Di mana kan ku sambung study. Need help!!
Title dah macam lagu P Ramlee la pulok. Sejak dah ada handphone yang boleh layan WiFi ni, rasa nak menangis pulak bila nengok laptop yang dah tak beraksi. Bila jeling je laptop ni, rasa macam dia buat muka seposen la pulak kan suruh guna? hahaha, gila poyo aku. Tapi Khai memang dari dulu anggap barang-barang Khai bernyawa. So sedikit sebanyak memberi semangat untuk menjaga barang dengan baik. Berbalik kepada handphone, mentang-mentang dah ada GPS, jalan yang dah tahu pun sibuk nak guna GPS. Apejadah? Taknak macam bodo pulak kan? Tapi takpe la, sukarela Khai menggelarkan diri ini sebagai gayat!! Puas hati? Hehehe.
Gambar ni adalah gambar pertama yang Khai tangkap guna Nokia 5800XM tu. Hurm, manyak cantik itu gambar. Orang buta seni photography macam Khai, akan cakap gambar kat atas ni kualiti sama macam DSLR. So tak perlu beli DSLR yang besar gedabak tak boleh masuk poket. Hehehe. Adik-adik, jangan ikut kata orang buta seni photography macam abang ye? Kalau nak ikut jugak, tunggu abang jadi abang ipar adik.
Pasal gambar motor kat atas tu, saja kasi bogel. Setting angin sana sini. Baru Mat Rempit Shah Alam menangis bila Khai potong diorang dengan muka selamba badak sumbu. Budak-budak lelaki UiTM, takkan tak tahu kot gambar tu kat area mana? Hehehe.
Berbalik kepada tajuk artikel ni (dah macam karangan budak darjah satu baru nak on topik!), nak mintak tolong sangat-sangat dengan korang semua ni. Sejak dua menjak ni, semangat nak sambung study tu makin membuak-buak. Kalau Maria Ozawa berdansa kat depan pun, takkan dapat mengalahkan nafsu Khai untuk sambung belajar.
Masalahnya, di mana? kat mana? Mana Universitas nak masuk ni? (more…)