

Fuh, dah pukul 12:30 tengahari, baru bangun ni. Puas nya tidur. Tapi tidurnya pun pukul berapa. Pukul 8 pagi kot? Hehe. Sabtu baru-baru ni, Khai dah berpindah rumah dari kawasan Bangsar ke kawasan Ampang. Area kat sini boleh dikatakan much better lagi dari sebelum ni. Rumah pun lagi ok dari yang sebelum ni. Ada gate automatik, ada security/alarm system, ada tempat park kereta yang berbumbung lengkap dan pendek kata tiada apa masalah pun dengan tempat baru ini.

Yang menjadi masalahnya, jauh dengan si dia yang masih lagi ada di Bangsar. Tapi nasib dia faham. Khai pun bukan saja-saja nak pindah tapi disebabkan rumah ni berdekatan dengan office Oh! Media, jadi ini masa yang baik untuk berpindah. Rumah ni kalau jalan kaki, 5 minit dah sampai Tesco Ampang which is sangat senang nak bershopping barang-barang rumah dan keperluan diri. Kalau nak pergi office Oh! Media nanti, kalau ikut shortcut berhampiran rumah Khai ni, kalau naik motor/kereta rasanya ambil masa 5 minit jugau ntuk sampai. Sangat handsome dan awesome! Hehe.

Oh ya, kalau di Bangsar dulu line P1 Wimax boleh dikatakan sangat superb, tapi bila di Ampang boleh dikategorikan sebagai sangat hampeh. Tapi still boleh online dalam connection yang laju jugalah tapi tidaklah selaju ini. Nasib la W1max Khai ni pakej 4mbps kalau tak memang semput sebab dia punya coverage signal sangatlah ciput dekat area ni.


* Teruk gila kan?

Jadi rasanya dah sampai masanya dalam seminggu dua ni untuk Khai kembali menggunakan khidmat wired internet samaada Streamyx ataupun UniFi. Tapi semalam buat research, boleh tak sampai lagi UniFi kat sini. Aiyark! Tapi takpelah, Khai tak perlukan sangat pun UniFi tu sebab Khai bukan kaki download dan sebagainya. Asalkan ada internet yang stable dia punya kelajuan dia untuk Khai buat kerja, dah lebih dari cukup dah tu. Hehe.

Apa yang pasti diharapkan kehidupan di tempat baru ini, memberikan Khai lebih semangat dan anjakan paradigma yang baru untuk terus mengejar cita-cita dan kejayaan. Jangan malas-malas lagi. Rumah dah selesa, bilik dah selesa dan semua pun dah selesa, kenalah buat apa yang dijanjikan pada diri sendiri. InsyaAllah.

Khai: Dah jumpa satu port paling best nak meeting kat area ni iaitu di Barra Cafe berhampiran Tesco Ampang. Jalan kaki pun kalau nak pergi. Haha. Ada siapa-siapa nak meeting dengan saya? Hehe.

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 1:13 pm 30 May '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 872 views
Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , ,


RSS feed | Trackback URI

38 Comments »

Comment by Hisyam
2011-05-30 13:22:53

Internet slow? McD ade, ape susah. πŸ™‚

..
Comment by Khai
2011-05-30 13:31:02

Online Mcd lagi la sakit hati kalau ramai orang. hehe. Tak boleh, nak gak ada internet sendiri yang best. Takkan hari-hari nak gi Mcd kan? Tokey kasut pun pakai selipar jepun kalau camtu. Hehehe.

..
 
 
Comment by Fazreen
2011-05-30 13:24:43

dok sorang satu rumah ke apa ni?

..
Comment by Khai
2011-05-30 13:32:53

Eh tak. Ada 2 orang lagi member yang lain. Aku ambik master room dan 2 bilik lagi tu, ada orang menyewa. Ruang tamu, dapur etc, nak buat apa pun buatla. Hehe

..
 
 
Comment by bubbles182
2011-05-30 14:35:18

ampang and kampung pandan is sooooo near.

so…

ehem

bila nak belanja makan?

πŸ˜›

..
Comment by Khai
2011-05-30 18:56:25

Office nanti buka di Desa Pandan. Nanti I belanja u makan dalam opis ek? tp u masak la.. hehehe..

..
 
 
2011-05-30 15:06:02

Susah gak nak berblogging kalau internet slow ni. πŸ˜‰
Nasib baik saya jauh dari Ampang, kalau tak nak juga join jumpa dan bertukar pengalaman.

..
 
Comment by nabel
2011-05-30 19:41:38

wahh, seronoknya macam tu. ada gate automatik, ada tempat letak kereta berbumbung. gaya rumah dah macam duta malaysia jek. kih kih kih. ;p having a new life man. X)

..
 
Comment by nabel
2011-05-30 19:43:01

wahh, seronoknya macam tu. ada gate automatik, ada tempat letak kereta berbumbung. gaya rumah dah macam duta malaysia jek. kih kih kih. ;p have a great new life man. X)

..
 
Comment by aman
2011-05-30 20:13:31

pergh. lima minit tue. giler dekat. hoho. kalau nak pakai pembancuh teh kat ofis tue, bagitau ar. hee~ πŸ™‚

..
 
Comment by deen yang hensem
2011-05-31 03:34:54

pergh kau nak ampang je khai,
kat bangsar pun tak pernah nak lepak dgn aku,
apatah lagi dah kat ampang skang.
huish

..
 
Comment by Eriyza
2011-05-31 09:38:28

Semoga makin byk projek ‘mega’ masyuk pasnih.
Hehehe! πŸ™‚

..
 
Comment by hisham
2011-05-31 09:47:28

wah… oh media dah ada opis ker? nak keja leh? heee.. ada kerja kosong bidang apa yer?

..
 
Comment by mosyar
2011-05-31 11:41:24

hohohoho…terbaik. alamat opis sebelum ni memang area ampang? maksudnya alamat dekat business card. hehe.

..
 
Comment by yaaser
2011-05-31 12:04:25

eh. Unifi takde lagi kat situ? Kesiannye =(

..
 
Comment by Wawan
2011-05-31 20:16:42

Gi Mcd or Kfc sudah…. huhu

..
 
Comment by Wawan
2011-05-31 20:20:49

tempat ku ni lg kesian…unifi xde.. streamyx pon sama gk… =(

..
 
Comment by arnamee
2011-05-31 21:45:21

Salam khai. Khai okeh lagi area lembah klang. Anem baru tiga minggu pindah selayang ke perak. dulu sayang gila p1wimax, sekarang dah guna celcom broadband . Apapun, selamat berhijrah utk kita berdua , semoga berjaya dunia akhirat buat khai, keluarga dan yang tersayang:D

..
 
Comment by zwan
2011-05-31 21:49:04

moga sukses selalu πŸ˜‰

..
 
Comment by Alan
2011-05-31 22:26:36

Rase nye tahu laa rumah tue area mne.

Hehe…
Bole nanti sekodeng-sekodeng Khai.
HAhah….

πŸ˜›

..
 
Comment by sukacuka
2011-05-31 23:36:48

Tahniah khai. Semoga hidup terus maju. Sentiasa doakan orang lain dalam diam ye. πŸ˜‰

..
 
Comment by nizamghazi
2011-06-01 00:50:10

p1 kdg2 probs jgk bile time dia nk connect
tpi so far puas hti jgk dgn servis dorang (:

..
 
Comment by wan sandx
2011-06-01 01:09:19

pergh jarang khai wat entry personal gini…hehe

papepon ok lah kan kalo tenet stable….kalo mcm siput sedut…hahaha mmg sakit ati

..
 
Comment by Faris
2011-06-01 02:50:59

Wow! Bila dah pindah rumah baru yang awesome & handsome mesti selesa. Harap2 environment kat tempat ok la, bukannya macam kat area rumah aku yang sangat huru-hara dengan sikap masyarakat ego tidak mahu bersatu-padu menyebabkan banyak pencerobohan pihak luar not responsible. I wish u all da best & terus maju. Internet dah macam kura-kura terpaksa tukar ke wired internet. Nanti ada meeting, jemput la aku sekali. πŸ™‚

..
 
Comment by H3r0
2011-06-01 12:22:33

Ok la bro.. Nnti leh shopping skali kat tesco… He he…
Antara tempat yg aku tau nak p. πŸ™‚

..
 
Comment by alex adriana
2011-06-01 13:12:09

heheh. Tesco Ampang pernah la gak bape kali ke sana. Barra Cafe eh. nanti nak try la ushar hahahah! selamat menjalani hidup baru di tempat baru ye Khai. ala, Bangsar dengan Ampang takdelah jauh mana. still boleh dating hari2 pe. ekeke

..
 
Comment by faiez
2011-06-02 07:50:41

jom meet up kat tesco ampang… x pun axis ampang… huhuhu…

..
 
Comment by Omar
2011-06-04 06:05:29

Line wimax semput la pulak, takpe.. gi cari kedai mamak yang dah pakai unifi..

..
 
Comment by yang
2011-06-04 13:59:20

sungguh cool!!…all the best!!

..
 
Comment by Fuza Marquis
2011-06-04 21:10:43

Cerita-cerita Khai selalu jek bagi inspirasi kat orang T__T
What I mean is Khai selalu direct orang untuk be better, and it’s good!

..
 
Comment by sukacuka
2011-06-05 20:47:01

khai,macam mana nak upgrade ni.

..
 
Comment by landax
2011-06-06 22:55:25

wahh~masyukk siakk!hahaha…Streamyx is better =)

..
 
Comment by Mila Awal
2011-06-07 17:54:43

Selamat berhijrah ke tempat baru. Semoga semuanya berjalan lancar. Yang penting kene selalu berfikiran positif. Dalam hidup ni kita tak boleh dapat semua yg kita nak. Jadi, kita kene pilih yang terbaik.

..
 
Comment by Chipcoklat
2011-06-09 13:47:56

pakai la streamyx broadband.. lps tu wat dia jd wireless.. x yah nak pkai wired pnye.. but streamyx pun sekarang ni mcm slow jek… x tau la kan kalo tmpt lain x slow plak..

..
 
Comment by shahjiehan
2011-06-10 01:15:40

oh media dah ade office? dasyat la bro…!!

..
Comment by Khai
2011-06-11 07:10:03

Hehe, ya ada. Office biasa-biasa je. Dalam proses renovation lagi sekarang ni.. Tak sabar! <3

..
 
 
Comment by shahjiehan
2011-06-10 01:28:26

bro punya latest perfomance blog justkhai ni 100% Page Speed Grade. YSlow Grade pon 100% dasyat la…

ajar sket camne buat jadi perfect tuh… Jom uji kelajuan blog kita. | ! !shahjiehan [dot] com ! !

..
 
Comment by AsrafZamani
2011-06-10 17:11:56

saya selalu mengikuti blog ni..i like streamyx πŸ˜‰

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?