Archive for 'Istimewa'

Fast Update #4

Fast Update 4

Wah, nak taknak, nak kene update gak ni. Dah ade komen tu suruh update sebab tension hari-hari masuk tak ber’update jugak. Hahaha. Ala bukan taknak update, tapi orang cakap belum sampai seru. So ni dah sampai seru, baru ar boleh update. Errr, ape aku nak update ni ek? Hahaha. So ini adalah fast update nombor 4. Versi blogging banyak tajuk dalam satu tajuk. Huh?

Upgrade to WP 2.6
Cerita gembira, semalam Khai dah berjaya upgrade blog ni ke version 2.6. Kali ni nak update bapak punya susah sebab kat campus ni ade proxy bagai (tak boleh guna ftp). So nak taknak Khai gunakan cara Khai sendiri. Kalau sesiapa ada masalah macam Khai, silakan guna cara ni yer.

1st, buat backup database blog dulu. Then Khai upload zip file wordpress yang latest tu. Delete core file wp-admin & wp-includes. Then extract zip file tadi via cPanel. Create new database. Edit config.php then import balik backup file tadi ke database yang baru. Point ke root/wp-admin/upgrade.php dan selesai. Haha, inilah cara terbaik kalau korang berada di tempat Khai. Benda mudah boleh jadi susah. (more…)

Posted on 22 July '08 by , under Istimewa, Tutorial. 31 Comments.

Trilogi Simbolik Cinta Tiga Segi Hazwan


Entri yang paling meletup dalam sejarah hidup Khai sebagai seorang blogger. Memang susah nak percaya, entri yang ditulis asalnya hanya sekadar suka-suka telah menerima page view sebanyak 70,000 hits in 3 months (ditulis pada 4 march 2008). Juga komen sebanyak 700 komen. MP3 dan video yang tersedia sudah di download lebih 22,000 kali. Terlalu banyak trackback juga copy and paste di blog orang lain. Lihat Google ini. Menurut maklumat, URL entri ni pernah di paste oleh moderator chatroom di Astro @15.

Entri apakah yang Khai maksudkan? Cinta Tiga Segi a.k.a Perangkap Cinta. Boleh klik kalau still tak tahu cerita. Ini dia sebuah entri berhantu yang tiba-tiba wujud dalam blog ni. Nak dapat hits yang terbaek? sila copy and paste kat blog korang. Kredit jangan lupa okay!

Menerjah ke segenap komen di dalam entri tersebut, Khai jadi biol tambah sewel dengan komen-komen mereka. Ada yang berasas dan ada yang tidak. Ada yang percaya dan tidak mengenai kisah si Hazwan tersebut. Obviously, Khai sendiri pun susah nak percaya dan takde satu patah ayat pun dalam entri tu yang tertulis Khai percaya. Kita just nak share je apa yang kita tahu dan dengar kan? (more…)

Posted on 3 July '08 by , under Istimewa, Kisah Cinta, Tergempar. 37 Comments.

Dunia Baru Khai – Internship hoi..

CCC
Akhirnya, berupdate jua blog ni seperti yang dijanjikan. Penat seribu kali penat. Internship dah bermula isnin lepas. Malam ni rasa merdeka sikit sebab esok (sabtu) dan lusa cuti. Punyalah rasa dua hari tu penuh bermakna. Seperti yang Khai cerita dulu, Khai dapat industrial traning kat Limkokwing University di mana di situlah tempat Khai study. Syukurlah sebab tak payah susah-susah cari company lain macam member lain tu. Dapat Khai simpulkan di sini, seminggu kerja ni memang penat. Masuk kerja pukul 8:30 pagi dan balik tak tentu kadang-kadang pukul 6 dan macam hari ni bila kerja berlambak, baliklah lambat sikit pukul 7:30. Tapi kerja kita enjoy buat kan, balik baru rasa penat.

Nak tahu dalam seminggu internship ni apa kerja Khai? Kalau korang masuk official website of Limkokwing University, korang boleh lihat berita-berita kat depan tu semua Khai yang siapkan. Prosedur dia teramatlah rumit tapi alhamdulillah, sekali si Peter (office mate) tunjuk, Khai dah dapat buat sendiri. Selain itu, Khai juga terlibat untuk design footer bagi website Limkokwing University V7 (still belum release) yang mungkin akan direlease beberapa minggu lagi. (more…)

Posted on 6 June '08 by , under Istimewa. 12 Comments.