Artikel penutup Justkhai untuk tahun 2009

Sempena cuti hari natal ni buat entri personal pulak la sekali sekala. Lama dah tak membebel pasal diri sendiri kat blog. Hari ni (26 Disember 2009) banyak juga perkara menarik yang jadi dalam hidup Khai. Nak buat live blogging pun malas so update kat Justkhai je lah.

Pagi tadi pukul 9 pagi baru nak cuba lelapkan mata yang dah jem, dapat call dari City-Link. City-Link ni samalah macam Fedex Gdex segala tu syarikat penghantaran barang. Diorang dah ada depan pintu rupanya. Katanya ada barang nask kasi. Pergi kat pintu gila terkejut sebab cara diorang hantar barang tu macam hantar harta karun yang Ahmad Albab yang punya. Hahaha. Punyalah ramai kan? Hehe. Dalam hati tak lain tak bukan, ni mesti kerja P1 Wimax ni sebab hari tu diorang kata nak kasi hadiah kat Khai.

Dengan rakusnya Khai koyakkan bungkusan City-Link tu dan kelihatanlah sebuah kotak terisi sehelai Baju esklusif P1 Wimax dan sekeping kad ucapan. Baju dia ni memang terbaik mengalahkan kain POLO. Teruja habis.

Kad ucapan yang tak boleh tahan tu. Teruja gila bila CEO P1 Wimax sendiri yang kasi “personal thanks”. Kepada Mr Michael Lai, CEO kepada Packet One Networks, terima kasih banyak-banyak. Khai dengan P1 Wimax ni bukanlah ada apa-apa hubungan sangat pun cumanya dah lebih 5 tahun Khai menanti something yang baru di mana boleh jadi real rival untuk Streamyx.

Kemunculan Maxis/Celcom Broadband (buat masa ini) semuanya hanya palat sehinggalah kemunculan pencabar Streamyx yang sebenar iaitu P1 Wimax. Korang tak nampak betapa tercabarnya Streamyx sampai sekarang ni semua charge pendaftaran dah jadi kosong? Siap keluar iklan memperlekehkan W1max lagi menangkis kempen POTONG dari W1max. Memang totally stupid. (more…)

Posted on 26 December '09 by , under Blog, Hidup Khai. 109 Comments.