Allah Selamatkan Kamu, Pak Hassan
Hari ni hari jadi abah aku. Dah makin tua abah aku sekarang. Masuk 59 tahun dah umur dia. Aku sedar makin tua dia, makin meningkatlah umur aku. Sejauh mana kehidupan aku selama hampir 22 tahun ini mampu membuat dia ketawa? hanya dia dan Allah saja yang tahu.
Kepada Abah, orang sayang abah sangat-sangat. Tak lebih tak kurang rasa sayang orang dengan mak. Abah adalah abah terbaik di dunia bagi saya. Abah tak pernah walau sekalipun pukul orang time kecik dulu tapi tanpa pukul dan marah-marah, abah tetap berjaya jadikan orang manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Alhamdulillah.
Setiap satu dan sekelumit dosa orang didunia ini, bukanlah ditanggung salah abah dan mak lagi tapi salah orang sendiri. Tahniah kepada abah kerana berjaya membimbing kita sekeluarga sehingga ke tahap ini. Sesungguhnya, orang bersykur atas segala-galanya dan rasa betul-betul beruntung dilahirkan di dalam sebuah keluarga Pak Hassan.
Bila orang renungkan balik perangai orang hari ini, memang tak tumpah ikut perangai abah. Abah tak suka pakai seluar pendek tak tentu pasal. Sentiasa nak menyemart ke mana sahaja. Memang betul-betul orang follow even nak keluar makan kedai depan rumah tu je pun.
Abah tak suka berhutang dengan orang biar camana pun susahnya. Memang itu perkara yang orang belaja dari abah dan sampai sekarang sebagaimana susahnya orang, orang akan cuba elakkan untuk meminta-minta belas baik dari orang lain.
Dan perangai abah yang amat murah hati, juga tak tumpah dengan perangai orang walau pada akhirnya, sifat pemurah yang abah alirkan ke dalam darah orang ini selalu sahaja memakan diri orang sendiri.
Abah juga tak suka bercerita pasal orang lain atau mengambil tahu hal yang tiada kena mengena dengan abah. Betul abah, darah abah memang mengalir dalam badan orang.
Abah tahu anak abah ni baik kan abah? Anak abah semua baik-baik dan takde satu pun yang mengecewakan abah sepengetahuan orang. Dan orang doakan, semoga Abah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki serta orang berdoa doa kami semua adik-beradik tidak akan pernah tertinggal untuk abah sampai ke akhir hayat. Abah sentiasa ada bersama orang even pada nama orang sendiri, Khai Hassan digunakan di mana-mana sahaja. Nama orang dan nama abah.
Air mata orang sentiasa mengalir semasa menulis entri ini. Orang takkan pernah menangis depan abah sebagaimana abah tidak pernah menangis di depan orang dulu semasa membesarkan orang. Hidup kita dalam keluarga yang sederhana tetapi kita sekeluarga memang sangat-sangat bahagia. Kadang-kadang dah besar panjang macam ni, memang gembira bila dapat main Saidina dengan abah dan satu keluarga. Hehe.
Doa saya agar Allah tak ambil abah selagi saya masih menghela nafas dan berpijak di bumi ini. Sebagaimana doa pada mak, biarlah orang yang pergi dulu dari mak abah sebab orang tak pernah terbayang bagaimana rasanya kehilangan dua insan yang selama ini tak pernah putus orang sanjungi. Abah seorang lah abah saya. Saya takkan jumpa kat mana-mana lagi sampai bila-bila.
Selamat Hari Jadi, Abah! I love you abah. Nanti orang balik kampung kita jumpa ya. Saya sayang abah saya!!
lebeh kurang dgn umur ayah aku gak ๐
ayah smua org terbaik woot…
Assalamualaikum,
Bagus betul your dad… tak pernah pukul bro, ehehe… btw, Selamat Hari jadi kepada Pak Hassan, semoga panjang umo, murah rezeki… ๐
Ingat Hijau : Ingat Daus
ehehe.. anak dia mana ada yang nakal-nakal. Takkan tiba-tiba nak pukul plak? hihi.. :p
saya pun x pernah kena pukul….. hihi
bapak aku pun tak pernah pukul aku.. cubit pun tak..
seumur hidup aku sekali jer bapak aku marah aku..
masa tu memang gentar habis aku..
yelah, orang tak pernah marah bila tunjuk taring takut beb..
apepun..
semoga hidup pak cik Hassan akan lebih baik selepas umurmu meningkat pada satu angka lagi..
umur hanya angka.. =P
kalau kita nakal mesti la dia marah kan? Marah pun bukan sebab benci tapi sebab sayang. Siapa kita hari ini, itulah bentuk yang ayah kita reka dulu.
saya pun sayang abah saya juga…
nak plak saya hanya ada abah jer selepas mak saya dh kembali ke tempat yg kekal abadi…
sangat2 saya sayang abah saya walaupun saya kekadang terlanjur kata…
semoga abah saya juga terus sihat…
saye pon sayang abah saya,, tapi saye banyak kali tersakitkan hati die tanpa disengajakan atau secara sengaja.. minta maaf abah..
ayah aku lagi baik woo….haha..kecik2 dulu pernah gak kena rotan, bila dah besar dia pun faham dah anak2 dia….
skang ni sporting je…tak sabar nk kata ” ayah nak kahwin…” hehehe..
Masa kita kecik, ayah kita “darah panas” lagi. Bila dah tua-tua ni, ayah kita lah sahabat kita.
aku kecik2 selalu kena pukul…kesian kat aku…
Hepi Besday Pakcik Hassan ๐
bestnya ada abah….
slamat hari jadi pakcik
x tau nak cakap ape.. terharu kat insan bernama abah, ayah, papa dan sume yang seangkatan dengannye. itu la peranan lelaki.. didik la keluargamu.. Kpd Pak Hassan.. selamat menyambut ulang tahun kelahiran yg ke -59. moga panjang umur, murah rezeki dan tenang beribadat. amin
hurm~~~ so sweet…. terharu lak bace, hehe….
mesti pak hassan bangga ade anak cam khai ๐
hope so. hihihi ๐
Allah selamatkan kamu Pak Hassan dan Khai Hassan!
selamat hari jadi to pak hassan.. 8)
nanti bawa balik hadiah menatu untuk Pak Hassan tu… ^_^
Ahaha.. nanti aku try cari kat downtown kalau-kalau ada hadiah tu.. ๐
ok, khai, aku pun nak nangis! my ayah passed away lagi beberapa hari nak raya. lepas tu, melawan derita dalam bufday aku. Takke perit?
I put my Ayah half of my heart. Tapi bile dah takde, i can’t bear to life anymore. Terasa nak je ikut Ayah sekali. Tapi, iman still kuat kowt!
so here fo share: http://az-arepa.blogspot.com/2009/08/kini-tiada-lagi.html =(
Jangan macam tu. Yang pergi tetap pergi. Kita yang masih ada ni, teruskan hidup dengan sempurna dan tabah ye..
Heppi burfdei Pak Hassan.
Semoga ceria sokmo. :choler:
rndu ayah gak..happy fathers day.. ๐
heppy bday buat pak hassan..umo ur dad lebih kurang my dad gak,..
terharu lak bc entry ni =( =(
TERbaik!! :[
Happy Birthday for your dad, Khai~ ๐
bismillahirrahmanirrahim…
saya sangatlah x suke entry nie.. pakcik khai nak tahu kenapa? cz awak dah buat saya rasa sangat terharu dan nangis2 cm anak kecil sahaja lagaknya.. tbe2 saya terasa rindu yang teramat pada ibu bapa yang sangat saya cintai..
cm saya tulis kat facebook, baru je teringat hari lahir ayah saya kurang seminggu dari sekarang.. kalau saya lupe tarikh lahir ayah saya, terasa sangat seperti xley nak maafkan diri sendiri.. walaupun sebelum nie dah berkesempatan luangkan masa dengan mak ayah dan semua adik beradik dalam majlis perkahwinan yang dah berlangsung, terasa masa yang ada itu sangatlah tidak cukup…
this is such a sweet and lovely entry.. i always feel like it is so special to let you know, that when i am reading an entry from your blog, which is written from a purely sincere heart, that is simply what makes your blog incredibly outstanding from the rest of other bloggers…
selamat ulangtahun ke-59 untuk ayah awak.. semoga beliau selalu dikurniakan kesihatan yang baik, dapat sentiasa menjalani keberkatan hidup dalam keredhaan Allah bersama keluarga yang tersayang, serta beroleh kebahagiaan berpanjangan di dunia dan akhirat.. amin2 ya rabbal alamin…
p/s dengan melihat gambar2, izinkan saya tambah satu lagi perkara.. saya percaya awak juga mewarisi sifat penyayang dari seorang ayah yang awak cintai.. wallahualam
Terima kasih Makcik Fifie. Hehe.. sebagai lelaki, Khai tahu kasih sayang anak perempuan dengan insan bernama ayah, selalunya 2 kali ganda dari kasih sayang anak lelaki.
Terima kasih atas doa awak. Amin ya rabbal alamin.
huhu menitis air mata bace entri ni, terharu sgt.. =(
semoga panjang umur & dimurahkan rezeki, pakcik hassan.. ๐
p/s: comey plak tgk bro khai pakai kain pelikat..heheh ๐
Hehe. Thanks NaNa. Woot! Kain pelekat! Hehehe. Khai baru-baru je belajar pakai kain pelekat 2 tahun lalu. Dan tetap sentiasa berangin sampai sekarang bila kat rumah. Hehehe..
saya syg papa & umi…
saya sayang ibu n ayahsaye ! heheh…bnyk slh kt keduenye….sori ek..huuuhu..
skang ni stat dh bjaohan…ado2..heheh
samalah kita khai…skarang aku jaga bapak aku kat kampung sejak mak aku meninggal tahun lepas…mengalir airmata aku bila baca entri ko ni khai :love:
happy bday to pak hassan !!~
huhuhu…nice entry..
saya jugak sayang mak abah saya..[^.^]
sempoi ahh entri ni.. semoga apa semua yg terbaik dapat kat family ko.. amin~ :8
saya sayang abah saya juga….beliau masih tough lagi mcm anaknya juga..haha 8)
Happy birthday pakcik!
Khai anak yg baik, bertuah pakcik.
semoga pakcik terus sihat, amin:D
saya sayang pak hassan gak.. happy befday abah… nanti kita jumpa kat umah ye…. khai bawakkan… abah nak hadiah ape, orang leh belikan… tapi khai yg labur 80% dari wang pembelian hadiah tu la.. abah, orang ngan khai nak bawak abah g mekah nanti.. jom abah join kami..
ooi khai…nak nangis aku bce…seyes…
saya tahu khai tls entri ni lahir dari hati khai yg tulus itu…btl2 dr hati ke hati ni..terasa sgt…
Semuga Pak Hassan mendapat redha Allah dalam apa juga usaha dunia dan akhirat (macam biasa je nama pak hassan ni!!)
touching… =(
aku rindu kat ayah aku gak..
oh .. hassan tuh nama abah ko rupernyer .. samer mcm name aku ๐
selamat hari tua pakcik hassan ^__^
Slamat Hari Ulangtahun tuk Pak Hassan.
smoger abah kamu pnjang um0 dan hidupnye diberkati oleh Allah s.w.t,murah rezekinye & bhgie di sisi keluarga tersayang.
Entri kamu ni mengingatkn sy pd ayah di kg.terlalu rindu pdnya.skarg sdg menghitung hari tuk blk kg..
heheh.
๐
happy birthday to pak Hassan,
Semoga yang baik berkekalan,dan yang buruk biarkan berlalu..
aku nak balik kampung,sedih gak aku bce entry ko khai…
bulan depan akan ku balik kampung,lame dah x menyelam dgn ayah aku… :bloody:
kirim salam kt Pak Hassan ye Khai ๐
Sy syg ayah sy jugak.. ayah aq lah yg suke bagi sokongan kt anak2 nye~
x tau knp rs sedih sgt bc entry ni… mayb sbb abah sy dh 10thn tgglkn kami… rindu sgt kt abah
btw, happy burfday abah khai
n pd yg msh ada abah tu, korg sgt b’untung…
hu.. ezad doakan abah khai pakcik hassan kite ni panjang umor… even abah ezad dh mninggl i sill admired him.. =(
owhh tacing…tacing…tacing…
opss lebih2 pulak…wajah2 family khai kat atas tu dh nampak,wajah khai bila lagi?????tunggu kawen ke baru nak tayangkan wajah???cepatlah khai…dah 3 tahun saya menunggu wajah khai…boleh kan??? ๐
yang tepi kiri tue kompem abg rashid..haha ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ ๐
slamat hari lahir pak hassan. smoga diberkati Allah slalu.
khai,kc dah fwd entry kali ni kat agh…. biar agh bacakan untuk abah… hihi…
Ape yg kc harapkn, kita sm2 m’hargai, menyayangi abh kita tu… tak lupe juga ma serta adik beradik, eh,sedara mara juga… masa itu emas… masa yg ada ni la untuk kita tunjukkn kasih sayang kita pada mereka… Khai the best!! chayok!!
well done khai..
good entry for us..
sayangi lah bapa kita selagi dia masih ada..
maafkan lah kesilapannya kerana ianya x sbesar mana..
buatlah pengorbanan untuknya walau kita x berdaya..
cintailah dia sepertimana cintakan diri kita…
Jauhilah drpada menyakiti hatinya..
love u dad..
cemburu dgn kamu kerana masih punya abah
saya syg abah saya
walaupun dulu sy pernah tipu abah sy
Hmm… sungguh penuh emosi entry kali nie… sama gak saya sentiasa nak jadikan diri kita secekal dan kental macam ayah kita…
oh khai.
bsyukur la khai. awak dpt ayah yg best.
nsib bek khai wt entri ni, bertempat jugaklah kte nk luah prasaan. sy ank perempuan tp hati sy keras. prangai dan cara sy mcm lelaki. entahlah slagi sy saba ,saya saba,. slalunye pendam sumanya dlm hati. entahlah la khai. bersyukurlah khai. wlopun sy anak prempuan, tp sy xpnah luah perasaan kat ibu ngan ayah saya. dan ibu ayah pn xbrape nk amik pendekatan yg sesuai nk approach ank mereka. mksd ny “make us as their bestfren, so that we can share everything”. entahla khai. bile da jd mcmtu sy pn, jd xreti nk share ngan parent sy. i donno la,khai. mak sy suke baca buku, motiavsi. smpi dapat title “peminjam buku tbanyak” kt library area tempat sy. khai tau x, ape ibu slalu ckap, “along, klo along ade masalah, bitaulah ibu, ibu kan kaunselor dlm umah nih”. omg. entahlah khai. sy sgt xske. kaunselor??? klo nk kaunselor tu baik g bilik kaunseling kt skolah ke kt universiti ke. bukan kt rumah. dlm rumah sy perlukan seorang ibu yg leh bergurau senda , leh share everything ngan sy. dr cara ibu, kami yg kna merujuk ke dia. klo tgok cara, xde pon rase mcm ibu nk amik tahu “dari hati ke hati” perasaan ank dia.
oh khai…
di kawasan umah saya, boleh kata, family sy tkenal. tkenal sbb ank2 ayah sy boleh kata pandai2. sy je kureng sket banding adik bradik sy yg lain. ibu ayah expect too much on us. klo bab push, mmg no. 1. entah lah khai. ibu ayah nk kitorang jd budak pandai. tp boleh kata, ilmu bab2 kehidupan, xbrape nk di ajar. sy bru prasan ble sy bkasih ngan bf sy (bakal suami), banyak kesilapan sy wat dia tegor. malu sy. banyak benda sy xtau ttg kehidupan, cara2 ble bedepan ngan org,mmg la org kata sendri boleh pikir. entah la khai. sy rase diri saya ni spoil sgt. entah la khai.
boleh kata gini, kami adik bradik idop dlm kongkongan telunjuk ibu ngan ayah sy. klo ibu ayah friendly ngan ank ke memahami hati dan perasaan ank, xpe la jugak. ni tidak. biarkan kitaorang tanggong segala rasa sendiri. erm…
khai… klo khai ade pandangan, khai cakap la ape2. entah lah khai, da stahon lebih sy layan justkhai. rase mcm khai ni kawan sy. erm…
ermm…….entah lah khai. kadang2 rase mcm diri ni wat malu family je. extend blajar setahon. entahlah khai. ibu ayah xpnah nk tanya dr hati ape masalah yg kte hadapi. walhal sy tension ngan desakan mereka. entahlah khai, jd pandai, leh masok universiti pon entah lah. bg org lain, xtau lah. sape kata jd budak universiti ni senang? full of depression ok. suma org expect yg the best from kte. tp ape support diorang utk kte. ermm… entahlah khai..
sy ni keras sgt. entah lah. mgkin jiwa anak sulong tu mcm ni. adik sy siap tuka 2 universiti, entahlah kesian dia. dr form1-5 msok skolah elit dah. result spm bgos, dpt tawaran p america. amik foundation. xckop pointer, mara still lg bg peluang. 2+2. 2 thon msia 2 thon america. tp nk wat mcmane susah wo. kna transfer kt taylor colej. diskriminasi melampau. dr student smpi ke lecturer. snang kata, ade duit ade la A. entah la khai. ksian adik sy. dia lg la. bayangkan adik sy ni, cuti sem n cuti 2-3 ari pon, konon2 nk lepas rindu kt family. boleh pulak ayah push lagi dia wat homework. entah lah. adik sy tu lelaki. lg la di tetekan . simpan sorang2. entah la khai. adik bongsu sy ,dpt tawaran jpa p australia. nt bulan 7 amik foundation kt ausmate dlu. dia tu mmg rajin.tp xtau la. harap2 dia leh tahan tekanan. mse dok dlm rumah ,klo blaja ok lah. tp once melangkah keluar rumah, tekanan yg diberikan oleh ibu ngan ayah lg kuat. entah la khai.
kadang2 tfikir.
JADI BODOH PON SALAH, JADI PANDAI LAGI SAKIT JIWA……………………………………………
ORANG LAIN XFAHAM HAL NI…………
=( =(
awak sebagai lelaki patutnya doa sempat mandikan jenazah abah awak. sempat kuburkan jenazah mak abah awak sbb kalau awak dh pergi dulu nk harap sape lg?klau x ramai adik bradik lelaki n x ckup sedara mara yg membantu mcm mana??just nk ingatkn kita mmg rasa kita x leh hidup tanpa mak ayah kita, tp kita nk ke org laen yg mandikn dan buat kerja yg sepatutnya anak dia boleh buat untuk ayah dan mak yang tersayang ni..bkn nk mendoakn yg buruk utk mak n abah awak.cuma berpesan sbb seperti kita tau sape mati dulu tu kerja Allah n Allah dah tentukan pon..hope kata2 ni boleh jd pengubat kalau jika dan sekiranya doa awak tu x dimakbulkan..maaf jika menyinggung