Archive for 'Apple'

Semangat untuk beriadah kembali membara

Semalam dah update, hari ini update lagi. Kalau nak tahu, semalam Khai dah lancarkan satu kempen atau cabaran untuk diri sendiri iaitu satu hari, satu update di blog ini. InsyaAllah, kalau Khai free dan tiada apa aral, Khai akan update blog ini seperti dulu. Kalau takde apa-apa isu baru, Khai akan buat personal update sahaja. Tapi walaupun personal, Khai takkan buat korang baca tanpa sebarang pengisian. InsyaAllah akan ada something yang Khai akan kongsikan untuk pengetahuan baru kita bersama.

Semalam, macam biasalah hari Ahad selalunya Khai akan sediakan sedikit masa untuk si dia. Semalam kami ke Midvalley untuk menonton filem “Sekali Lagi” lakonan Sam dan Lisa Surihani. Kami bukan berdua ya tapi ditemani seorang kawan lain. Iyelah orang kata kalau keluar berdua, nanti syaiton jadi orang ketiga. So kita keluarlah bertiga biar syaiton nak jadi orang ke empat pun, lantak dia lah. Janji tak kacau kami bertiga (boleh plak macam tu ye? haha). Apapun filem Sekali Lagi tu memang best dan rasa puas hati dan berbaloi masa untuk menonton.

Oh ya, kalau korang guna iPhone, boleh download app GSC dari App Store. Senang kalau pakai app tu je sebab korang boleh beli tiket dan pilih seat semua melalui iPhone sahaja. Lebih menarik, pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Paypal sahaja (atau Maybank2u). No wonder applikasi yang memudahkan macam ni hanya akan membuatkan kaunter nak ambil tiket e-payment & Gold Class pun, nak kena beratur panjang juga tak macam sebelum ni. Sabar ajelah!


* teruja bila nengok kat tiket tu ada tulis Paypal. Selalunya Maybank2u. Hehe.

Habis nengok wayang, terus ke SportsLand. Makin cantik kedai ni sebab baru lepas renovate hari tu. Kalau korang biasa pergi Midvalley, takkan tak tahu kot kat mana? SportsLand ni kedai jual pakaian sukan terutama jenama Nike. Yup, jenama pebret Khai dari dulu sampailah hari ni. Tujuan utama masuk ke kedai tersebut, sebab nak beli kasut untuk ber’jogging. Kasut jogging bukan takde (baru sekali dua pakai), tapi Khai nak beli kasut Nike yang boleh sumbat Nike+ kat dalam.

Sedar tak sedar, badan dah makin membulat. Berat dah makin naik walaupun last Khai timbang, berat badan dan ketinggian Khai masih lagi ideal. Perut pun berada di paras bahaya ni. Haha. Beberapa tahun dulu, badan kurus sekeping macam lempeng. Angin kuat sikit je terus melayang (nampak benar menipunya. haha). Sekarang, jauh betul beza dari dulu. Biarpun orang nengok Khai biasa-biasa sahaja (gambar di atas adalah gambar terbaru), tapi Khai la yang risau tentang kesihatan. Kerja depan komputer jadi riadah dan sukan luar ni memang perlu. Terima kasih Allah kerana memberikan kesedaran tentang kesihatan hambaMu ini. Moga dipanjangkan umur untuk beribadah kepadaMu. Amin 🙂

Jadi nak dipendekkan cerita, Khai pun belilah kasut Nike LunarGlide2 dan juga Nike+ iPod Sensor (beli berasingan di Machines). So meh Khai review sikit pasal kasut dan juga Nike+ iPod Sensor ni. (more…)

Posted on 4 July '11 by , under Apple, Gadget, Hidup Khai. 37 Comments.

Review: Apple Battery Charger

apple-battery-charger

Bosan-bosan di pagi Sabtu ni rasa nak manulis tapi tak tahu nak update pasal apa. Disebabkan baru je lepas transfer gambar dari dlsr terus ke dalam iPhoto, so Khai ambil kesempatan ini untuk berkongsi gambar dan info mengenai Apple Battery Charger. Ala apa sangat pun setakat charger bateri je kan? Tapi baik la korang baca mana tahu suatu hari nanti, korang guna produk yang kuat telan bateri so korang boleh consider untuk beli charger bateri dari Apple ni.

Harganya murah sahaja, RM99 dan boleh didapati di mana-mana reseller Apple berhampiran. Macam Khai, dah terlanjur ke Lowyat petang semalam sebab nak repair lens dslr yang dah tak boleh nak auto-focus, teruslah singgah jap kat Mac Studio.

Sebelum ni, Khai beli satu charger bateri ni harga sampai RM140 something dekat Jusco AU2. Dalam pakej hanya diberi 2 bateri sahaja. Puii kedekut. Dah la mahal, design dan packaging poyo nak mam..tutt!!. Apesal la boleh tak terasa nak beli Apple Battery Charger ni awal-awal ek? Aiyark! (more…)

Posted on 18 June '11 by , under Apple, Review. 46 Comments.

Review: Apple Time Capsule

Salam guys. Dah lama tak buat review apa-apa device kat sini. Jadi pada review kali ini, Khai akan tulis sikit mengenai Apple Time Capsule yang baru dibeli petang tadi di Machines, Midvalley. Apemende Time Capsule ni? Ok jangan risau kerana review ini akan dikeluarkan secara ringkas sahaja untuk pengguna produk Apple terutamanya dan juga para pengguna Windows kerana pengguna Windows juga boleh menggunakannya tapi macam biasalah, pastinya banyak kelebihan untuk pengguna Mac.

Time Capsule dikategorikan sebagai sebuah aksesori oleh Apple sebagai satu peranti tambahan kepada Mac dan PC. Dicipta untuk mengutamakan fungsi Backup kepada pengguna dan juga sebagai router modem. Senang cerita ianya adalah sebuah Wireless External Hard Disk + Wireless Router Base Station. (more…)

Posted on 21 May '11 by , under Apple, Review. 25 Comments.