Archive for 'Istimewa'

Berakhirnya kehidupan seorang remaja.

Hehe, bukan berakhir sangat pun dunia remaja Khai. Rasanya tak pernah lagi Khai cerita pasal Internship (praktikal atau latihan industri) dalam blog ni. Bukan ape, rasanya setiap student mesti akan rasa bahangnya bila sampai masa nak praktikal. Bukan senang nak siapkan assignment final semester (gila babeng punye susah) dan dalam masa yang sama, nak kena cari company mana nak buat praktikal. Kalau dapat nak kene pergi Interview lagi. Nasib la kalau dekat. Kalau jauh sendiri mau ingat lew.


Untuk Khai, Alhamdulillah coz dah dapat tempat praktikal. Alhamdulillah, dengan satu Interview je dah terus dia call suruh praktikal situ. Actually apply kat Jobstreet je. Hehe. Tak payah susah-susah macam student lain gi merayau jauh-jauh cari company ala-ala manual. Ape punye bengong taknak guna kemudahan internet depan mata. Apply kat Jobstreet la thambey! Duduk atas kerusi je. Tapi tak susah pun kitorang nak cari sebab kalau sebut nama Limkokwing University je, kompem-kompem je diorang terus panggil Interview. Market gila siot nama university ni walhal pada hakikatnya, malas la nak tulis sini.

Khai dapat buat praktikal kat Asia Media Sdn. Bhd. Popular gak company ni (sebab tu Khai apply) dan Khai harap boleh dapat belajar sesuatu yang lebih dari sana. Bos dia cina tapi diorang memang sporting dan best. Adanya amoi-amoi dalam company tu, Khai harap dapatlah diorang tu memeriahkan mataku ini. Haha. Kalau korang tak tahu Asia Media ni company buat ape, apa kata korang cuba naik bas Rapid KL. Then kalau nampak TV dalam bas tu, itulah apa yang Asia Media buat. We’ll buat online advertising dalam bas Rapid KL. Hebat siot buat iklan dalam bas tapi guna internet. Ape teknologi diorang guna, usya website diorang 😛

Elaun yang mereka tawarkan RM1300. Tapi lepas tolak sewa hostel (dalam kawasan university) semua ada la tinggal RM500. Hostel kat dalam Limkokwing ni harga dia mmg murah. Satu bilik RM800. Terbaek kan?!! Alhamdulillah ada lagi RM500 kalau nak compare dengan ramai student kat Limkokwing ni yang dapat bawah RM400. Yang tak dapat langsung elaun pun ramai. Nak buat camana, dah memang kitorang tak berhak pun nak mintak elaun sebenarnya sebab praktikal ni dikira semester 6. Dah selesai praktikal, baru la boleh graduate.

Dari contract 4 bulan yang dah Khai sign, Khai bertanggungjawab dalam semua aspek yang melibatkan 2D & 3D design. Pergh, cam mencabar je. Selain tu Khai gak akan terlibat dengan interior LCD dalam bas Rapid KL tu. Camana nak kasi orang nengok LCD tu tanpa sesaat pun menjeling keluar tingkap. Fuh, jangan terkejut kalau korang nampak satu iklan dalam bas tu mempromo blog JustKhai ni. Tapi masa tu korang pun paham-paham sendiri la yang bontot Khai dah pun ditendang dari tingkat 2 office diorang. Hahahampes!

Lokasi untuk Khai, kat HQ diorang kat Pusat Bandar Puchong. Ala, sebelah dengan Tesco Puchong je. Jalan depan sikit plak, sampai kat IOI Mall. Hurm, Ingat nak cari rumah kat area sana, so kalau korang atau ada member yang nak sewa rumah atau bilik kat situ, tolong’lah hubungi Khai ye. Ingat nak sewa kat Desaria (Limkokwing Hostel) ni je, tapi on the way pergi balik tu sakit sikit la nanti. Bawak Yamaha 125zr plak tu. Errr, kalau motor 125zr ni boleh switch guna air atau petrol, kan ke bagus tu.

Itu tempat praktikal yang dah memang confirm hitam putih, satu lagi kat Limkokwing University. Praktikal kat Creation of Creative Content (CCC). Diorang ni yang bertanggungjawab membangunkan website Limkokwing University yang design smart giler tu dan macam-macam web yang melibatkan kreativiti kat Malaysia ni. Kalau kat situ pun kira OK jugak la. Dengan elaun RM700 dan paling penting, praktikal kat tempat yang dah memang kita familiar dan bukan calang-calang student dapat buat praktikal kat situ. Apepun, still tunggu confirmation dari lecturer Khai sebab dia ni yang bersungguh-sungguh cuba push Khai praktikal kat Limkokwing. Thanks a lot Sir. Tapi bila pikir balik, tak rasa dunia kerja la kalau buat praktikal kat tempat belajar.

Latihan Industri akan bermula 02 June nanti. So harap Khai akan dapat menyesuaikan diri kerana serious, ini pengalaman pertama Khai untuk bekerja. Even just praktikal, tapi kompem la rasa macam dah kerja nanti kan? datang dan balik ikut office hour. Huuu, tu la mak, dulu orang nak kerja cari pengalaman mak tak kasi skang anak mak ni la orang paling cuak taw! hehe. So abis praktikal October dan February 2009, dah graduate. Pergh, lajunya masa berlalu.

Ok korang, thanks coz baca entri ni dan tolong doakan Khai akan berjaya dengan penuh cemerlang. Jangan cakap entri ni langsung takde information Ok? skurang2nye korang dah tahu kan sekarang siapa itu Asia Media Sdn. Bhd dan apa itu Jobstreet? Betul tak?

Pssttt: Thanks a lot kepada semua yang dah menyenangkan interview Khai secara langsung atau tidak langsung. Cgyhost & Syia (coz sponsored semua web-web), Arman dan Aidil. Errr, actually post ni Khai dah tulis 3 hari lepas tapi disebabkan ISP Mykris Asia kat Desaria ni ‘laju’ macam cipan, terpaksa la Khai hold. InsyaAllah, masuk je praktikal nanti, akan ku rembat Maxis Broadband. Mamak, Maxis Broadband satu!! hahaha.

Updated: 12 April 2008 7:20am
Khamis baru-baru ni, Khai pergi interview kat Limkokwing University plak. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Khai diterima internetship this June. Fuh, hampir 2 jam interview tu berlangsung. Abis segala jenis web, coding, web 2.0, dan macam-macam lagi la dia suruh tunjuk kat satu computer. Nampaknya Khai sorang je la melayu yang kerja dalam CCC tu nanti. Semuanya cina maaa tapi diorang best. Friendly abis. Apa yang jadi masalah sekarang, kat Asia Media Khai dah sign contract! What should i do? Uwaa.. Khai lebih prefer untuk bekerja di Limkokwing University dari Asia Media atas bermacam-macam sebab seperti tak jumpa rumah nak sewa kat Pusat Bandar Puchong dan Area Puchong yang ternyata berbahaya kepada 125zr ku.

Posted on 8 April '08 by , under Daily Craps, Istimewa. 36 Comments.

Macam-Macam Khai pt. 4

” unique hits this week for justkhai.com (06 – 12 mar) “

Image di atas adalah screenshot Unique (from Nuffnang) Hits untuk minggu ini. Khai dapat rasakan traffic ke blog untuk minggu ini betul-betul sesak. Setiap 5 minit, ade saja beberapa komen yang masuk. Semuanya gara-gara adanya entri seperti ini. Terbukti rakyat Malaysia begitu dahagakan cerita-cerita cinta dan yang berbentuk mistik. Hihi. Takpe takpe, korang memang best. Komen la Ok banyak-banyak. Khai memang suke baca komen dan jawab komen dari pembaca. Go go, teruskan membaca. Tekan Ctrl + D dan masuk ke blog ini hari-hari. Korang pasti akan rasai sesuatu yang best. Kalau tak best tu, kadang-kadang je!! Leh?

Ok, lupakan pasal hits dan kisah chenta tiga segi, kita sebut pasal politik pula. Ah politik, bosan la.. cerita lain la. Ini ada beberapa auta fakta yang nak Khai kongsikan. 😛

1. Gay or not?
justkhai_gay-or-not.jpg
Ha, ini khas untuk korang yang ada accessory kat celah kangkang. hurm??.. Khai selalu pekena member ngan fakta ini. And of coz ianya menimbulkan keraguan, tetapi jangan terperanjat kalau Khai katakan dari pengamatan Khai, kebanyakkan kawan Khai yang gay, tangan mereka seperti itu. Lihat tangan korang. Apekah?

2. SPAM Proof!
justkhai_spam-proof.gif
Oleh kerana masalah SPAM tidak lari dari blogger seperti Khai dan mereka, WordPress dengan bangganya telah mengeluarkan satu plugin bagi mengurangkan SPAM atau mungkin bayang-bayang SPAM pon tidak akan kelihatan dalam blog lagi. Maka para komenter tidak perlulah risau kalau-kalau komen korang masuk dalam kategori SPAM. So sila jawab dengan tepat bila nak komen entri dalam blog Khai ni. SPAM Proof dia berbentuk seperti image kat atas tu lah. Sila panggil cikgu add math, physic, chemistry dan kalau boleh 5 orang lecturer dari University berhampiran. Kalau tak keluar macam tu bila korang nak komen, maka korang bernasib baik.

3. Sumpahan di Brazil (more…)

Posted on 13 March '08 by , under Istimewa. 41 Comments.

Cinta Tiga Segi a.k.a Perangkap Cinta

Perkara yang anda perlu tahu sebelum membaca entri ini:
– Arwah yang dimaksudkan nanti sama sekali BUKAN Allayarham Hazwan Wafiy Abu Hassan, pelajar SMKAB seperti yang tersebar di internet. Ini Hazwan lain!
– Entri yang akan Khai tulis ini masih tidak tahu kesahihannya. Apa yang Khai tulis adalah melalui fakta yang ada di Internet. Anda dinasihati tidak terus percaya sebaliknya baca semua komen yang ditulis oleh pembaca di bawah entri ini. Mungkin anda akan dapat sesuatu yang benar. Adili’lah sendiri. Allahualam.

Suara peninggalan Allayarham Hazwan.. Alfatihah!

Download Video dari Youtube (right click & save link as – open with GOM)

Kalau korang rasa video kat youtube tu tak berapa clear or kecik, silakan download file sebenar video tu yang hanya bersaiz 4MB sahaja.
Download VIDEO Cinta Tiga Segi – orang sudey download taw!

atau mungkin MP3?
Download MP3 Cinta Tiga Segi – orang sudey download taw!

Alkisahnya, Khai baru tahu pasal lagu ni. Itu pun sebab room mate Khai, Rizal yang beria-ia sangat nak lagu ni. Dia cakap kat Khai lagu ni best gila dan dinyanyikan oleh seorang banduan bernama Hazwan sehari sebelum dia mati di tali gantung. Dengar setiap bit bit lagu ni, betul-betul membuatkan hati terasa something yang sukar nak diluahkan. Syahdu sangat lagi-lagi jika dikenang memang betul itu lagu yang dinyanyikan seorang banduan sebagai permintaan terakhir. Cuba korang selami hati seorang Hazwan yang menjadi mangsa pendustaan sebuah cinta. Dari sedikit research yang Khai buat, begini ceritanya.

Arwah Hazwan ni bercinta dengan seorang gadis. Sedang asyik mereka bercinta, Ex-boyfriend gadis tersebut telah merayu untuk kembali kepada gadis tu. Si gadis ni jadi serba-salah and of coz, dah tentu dia masih ada rasa sayang pada ex-boyfriend dia tu. So si gadis ni buat keputusan untuk memilih lelaki tersebut dan meninggalkan Hazwan. Dek kerana rasa frust (ini dinamakan cinta sejati), Hazwan sanggup membunuh lelaki tersebut dan satu lagi fakta yang Khai jumpa, dia turut membunuh ex-girlfriend dia tu. How sad. Sanggup membunuh kerana cinta. How damn’nya menjadi seorang gadis yang buta menilai cinta seorang lelaki seperti Hazwan. Ya, Cinta sejati seorang lelaki. Lelaki yang sebenar. Hazwan telah dijatuhkan hukuman (more…)

Posted on 4 March '08 by , under Istimewa, Kisah Cinta. 835 Comments.