Archive for 'Istimewa'

Selamat hari Ibu, Mak!


Photo sebenar adalah hak milik Aminor Azmi.

Buat yang masih ragu-ragu, bila hari ibu pada tahun ini, ianya pada hari Ahad ini bersamaan 10 Mei 2009. Bagi Malaysia, sambutan hari ibu setiap tahun akan disambut pada hari Ahad ke’dua pada bulan Mei.

Tadi Khai call mak abah di kampung. Saja bertanyakan khabar mereka. Mula-mula akak Khai yang dalam pantang tu angkat. Bebel-bebel jap dengan dia, dia passing kat Abah. Bebel-bebel lagi dengan Abah, diorang passing plak kat emak. Dalam hati, alamak habis kredit aku. Dah la Maxis call Celcom. Haha. Ape la ko ni Khai. Call keluarga pun ko boleh terdetik dalam hati macam tu. Kalau call awek dulu, berjam-jam pun tak heran. Kadang-kadang sehari habis 50 hengget pun senyum je. Awek punya pasal. Last-last kau clash jugak dengan awek kau tu. Dengan keluarga? air dicincang, takkan pernah putus la Khai!. Moga menjadi pengajaran juga pada korang yang lain.

Habis je bebel macam-macam dengan mak kat kampung, lepas je dia cakap suruh Khai jaga diri baik-baik, terus Khai potong percakapan dia. Khai cakap, Mak! Selamat Hari Ibu.

Tiba-tiba nada suara mak Khai berubah. Macam nada terharu + sedih gitu. Dia cakap terima kasih, tapi kenapa awal sangat wish. Then Khai jawab saja nak jadi anak mak yang pertama wish dulu. Hehehe. Lihatlah kawan-kawan ku semua, bertapa terharunya seorang ibu bila anak-anak mereka hanya mengucapkan selamat hari ibu. Tuhan saja yang tahu betapa mereka rasa disayangi dan dihargai. (more…)

Posted on 8 May '09 by , under Hidup Khai, Istimewa. 96 Comments.

Awek baruku adalah 125zr yang baru


Hampir 6 hari blog ni berehat, memang macam-macam perkara yang jadi. Antaranya Khai dah ada awek baru. Maklumlah awek lama kena curi bulan 10 tahun lepas kan. Takpelah, halalkan sahaja. Dah memang bukan rezeki Khai la tu. WQX 7709, terima kasih di atas jasamu selama ini. Masa Khai study dulu, dialah yang paling berjasa. Tapi sayang, time graduate, dia dah tiada lagi. Khai ada buat entri mengenai kehilangan WQX 7709 ni dan korang masih bola baca kalau terlepas pandang atau mungkin pembaca baru di blog ini. Hehehe. [sini]


Isnin lepas (30 March 2009), Khai dah cari pengganti untuk dia. Mungkin pengganti ni takkan sama dengan WQX 7709, tapi tak mengapalah. Sekali lagi Khai kena kuat menerima yang itu bukan rezeki Khai. Mungkin motor baru ini rezeki Khai. InsyaAllah. Paling terharu, 100% duit pembelian motor ini, adalah duit melalui pendapatan internet yang Khai terima dan kumpul selama ini (plus RM650 duit insurans motor lama). Alhamdulillah dan motor ini di bawah nama Khai sendiri. (more…)

Posted on 2 April '09 by , under Hidup Khai, Istimewa. 125 Comments.

Oh! Jangan marah bila gambar di’ekploitasi

Berita Panas!
Gambar Bogel Elizabeth Wong Adun Bukit Lanjan


Khai terbaca satu respon di Justkhai yang berbunyi…

salam khai….leh tak khai tukar gambar sekumpulan wanita kat blog khai ni….coz gambar tu tak sesuai untuk blog khai…saya adalah salah seorang wanita dalam gambar tu….tak suka dan tak selesa gambar saya orang siar macam tu…macam mana khai leh dapat gambar tu yer…coz saya tak pernah bagi gambar tu kat orang…dan gambar tu hak peribadi saya….malu nyer….harap sangat khai faham…maaf atas segala ketidakpuasan hati.

Ini gambar yang dimaksudkan.. {melayu.jpg”>click here}

Dan sebagai menghormati gadis itu yang penuh sopan berbahasa meminta gambar dia dan kawan-kawan’nya dikeluarkan, Khai tukarkan dengan gambar yang lain. Maaf kepada gadis tersebut. Hakikatnya, gambar tersebut Khai ambil hasil dari carian di Google Images. Search sahaja “gadis melayu” dan lihat hasil search di beberapa page, akan keluar gambar itu entah darimana puncanya Google grab.

Ialah kan, gambar yang kita dapat di Google misal’nya ni kita perlu ingat, bukan milik Google, tapi ada owner dia yang kadang-kadang tak tahu menahu yang mereka telah di’ekploitasi’kan oleh orang lain melalui search engine.

Lupakan kisah awek tadi kerana ini tiada kena mengena dengan kisah awek tadi. Meh Khai cerita sikit pada hakikatnya mengapa kita tak patut marah jika gambar kita terpampang di sana-sini atas kesilapan kita sendiri. Boleh dikatakan 80% rakyat Malaysia yang mempunyai akaun di Myspace, Facebook dan Friendster adalah kaum wanita dan tahukah gambar-gambar mereka selalu di’ekploitasi’kan mungkin untuk keuntungan atau sekadar penyejuk mata. Well, lumrah alam manusia memang suka dengan perkara yang cantik dan comel dan kemungkinan gambar lelaki untuk digunakan dalam internet adalah kurang (bukan takde ye).

Perempuan ni dia punya rajin nak upload gambar dekat website-website sosial macam tu sangat tak terkawal. Adakalanya, ada wanita bertudung dan sedar mempamerkan rambut pada lelaki bukan mahram adalah dosa besar. Tapi apakah malang’nya nasib wanita seperti itu bila (more…)

Posted on 19 February '09 by , under Daily Craps, Istimewa, Lain-lain, Tergempar. 62 Comments.