Archive for 'Istimewa'

Jom boikot Yahudi Israel the Laknat. Yay!


Haha, smalam masuk pertandingan “main-main” kat blog E-Sempoi milik Shifaa, leh plak menang topup RM10. Haha, cam kelakar je tapi ok la tu jimat RM10 aku. Thanks yerk Shifaa. Apesal la tak kasi RM100 jer, kan lebih afdhal?

Maaf kalau Khai bercerita pasal Nieza lagi. Semalam Khai dah janji dengan dia dan perent dia untuk hantar Nieza balik sampai ke Perlis. Parent dia pun teringin nak jumpa Khai. Tapi agak terkilan sebenarnya, even dah green light dari parent Khai, masih ada halangan dari akak-akak Khai yang nyatanya tiada lagi hati pada Nieza. Antara Nieza dan family, Khai masih waras untuk berfikir siapa yang patut Khai dulukan. Teman hidup datang dan pergi, tapi akak ibarat air dicincang takkan pernah putus.

Hope dia selamat sampai sana. Risau memang risau mengenangkan dia seorang diri dari KL ke Perlis dengan kereta Kelisa comelnya tu. Tapi elok lah dia hidup di Perlis bersama keluarga tercinta. KL bukan tempat dia dan kawan-kawan dia di sini, nyatanya hanya kawan yang mengubah Nieza menjadi satu lagi Nieza. Ah, dah janji taknak tulis pasal dia kat blog ni, apesal leh tertulis lagi ni? Hurm, mandi tak basah, tidur tak lena mungkin.. Untuk Nieza, kau simpanlah kata-kata SMS Khai dan komen-komen reader dari entri sebelum ini untuk terus menempuhi apa yang dah terjadi. Masa yang akan menentukan, sabarlah. I’m Yours..

Apapun, di saat Khai sedap menge’teh sambil update blog kat Mamak Nurin ni (best in Desa Pandan), kat TV depan tu duk sibuk pasal berita peperangan di Gaza. Bosan siot.. Menyampah dan meluat.. Meluat nengok kekejaman Israel yang tak habis-habis. Seorang warga Israel mati, satu dunia dia nak kecoh. Bila balas balik serangan (dengan alasan pertahanan), habis satu kampung kat Gaza. Habis awek–awek cun ngan budak-budak comel yang nyatanya tak bersalah lagi lemah jadi mangsa korban.

Kita kat Malaysia ni yang boleh dikatakan boleh je enjoy bila masa korang nak, pernah terfikir camne nak tolong diorang? Hurm, jangan cakap korang nak bawak penyapu plak gi belasah tentera-tentera Israel tu. Well, satu cara yang sangat mampu kita lakukan, hanya memboikot barangan keluaran Israel. Dengan cara tu, sedikit sebanyak mengganggu kestabilan ekonomi negara laknak tu. Tak silap Khai warga Israel yang baru 30 juta tu kalau kene fight dengan berbilion umat Islam serata dunia termasuk kau, engkau dan ko, tak ke ibarat seperti menjentik tahi hidung ke dinding tu? (mampos macam takde benda lain nak diibaratkan. Haha)

Berikut adalah produk-produk yang bukan semuanya dikeluarkan oleh Israel tetapi telah menyalurkan sumbangan kepada Israel dalam operasi perangnya ke atas Gaza. Dengan cara boikot, mungkin mereka ni dapat mengurangkan sumbangan sikit demi sedikit dan lama-lama, tak kasi langsung. Well.. ini tanggungjawab kita semua. Ingat!

Coca Cola

Sumpah before entri ni ditulis, ni la air yang Khai layan bergelas-gelas kat mamak ni. From now on, minum air suam je la.. Ape nak buat?

Carrefour

Ah sudah. Kalau korang selalu membeli sambil membelah kat Carrefour, lepas ni tak reti-reti gi kedai bundle je ke? Hehehe. Better jatuhkan saham korang dengan bundle dari menyumbang kepada keuntungan yang disalurkan ke jalan memusnahkan saudara sendiri. Oh TV3, hentikan je rancangan yang pasal Carrefour tu. Khai pun tak ingat apa tajuk dia. (more…)

Posted on 7 January '09 by , under Istimewa, Religion. 132 Comments.

Hari ni umur korang tambah satu lagi. Yay!

Oh Oh Oh! Hari ni – 01 Januari 2009 – umur Khai bertambah lagi. Dah 21 tahun rupanya Khai wujud atas muka bumi Allah ini. Korang pula berapa? Tahun ini, sampai masanya Khai memulakan karier Khai. Bukan lagi insan yang mengharap sesuatu yang tidak pasti.

Tahun 2008 adalah tahun yang betul-betul menguji Khai. Dua kehilangan yang Khai hadapi dengan penuh ketenangan. Allah menguji umatNya dengan pelbagai cabaran atas kehendakNya. Khai bukanlah insan yang kuat, tapi juga bukan tidak berdaya.

Khai.. Kuatkan diri kau.. itu ayat yang dah cukup lali untuk jiwa seorang Khai. Lelaki yang setia dan sayang tapi bodoh kerana wanita, itu aku… Untuk 2009, harap semuanya akan berubah dengan drastik. InsyaAllah..

Ya Allah, kau berikanlah kami semua kekuatan untuk terus hidup mengharungi dunia penuh sadis ini.. Amin ya Rabbal Alamin..

Untuk Nieza, sebuah lagu untuk-mu. Norasnizah Ab Aziz, kekasih hati dunia akhirat seperti apa yang Khai pernah bisikkan ditelingamu suatu ketika dahulu ketika kita bersama-sama berlari ke Bulan.. Sehingga hari ini nyatanya, tidak pernah berubah atau mungkin jua selamanya. Kerana cinta, aku pergi. Jika kau sayang akan’ku, inilah yang terbaik untuk dijalankan……

[audio:alasanmu.mp3]
download (coming soon)

(more…)

Posted on 31 December '08 by , under Istimewa. 53 Comments.

Fast Update #5

Baru balik dari post office bayar bil Streamyx Khai yang pertama. Well, 353 hengget bukan sikit dan harap takde satu sen pon yang bukan sepatutnya menjadi hak TM telah menjadi hak TM. Korang pun paham kan, time-time macam ni la diorang nak amik untung ‘sipi’.. Actually dah terlambat nak bayar. Patutnya before 16 Disember, tapi 17 Disember baru Khai pergi bayar dan menyebabkan pagi tadi Khai kebosanan tak dapat nak connect internet. Balik je bayar bil, terus boleh online. Betul-betul what you pay, is what you get lah. Hehehe.

justkhai_sepi
Biasalah bila takde connection internet je, Khai akan layan filem Sepi. Dah hampir 8 kali kot nengok tanpa sikit pun rasa jemu. Kalau korang masih belum nengok Sepi ni, bawak-bawak la cuba layan cerita melayu ni. Cinematography yang sangat menarik dan jalan cerita yang hebat membuatkan korang takkan bosan even dan menonton 8 kali pun macam Khai. Dua soundtrack Sepi dari Gita Gutawa pun sampai sekarang masih lagi jadi truetones untuk handphone Khai. Sepi dah ada di Youtube. So malam ni, kalau belum tonton, boleh layan sampai lebam kat Youtube yer. (more…)

Posted on 17 December '08 by , under Hidup Khai, Istimewa. 24 Comments.