Untuk kawan-kawan yang ada follow Khai di Twitter, perasan la kot yang Khai pun dah ada blog khas untuk Live Blogging. Live blogging ni sangat seronok. 100% gunakan handphone untuk blogging. Snap gambar, tulis artikel dan terus MMS. Terus masuk ke blog untuk di’baca followers. Mana-mana tempat dalam pelusuk dunia pun even takde internet tak jadi masalah lagi nak ber’blogging wei. Antara beberapa blogger tempatan yang menggunapakai cara ini ialah knizam, Kreuger dan beberapa lagi yang lain (sila promo sendiri kat bahagian komen eh..)
Berbanding mereka, Khai tak nak sepahkan blog yang korang baca ni dengan Live Blogging sebab adakalanya entri tu terlalu zero. Faham kan which is nothing to share lor.. just personal.. sigh~ Jadi Khai setup satu lagi blog baru khas untuk Live Blogging ni. Jadi blog Justkhai ni khas untuk update yang mungkin berguna secara terus dari laptop dan yang satu lagi ni, khas untuk mo-blogging sahaja. Teehee! Apa address’nya? Klik gambar kat bawah ni.

Cuma tukarkan /blog ke /live untuk masuk blog tersebut. Ada permintaan yang suruh Khai ajarkan cara untuk Live Blogging ni. So, here we go.. (more…)

Entri ini ditulis pada hari Sabtu – 1 Ogos 2009. Bermakna secara rasmi dah pun masuk bulan Kemerdekaan negara. Dan menjadi tanggungjawab Khai dan korang semua untuk menulis sesuatu mengenai kemerdekaan di blog masing-masing. Dan kerana itu wujudnya artikel ini menggesa agar ramai yang menghargai betapa berharganya kemerdekaan negara. Khai lahir pada 03 Ogos 1988 yang membawa maksud Khai adalah “ANAK MERDEKA” dan turut membawa maksud Hari Jadi Khai yang ke-21 adalah lusa. Teehee!!
Banyak perkara menarik terjadi pagi Sabtu ni. Ada juga yang tak berapa nak menarik. Yang tak menariknya, pagi ni terpaksa cancel nak pergi Pikom PC Fair kat KLCC. Sebab member ada hal penting. Jadi esok (Ahad) baru dapat serbu KLCC lah kan. Tapi bagus juga hari ni tak dapat pergi sebab jalan jam sebab ada manusia-manusia tak sekolah buat demonstrasi ISA apejadah entah. Macam biasa, hanya menyusahkan orang ramai padahal anak bini kat rumah entah makan ke tidak tu sibuk join demonstrasi je kerja. Booyah!
Pagi tadi, Khai saja buat contest sikit kat Twitter. Suruh teka lagu apa yang Khai nyanyi dalam artikel sebelum ini. Ramai juga yang menjawab, dan akhirnya dimenangi @mrbintang coz dia yang first jawab dulu. Berikut Khai edit skit apa yang jadi di Twitter bagi gambaran yang lebih jelas untuk pembaca blog ini. (more…)

Aduh! Jari sakit sebab kena kipas syiling. Horror tak? Nasib la tak putus jari yang berharga ni. Kalau tidak, ada yang menaip guna jari kaki nanti. Nak dijadikan cerita dua hari lepas pakai baju nak pergi jalan-jalan cari pasal. Masuk lengan baju belah kanan lepas. Time belah kiri. “KTING!!” diikuti suara jeritan “ARGHHHHH!!”. Dan darah. *Sigh
Jadi tinggi susah, jadi pendek lagi la susah kan? Hurm, jari sakit lagi ni untuk menaip. Sebab tu lambat sikit update blog lucah ni. Lucah ke? Hahaha! Member Khai cakap, nasib jari ko tak bersepah atas lantai ni Khai. Kalau tak, aku juga yang nak tolong kutip. Hampas nye member! Hehehe. Jam dah pukul 1:38 pagi. Pandang kanan, pandang kiri, sekor-sekor membuta. Kata nak pergi party like animals kat Bukit Ampang budak-budak ni. Tidur je la kerja. Pagi petang siang malam membuta. Inilah nasib jadi manusia pelik. Khai berjaga diorang tidur, dan bila diorang bangun, Khai baru nak tidur. *sigh lagi.
Berbalik kepada tajuk yang agak horror, hari ini Khai nak tanya pendapat korang semua mengenai dua perkataan sensitif rakyat Malaysia iaitu Butuh dan gampang. Maaf kalau ada rasa tak senang dengan artikel ini, tapi kalau bukan kat blog macam ni, nak diskus kat mana lagi kan? Dua perkataan tersebut terlalu sensitif bagi rakyat Malaysia tetapi bukan rakyat Indonesia. Mengapa ianya terjadi? Khai tak tahu sebab tu nak tanya pendapat korang semua.
Kalau tak silap Khai, bagi orang Indonesia, butuh tu bermaksud lebih kurang macam “perlu” dan gampang pula memberi maksud “mudah”. Dua perkataan ini rasanya takde kot dalam Kamus Dewan? Ke ada? Siapa yang ada Kamus Dewan tu, tolong selak sikit boleh tak?
Persoalannya, mengapa bahasa ini bila di Malaysia, diiktiraf sebagai bahasa carutan? Tak percaya korang pergi la mana-mana kedai mamak. Lepas tu bila nampak ada dua tiga orang pakcik tengah layan teh tarik, korang cakap la butuh ke, gampang ke kat diorang. Lepas tu kasi alamat hospital kat bahagian komen. Senang kitorang nak pergi melawat korang kat ICU. Hehehe.
Kalau korang jumpa pakcik-pakcik Indo pulak layah teh tarik kat mamak, dan korang sebut dua perkataan tu. Mesti lah diorang akan cakap, “Ya iya dong! Welcome to da club!”. Amik ko jadi orang indo terus. hahaha! Korang jangan la cakap dua ayat tu terus, sure la diorang pelik. Buat la ayat sikit contoh, “Saya rasa berkawan dengan pakcik semua memang gampang” atau “Pakcik, saya betul-betul butuh anak dara pakcik”. Hehehe. Fuh, tak boleh bayang kalau korang cakap ayat ni depan orang Malaysia. Naya beb!
Pendek je artikel kali ini. Sebab nak kerjasama pembaca semua. Artikel remeh seperti ini sebenarnya berat kerana kalau korang masih ingat, pernah remaja di negeri mana Khai lupa, pernah berparang dan bersabit kerana dua perkataan ini. Gerangan siapa yang menjadikan dua perkataan tidak bersalah ini sebagai bahasa mencarut bila di Malaysia? Berikan respon menarik anda. (more…)
Posted on 22 July '09 by KhaiHassan, under Istimewa. 92 Comments.