Dua website permainan online buatan Malaysia

Banyak sebenarnya website-website hebat kelahiran anak tempatan tapi mereka tidak memberitahu ianya milik siapa. Mungkin Khai punya, mungkin Amanz punya, mungkin Mrkay punya atau mungkin kawan-kawan korang sendiri yang pasti ianya dijadikan projek underground. Ianya dijadikan 100% look-alike seakan-akan website milik warga amerika dan yahudi sehinggakan mereka sendiri terjerat dengan kehebatan anak-anak tempatan kita (tidak sangka).

Sebagai contoh paling dekat, pernah korang masuk mobile88.com tak? Ini website reference untuk pelbagai jenis handphone terbaru mahupun lama. Nak refer harga terkini pun semua boleh kat situ dan website tu memang menjadi reference Khai sejak dulu lagi. Dan awal tahun hari tu, baru Khai tahu ianya milik syarikat tempatan di Malaysia yang berpangkalan di Cheras. Siapa jangka bukan?

So untuk entri kali ni, nak memperkenalkan 2 website permainan flash online yang dicipta oleh anak tempatan. Since game-game kat Facebook pun makin lama makin bosan, mungkin korang boleh abadikan sedikit masa untuk melihat sendiri kehebatan anak tempatan kita. Paling hebat ianya dari anak melayu sendiri. Siapakah dia? Rahsia!

1. Defence Tower Games

URL: http://www.defencetowergames.com | FB Fan Page
Mempunyai ratusan game flash pilihan untuk korang main secara online. Memang pelbagai dan cubalah mana yang korang minat. Ianya dibina ala-ala sebuah blog di mana di bawah game, korang boleh komen mengenai game tersebut atau berkongsi dengan kawan-kawan sebarang hidden thing di dalam game tersebut. Ada beberapa game juga yang boleh korang save. Kemudian boleh load balik untuk sambung. (more…)

Posted on 28 September '10 by , under Review. 23 Comments.