Archive for 'Istimewa'

Entri Khas: Jamban cangkung atau duduk?

Mungkin ini adalah entri yang terkotor pada kelasnya yang pernah tertulis di Justkhai.Com. Walaupun ianya tak sekotor mana (mahupun sekotor hati manusia), tapi kalau tengah makan tu, sila habiskan dulu.


Bila ditanya jamban cangkung dan jamban duduk, mana satu menjadi pilihan hati.. mesti ramai yang tersenyum sinis membayangkan gaya diri sendiri membuang bahan terlarang tu kan? Ada yang sambil tersenyum, ada yang muka macam Fasola, ada yang sambil cakar dinding (kritikal terlebih minum tongkat ali ni), ada yang sambil baca newspaper sedar-sedar je dah setel dan ada pula yang berak sambil berdiri (ah, ini melampau.. hahaha)..

Oleh kerana itu, wujudnya satu entri di Oh! Tidak melalui entri bertajuk, Oh! Jamban mana satu?

Beberapa komen di situ membuatkan Khai ketawa geli hati tak ingat dunia. Antara beberapa komen yang menjadi pilihan untuk ada di entri khas ini…

Cangkung, sbb memilih itu kerna lg senang ‘bijih timah’ itew kluar. klu duduk cam x feel la. klu jumpa tnds duduk pun cangkung gak atas tu. tak kira.
– Dari Deliciously

ntahlaa.. aku dah biasa tnds duduk.. tnds cangkung mmg org kata best nak feel.. tp kaki aku jenis senang sakit.. so kalaulah aku cangkung, masa dah bangun tu time jalan mesti kaki aku nye tuh pergh sakit die ‘baek punyee’..
– dari Amy Amira

Secara benarnya jamban cangkung lebih baik kerana bila kita mencangkung maka segala najis yang ingin di buang akan tekeluar.

Jika kau memilih jamban duduk, apabila kau buang najis, maka najis 2 xkan 100% keluar dan najis yang tinggal di usus kau 2 akan jadi kudis dan boleh menyebabkan radang usus (Kansel)

Tp ramai yang pilih jamban duduk sbb dia mudah begitu jua aku..
– dari Ahmad Kasam

Begitu tulus komen-komen diorang kat sana. Yes, entri pasal jamban ni ramai yang sangka sebagai entri lawak atau mungkin juga entri bodoh. Tapi mari kita sama-sama nengok siapa yang kurang bijak sebenarnya.. Beberapa fakta yang wajib korang tahu mengenai jamban cangkung dan jamban duduk. (more…)

Posted on 7 February '09 by , under Istimewa. 58 Comments.

Bloggers Gathering & Gong Xi Fat Choi

Kepada warga UTP.. Hehehe.. Khai just nak promo satu event yang dianjurkan budak-budak UTP ni. Kenapa Khai nak promo, sebab berkaitan dengan Khai di situ.. InsyaAllah, kena pada masa dan tiada aral-melintang, sampai lah Khai ke sana.. Lambat lagi tu bulan depan. Jadual untuk Februari pun belum selesai lagi..

Interview Khai minggu depan. Kata CEO syarikat tersebut, Khai just kene pergi interview untuk cukup syarat je sebab dia memang nak Khai kerja kat sana. Syarikat apa, rahsia buat sementara waktu ni selagi Khai belum betul-betul jejak kaki dalam office dia. Cuma apa yang Khai risau, nasib 2 3 orang kawan-kawan Khai yang Khai bawak nanti. Harap-harap diorang pun dapat kerja sekali dengan Khai. Best sikit bila kerja dengan kawan-kawan yang kita dah lama kenal. Kepercayaan tu tak pernah pudar berbanding kawan-kawan yang kita baru kenal, tidak kiralah sebaik mana pun orangnya.

Petang tadi Khai pergi Plaza Lowyat nak beli mouse baru. Sekali…. (more…)

Posted on 25 January '09 by , under Istimewa. 44 Comments.

Sehari di Puduraya

Puduraya, tak perlu diperkenalkan. Selain dipenuhi dengan bas lalu-lalang yang entah datang dari mana. Kadang-kadang ada tahap yang pelik namanya. Takpe tu tak penting. Beberapa jam Khai menunggu seseorang di Puduraya, sempat jugak untuk nengok pelbagai ragam manusia. Hurm, memang Puduraya satu tempat yang penuh warna-warni ragam manusia pelbagai rupa. Penyangak pun tak kurang ramai kat situ. Kalau rasa macam nak kene “POW” tu, pandai-pandai la simpan duit backup dalam stokin. Hahaha. Kalau perempuan, paham-paham je la tempat apa paling strategik kat bahagian kolar baju tu.. ehehe..

Polis berdaya kreatif


Dua orang polis trafik yang berada di tempat yang amat strategik. Dalam tempat parking kereta stage 2 kat Pudu tu, Khai nampak dua orang lelaki berbaju putih atau tak perlu Khai perkenalkan lagi, mereka adalah Polis Trafik. Dari jauh tanpa berkelip Khai perhatikan apa yang diorang buat ni. Mata penuh sayu lagi kesian (ala-ala kucing dalam cerita Shrek) merenung jauh ke depan dan kemudian menulis ke bawah. Lama Khai perhatikan mereka. Oh, sekali diorang tengah seronok menulis surat saman. So lepas ni bila korang park kereta atau motor kat depan Puduraya tu untuk ambil orang, hati-hati kerana dengan meletakkan kereta di situ dengan harapan selamat kerana tak nampak kelibat polis or DBKL, rupanya diorang ada dicelah-celah bangunan daaa.. Sekali lagi, hati-hati.

Peluk-peluk di’khalayak ramai


Well, ini perkara dah macam “lumrah” kat Malaysia ni apa lagi di Kuala Lumpur. Kalau nak sebut peluk-peluk tu, kat mana-mana aja korang boleh nampak kan. Lagi-lagi mereka yang datang dari luar negara. Cuma apa yang Khai nampak kali ni pelik sikit. (more…)

Posted on 20 January '09 by , under Daily Craps, Istimewa. 44 Comments.