4 Software percuma wajib download.

Oh tidak, semalam motor Khai dilanggar tanpa izin oleh dua orang mamat Iran yang baru nak belajar naik kereta mungkin. Khai parking di tempat motor macam biasa. Dan Satria GTI ni dengan selamba badaknye melanggar deretan motor yang parking di situ. Ada beberapa motor yang tumbang dan motor Khai berganjak sedikit kebelakang. Masa kejadian, Khai tak tahu menahu. Tengah busy buat assignment mungkin. Saksi yang ada masa tu hanya panggil owner kepada motor yang tumbang tu je. Khai dia tak panggil sebab bila lihat dengan mata kasar, 125zr yang baru ku beli 3 minggu lepas tu memang tiada langsung cacat celanya. Tapi bila Khai belek motor tu, Fox depan bengkok siot. Fox original tu. Damn! Breakdisk juga mungkin bengkok. Sekali lagi, Damn! Breakdisk original tu!!!!

Kawan Khai yang motor tumbang tu dah deal mintak RM200 dan dah dapat pon petang tadi. Khai baru deal petang tadi dengan mamat iran tu. Khai awal-awal dah buat persediaan dengan membawa team-team gangster dan juga team-team baik. Sebagai backup kalau mamat tu nak cari pasal. Deal punye deal, Khai yang hancus english ni boleh speaking tak pasal-pasal. Haha, ini semua kerana 125zr itu yang tak henti-henti menangis kesakitan dari semalam. Nasib baik mamat Iran tu Ok. Kalau tak memang kena debik. Kitorang kat sini semangat setiakawan tu kuat. Mana boleh nengok kawan-kawan susah kan. So mamat Iran tu bersetuju untuk membayar ganti rugi. Nasib kau nak bayar, kalau tak tidur lokap ko malam ni. Dia suruh hantar workshop, tukar apa yang nak tukar, then dia bayar even beribu pon. Ah, Khai tak kira, Khai nak semua barang ori balik. Naya la ko nanti mamat Iran baru nak belajar kereta oi.. gambar motor ada Khai tangkap, tapi tak sampai hati nak publish kat sini.

Itu saja daily craps untuk hari ini. Neway, kalau korang perasan, dah lama blog ni tak mem’promo software2 terbaru untuk korang. Tak macam dulu lagi. So hari ni Khai nak promo dua software tarbaru dan dua software pilihan Khai.

Winamp Media Player 5.52

winamp_baru.png
Mungkin ada yang masih tidak tahu, Winamp kini sudah ada versi baru. Interface yang sangat sesuai untuk mereka yang menggunakan Windows Vista. Pelbagai sebab kenapa korang perlu download. Boleh rujuk sendiri di official websitenya.Khai tahu, setiap orang ada Media Player kegemaran mereka sendiri. Ada yang suka iTunes, ada juga yang suka Winamp mahupun pelbagai jenis yang lain. Tapi pada pendapat Khai, apa guna kita install Windows XP atau Windows Vista disertakan sekali dengan Windows Media Player? Kenapa tak guna? perlu ke nak makan hard disk korang tu sedangkan fungsinya sama sahaja. Kalau nak cakap kau tak suka support hasil keluaran Microsoft, habis kenapa guna produk mereka? Khai cukup tak suka dengan mereka yang anti Microsoft kerana barang mereka mahal dan cekik darah tapi dari awal belajar menaip, tak pernah beli Windows yang original pun.

Nokia PC Suite 6.85 Release 14

nokia_pcsuite_baru.jpg
Kepada pengguna Nseries, dapatkan juga Nokia PC Suite terbaru ni. Memang jauh lebih baik dari sebelumnya. Interface juga macam biasalah, semua nak ala-ala Vista. Kali ni, data-data dah boleh di’drag terus mengikut kemahuan korang. So kalau berminat, boleh download di Softpedia. Tiada masalah kepada pengguna XP mahupun Vista.

GOM Player

justkhai_gom.jpg
Lupakan FLV Player, VLC Player, Real Player atau apa sahaja player third party yang korang gunakan sekarang. GOM Player terlalu mengujakan Khai. GOM Player mampu memainkan file mp3, dvd, real, mp4, avi, dan apa sahaja format yang ada. Jika ada yang tak boleh main, korang akan dihantar terus ke website mereka untuk mendownload plugin bagi format yang tidak terkandung dalam package default installer. Khai pernah menulis mengenai GOM Player suatu ketika dulu (di sini), bacalah untuk korang mengetahui lebih banyak kelebihan GOM Player ini.
Download GOM Player di sini. orang dah download taw!

DeskSpace


live preview, click sinih
Pernah bermimpi untuk mempunyai 4 Desktop dalam 1 PC? DeskSpace akan menjadikan impian anda sebuah realiti. Eceh, ayat tak leh blah. Khai sangat teruja mempunyai DeskSpace di dalam notebook ni. Contohnya, korang tengah banyak tab kat taskbar windows. Tiba-tiba member korang nak guna sekejap. So mesti korang takut tab tu akan terpadam kerana banyak perkara penting yang masih terbuka. Begitu juga kalau korang rasa terlalu banyak tab sedang terbuka, dan korang perlukan satu desktop yang clean untuk tidak menyakitkan mata. Dengan DeskSpace, korang boleh switch ke windows baru tanpa perlu log off untuk pergi ke user account yang lain. Betul, ini wajib korang download dan tunjukkan pada rakan sepejabat mahupun sekolah. Mereka mesti akan cakap, Aku nak wei!! aku nak!!.
Download DeskSpace di sini. orang dah download taw!

So kalau dah cuba, Ok tak?

UPDATE: 02march..

Internet Download Manager with Crack

Ada request kat bahagian komen dari saudari Eriyza, so Khai letak di sini je. Internet Download Manager adalah satu lagi software yang wajib di download untuk siapa yang mahukan kelajuan download berkali ganda dari yang biasa. Korang juga boleh pause download proses tu dan sambung pada bila-bila masa je. Kalau line internet korang tiba-tiba putus, IDM automatik akan pause’kan dan korang boleh sambung balik lepas tu. URL file download tu juga akan disimpan oleh IDM. So memang tiada cacat celanya jika korang install IDM dalam pc dan gunakan. Memang berbaloi bak kata Kamdar.
Download IDM di sini. orang dah download taw!

Posted on 2 March '08 by , under Daily Craps. 56 Comments.