Entry Khinzir, Sucikah Ia? betul betul meletup. Sabar, jangan terlalu emosi. Sama-sama kita memperbetulkan kesilapan antara satu sama lain secara profesional. Maklumlah, perkara yang melibatkan soal agama terlalu sensitif. Aku cuba berkata apa yang aku tahu dan aku menerima sebarang pembetulan dari yang lebih arif tapi biar kena dengan caranya. Ah, aku tidak dapat ke Rumpun 07 petang nanti atas sebab-sebab tertentu. Sebentar lagi jam 7:30 pagi aku dah perlu ke Putrajaya menghadiri Karnival Bunga dan Taman bersama Lecturer. Pukul 6 pagi dah kena bangun sedangkan waktu tidur aku pukul 6 pagi juga. Oh tidak. Aku tak tahu apa-apa tiba-tiba Nieza mengajak aku petang tadi. Kalau tak ikut nanti, kata kita tak sayang dia pula kan? Aku sebagai Boyfriend yang mithali, turutkan saja! Hahaahacumm!!
Masih ramai yang membuat permohonan mahukan blog Free di Scukz Free Blog. Buat masa sekarang, agak susah untuk aku setting’kan untuk mereka kerana talian internet yang macam jadah. Jadi aku akan umumkan di blog ini bila aku akan buka kembali permohonan tersebut. Tetapi jika kau tahu bagaimana mahu install WordPress sendiri (kira kau dah ada pengalaman tentang ftp semua), baru lah kau boleh request blog sepertimana yang dilakukan oleh Hafreze yang meminta blog berdomain’kan http://hafreze.scukz.com/. Hubungi sahaja aku di YM. ID’nya, khai_luct. Jika mahu berkenalan juga boleh. Hihi

Entri kali ini, aku ingin tunjukkan bagaimana manusia yang terlalu obses untuk menjadi seorang yang gagah. Aku pernah kenal dengan seorang lelaki yang berbadan sasa. Kelihatan sungguh gagah dan bergaya. Kau juga pasti mengenalinya jika kau ada menonton iklan Shieldtox di kaca televisyen. Lelaki tersebut pernah menjadi tunang akak aku suatu ketika dahulu. Semasa itu aku masih di sekolah rendah. Pernah dia datang ke rumah aku tetapi apa yang menyusahkan, dia tak boleh makan semua makanan istimewa yang ibu aku sediakan semata-mata untuk menyambut kedatangan dia. Dia hanya makan daging yang direbus atau telur separuh masak bagi merealisasikan set pemakanan harian’nya. Ah, aku takut melihat orang seperti itu mujurlah kini akak aku sudah berkhawin dengan lelaki lain dan sudah pun dikurniakan seorang cahaya mata. Fuh!
Ramai lelaki yang mengimpikan badan yang sasa dan tampak gagah. Ya, aku pun inginkan badan sebegitu. Tidak’lah terlalu kurus melidi ataupun tampah lemah tidak bermaya. Tetapi bagi aku cukuplah seperti badan hero Hindustan, Salman Khan mahupun Hero melayu kita, Fahrin Ahmad. Memiliki badan seperti mereka merupakan satu daya tarikan kepada kaum wanita. Kepada kaum wanita yang membaca, pasti kau mengangguk-anggukkan kepala kerana kau tahu lelaki akan lebih kelihatan macho berbadan begitu. Aku ada seorang kawan yang terlalu obses (more…)

Aku kena tag oleh Roku! Lama dah tak kena tag nih. Tak tahu la plak kalau ada kena tag kat sapa-sapa yang aku terlepas pandang sebab tak banyak masa sangat sekarang ni nak pleasure kat blog orang.
5 things found in my bag
Note, Pen, Thumbdrive, Sikat, dan Kunci. Bosan gile kan barang aku isi? Tapi dah nak 5 je, kalau nak 6 tadi, sure aku letak benda yang kau semua susah nak percaya. Jeng jeng jeng…
5 things found in my wallet
MyKad, Lesen motor L yang dah expired, Maybankard, Simcard Digi, dan semestinya gambar orang yang tersayang.
5 favorite things in my room
Notebook, Poster Avril Lavigne sebesar Avril Lavigne, Rak baju aku, Katil aku yang best dan kawan-kawan aku yang aku anggap macam benda ni. Haha.. jahat gila aku nih!
5 things im currently into
‘The Slowest’ Internet Connection, Lot of Assignments, Bilik larangan merokok, Frust takde handphone, dan lebih menyayangi si dia. Siapa si dia tu? Awek? Kucing? Kambing? Kau rasa siapa?
5 people im going to tag
Bro Musnaz, Mael, Azmie, Amanz, dan kau yang sedang baca blog ini.
Kepada semua networkers Scukz, Gathering kita akan bergabung dengan Rumpun07. Harap Maklum!
Pssttt: Entry ini ditulis pada pukul 11:37 malam. Pukul 12 pagi nanti, aku akan menulis lagi entry baru.
Posted on 13 August '07 by KhaiHassan, under Daily Craps, Istimewa. 30 Comments.

Disaat orang lain dah lama menulis mengenai erti kemerdekaan di blog mereka, baru hari ini aku tergerak untuk menulis. Sebenarnya sahaja aku tunggu sehingga ke hari ini dikala saat aku sudah memasuki umur 19 tahun. Baru la aku pun merdeka sama! Hari ini genap umur aku 19 tahun 3 hari. Yay!!
Kalau ditanya kepada aku apa makna kemerdekaan, rasanya jawapan aku sama sahaja dengan orang lain. Contoh jawapan membosankan yang selalu kita dengar seperti kita bebas dari jajahan, kita boleh mengikut acuan kita sendiri dan macam-macam lagi. Tapi bagi aku, semua itu memang betul cuma aku teringin sangat nak lihat rakyat Malaysia kita ni bebas dari segala propaganda. Contohnya, kau sendiri pun tahu harga internet di Malaysia ni sangat mahal berbanding negara maju lain. Internet di negara kita dua kali ganda lebih lembap dari negara luar tetapi dua kali ganda lagi mahal dari negara luar? siapa nak jawab? Bukan itu sahaja, malahan terdapat pelbagai lagi perkara yang ternyata membuatkan kita hidup dalam penipuan. Aku juga ingin melihat Malaysia bebas daripada rokok. Bukan dengan menaikkan harga rokok yang ternyata tidak mendatangkan effect kepada si perokok malahan mungkin memberi kesan negatif dalam masyarakat kita sendiri. Harga rokok naik siapa yang kaya dan siapa yang sakit? kau sendiri pun tahu.
Selain itu juga, aku sangat berharap Malaysia akan bebas daripada kretiviti yang tiada nilai. Contohnya, lihat sendiri animasi dari tangan anak Malaysia. Sampai sekarang masih lagi dalam bentuk animasi 2D. Di negara Jepun, animasi 3D mereka dah cukup melambak sampai tak tahu mana satu nak layan. Tetapi di Malaysia, hanya RTM sahajalah yang sanggup menerima kartun kita sendiri. Syarikat Swasta seperti TV3 ingin nak siarkan? kirim salam aje la. Apa yang ada di TV3 hanya animasi-animasi Jepun yang telah dirosakkan dengan mengalih bahasa asli’nya ke dalam Bahasa Melayu. Kasihannya. Ye la, sampai bila pengertian merdeka itu masih di tampuk lama. Sampai bila kita nak berbangga yang negara kita dah merdeka 50 tahun sedangkan negara lain sudah lama merdeka dan terus mengejar sesuatu yang dinamakan “Creative Technology”. (more…)
Posted on 6 August '07 by KhaiHassan, under Acara, Istimewa. 16 Comments.