Upin & Ipin Setahun Kemudian

*jika korang mencari strip untuk blog, sila baca hingga ke akhir entri ini.

Ingat lagi bulan ramadhan tahun lepas yang diserikan dengan kemunculan kartun 3D pertama di Malaysia, Upin & Ipin? Bagaimana plak tahun ni ye? Mungkinkah Les Copaque akan menghasilkan lagi untuk siri ramadhan tahun ni? Ya!! Tahniah untuk mereka kerana mengeluarkan lagi episod Upin & Ipin setahun kemudian.

Jom nengok trailer untuk kemunculan semula mereka ni.
[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=Mqcc9MrEAE0 450 300]

Jom nengok cerita dia!! (more…)

Posted on 7 September '08 by , under Lain-lain. 55 Comments.

Aidilfitri & Wallpaper Upin & Ipin

Selamat Hari Raya semua!! Hoyea.. Hoyeaa!! Pom Pom Pom.. bunyi mercun PopPop dek kerana pengharaman mercun lain di negara ini. PopPop pon PopPop la, janji ada gak bunyi. Kalau tak tahu mercun PopPop tu camana, pergi la kedai cari kotak warna kuning. Di dalamnya kotak tu adala PopPop. Mercun aneh untuk kanak-kanak yang meletup bila dibaling tanpa perlu dibakar. Ianya di balut rapi dengan tissue yang terisi butiran batu dan sedikit belerang.Persisnya, bagi budak-budak pun mercun yang dihalalkan kerajaan ini macam bodoh, apa lagi bagi aku yang dah dewasa ini. Tapi apa nak buat, dah undang-undang. Ni semua gara-gara budak-budak bodoh yang tak reti main mercun la ni. Meletup kat tangan la, kat muka la. Langsung diharamkan. Amik la ko hari raya yang dah tak semeriah dulu masa aku kecik-kecik. Jangan pelik kalau yang keluar berita jadi mangsa mercun semuanya budak-budak melayu dan bukan kaum lain. Kaum lain terutama cina kalau main, mana campak satu-satu. Diorang bakar sekali gus semua. Baru la tak bahaya. Haishh, tak faham aku dengan sifat orang melayu yang kecik-kecik dah kedekut tapi nak berhibur sekaligus membahayakan diri dan orang lain.

Apapun, tahniah untuk kalian kerana berjaya menghabiskan puasa selama sebulan dengan penuh jayanya. Jadi, inilah hari kemenangan kita. Untuk yang tak puasa penuh atau tak puasa langsung tu, cuba la untuk ganti. Dah tua-tua pun tak reti nak puasa. Malu la sikit kat budak tadika yang boleh puasa penuh tu. Kalau sebelum ni tak bertegur dengan jiran sebelah tu, buat je la muka tak malu pergi beraya rumah mereka. Aku jamin, pada hari baik bulan baik ni, mereka takkan ingin untuk teruskan permusuhan. Banyak pahalanya kalau kita beralah. Begitu juga kalau ada kawan yang berselisih faham atau apa, call mereka dan jemputlah datang ke rumah. Cakap dengan diri sendiri macam ni, “Ego? apa itu Ego? Motor Ego ke?”.. Haa, faham?!!

Jadi untuk memeriahkan hari raya ini, rasanya tak bermakna kalau sekadar pasang pelita depan rumah atau bersihkan rumah bagai nak rak tapi masa online di internet lebih lama dari segalanya. Jadi untuk itu, hiasilah desktop dengan wallpaper raya. Lagi indah jika ianya suatu yang comel seperti Upin & Ipin. Apa tunggu lagi, download dan terus jadikan wallpaper di desktop seperti aku!!

Saiz wallpaper 1024 x 768. Terima kasih kepada production crew Les’ Copaque untuk wallpaper ini. Aku mahu kalian semua juga berjanji akan menonton filem animasi 3D pertama di Malaysia ini nanti bila ditayangkan di paggung. Kerana bagi aku, ianya sesuatu yang perlukan sokongan rakyat kita sendiri sebelum dapat maju di negara lain. Kalau maju di negara lain dulu, hantukkan kepala di dinding kerana tak mampu nak hargai bakat-bakat anak melayu kita sendiri. Janji tau!!

Oklah, nak siap-siap pergi beraya rumah member-member lama time sekolah dulu. Kepada kau yang sedang membaca tulisan aku ni, tak payah nak fikir-fikir lagi, shutdown dulu komputer tu. Ada ke patut hari raya duduk depan komputer online lagi. Lepas tu pandai pula nak bising hari raya tak meriah sebab orang tak datang rumah. Kalau dah diri sendiri pun tak pergi rumah orang, nak ke orang datang. Renungkan dan selamat beramal.. Haha

Posted on 13 October '07 by , under Istimewa. 15 Comments.