Archive for 'Hidup Khai'

Nak Explore Dunia.

Pernah tak korang berimpian atau berangan-angan nak jual segala harta-benda macam motor, kereta, dan rumah, then explore dunia? Maksudnya menetap kat negara lain? Adakah kerana kita lahir kat Malaysia, kita kena hidup kat Malaysia je? Sama juga macam jodoh, adakah sebab kita lahir di Malaysia, jodoh kita pun ada di Malaysia sedangkan ada berbilion manusia kat luar sana?

Kalau kat Malaysia kita hidup susah, entah-entah rezeki kita bukan ada di Malaysia tapi kat luar sana. Silap-silap kau jadi bilionaire kat negara orang. Memanglah kata orang dulu-dulu hujan emas di negara orang dan hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri tapi, tapi zaman sekarang ni antara emas dan batu, kau gila ke apa nak pilih batu berbanding emas? Kan lebih baik kalau emas dapat, batu pun dapat. Gitu kan?! Hahaha! Lain macam pemikiran aku ni.

Khai ada satu impian yang besar kalau diizinkan ada kesihatan yang baik dan umur yang panjang, memang Khai akan cuba diusahakan untuk berlayar di negara orang. Dimulakan dengan menjual segala aset yang ada kat Malaysia ni, selesaikan apa sahaja hutnag yang ada, kemudian bawa keluarga keluar merantau ke negara lain dan terus menetap di sana.

Buat masa sekarang ni, bukanlah mustahil tapi tak tergamak nak buat sebabnya masih ada keluarga dan orang tua. Pastilah mustahil untuk kita berlayar jauh meninggalkan mereka terutama mak yang dah semakin berusia. Akan datang, biarlah takdir penentu segala.

Posted on 1 July '23 by , under Hidup Khai. 1 Comment.

Bila kau buka Macbook tak tahu nak buat apa

Aku sebenarnya tak tahu ini sejenis problem ke atau sejenis nikmat yang paling takut aku dustakan. Huhu. Hari ini 16 Januari 2023 aku merasakan satu perasaan rindu pada nikmat perniagaan yang dulu bilamana pada hari ini, tiap kali aku buka Macbook tapi aku dah tak tahu nak buat apa.

Kalau dulu, bila dah buka Macbook memang akan melalui Roller-Coaster kerja yang tak pernah akan habis apalagi masa aku seorang diri run the business dengan imej syarikat macam ada puluhan pekerja. Haha. Tapi hari ni bila buka Macbook dan terus buka emel, tak sampai 5 minit setel dah semua urusan korporat syarikat yang mana langsung aku tak gemar. Serabut kepala dibuatnya dengan hal-hal formal semua tu.

Mungkin aku hanya nak jadi aku, seorang budak yang seronok melaksanakan passion dan minatnya setiap hari macam dulu. Dari situ aku boleh terus putuskan beberapa perkara seperti…

1. Dulu memang buat income tak la banyak macam sekarang bila dah ramai ni sangat tapi cukup banyak untuk aku sendiri. Kalau dulu aku jual advertorial tu cuma RM4,800 bagi satu artikel dan aku boleh siapkan advertorial tu masa duduk dalam jamban je. Kau bayangkan masuk jamban nak buang air besar then keluar dari jamban kau dah dapat RM4,800 macam tu jer. Boleh bayang tak apa perasaannya bila kau rasa cuma laksanakan passion kau dengan penuh gembira/no pressue tapi lepas tu dapat pula bayaran.

Kalau hangpa tak tahu, harga advertorial RM4,800 tu consider sangat murah ya kalau nak bandingkan dengan market hari ni. Macam dulu FB Post aku jual RM1,500 je tapi orang lain jual sampai RM5k untuk satu FB Post. Kau bayangkan je la berapa pulak harga advertorial mereka masa tu. Haha.

2. Kalau cerita pasal income ni, sampai esok pun tak habis jadi kita tolak tepi kejap dan sambung dengan apa yang rasa perlu buat untuk next-step seorang Khai. Disebabkan aku dah lamaaaa sangat tak menulis, aku rasa skill tu dah tumpul terutama bila nak menulis dengan style Ohmedia yang dulu. Sebab tu jangan pelik la apesal sekarang aku rajin menulis balik di personal blog ni tak lain tak bukan sebab nak asah semula skill tu. Aku tak rasa ada orang akan baca pun semua ni jadi penulisan ni aku tujukan pada diri sendiri sebagai diari je lah. So memang ya, aku akan lebih kerap menulis kat blog ni bagi tajamkan semula sesuatu yang dah pun tumpul.

3. Aku kena setup Digital Company yang baru. Aku rasa dah rehat terlalu lama ni sampai aku dah anggap diri aku bersara pada usia muda pun. Ini mungkin satu kejayaan juga sebab bukan semua orang dapat capai bersara pada usia muda ni, tapi disebabkan kau masih muda la benda tu lama-lama jadi masalah sebab jiwa kau masih memberontak nak berkarya dan nak bekerjaya. Jadi aku sedar perkara ni dan aku kena bertindak segera.

Banyak bisnes dalam kepala tapi kalau tujuan aku untuk cari duit, memang banyak bisnes yang boleh buat duit aku boleh buat tapi masalahnya kat sini, aku lebih mencari bisnes yang kena dengan passion walaupun tak buat untung mana pun tak apalah. Bila tanya diri apa sebenarnya bisnes yang kena dengan passion aku, tentulah jawapannya berbalik kepada bisnes yang lebih 10 tahun aku buat dengan penuh gembira. Aku perlu cipta satu lagi!

(more…)

Posted on 16 January '23 by , under Hidup Khai. 2 Comments.

Happy Birthday Max Caulfield!

12.12 hari tu merupakan ulangtahun pertama untuk Max. Bagi yang tak follow IG Khai, Max yang disebut ni adalah nama bagi sebuah kereta ya! Haha. Pejam celik rupanya dah setahun pun maka harap maklumlah apa yang menanti apalagi kalau bukan renew roadtax & insuran. Huhu.

(more…)

Posted on 22 December '22 by , under Hidup Khai. No Comments.