Archive for 'Istimewa'

Happy Birthday to Me!

besday_khai.jpg

Yay!! lagi beberapa minit ke pukul 2 pagi, genaplah usia aku 19 tahun. Nama aku Mohd Khairulnizam Abu Hassan and you can call me as Khai sudey.. mengikut surat beranak yang aku usya dari almari sulit mak aku dulu, aku dilahirkan pada 03 Ogos 1988 genap jam 2 pagi di Johor, Malaysia. Oleh itu hari ini adalah hari jadi aku yang ke-19 tahun. Wah, aku masih remaja. Virgin gitu!! Yay!! Seperti biasa takkan ada gambar celebration party yang akan aku tunjukkan kerana aku paling tak suke akan cake, baling telur, baling tepung atau campak dalam kolam. Kalau sambut pun dengan family aje. That why malam ni pintu bilik aku sentiasa berkunci. Langsung aku tak jejak ke rumah mereka even petang tadi bersungguh-sungguh diorang ajak aku lepak malam ni. Sorry la geng coz aku tak se-sporting macam korang sangka. Haha

Rasa kejap sangat masa berlalu. Masih segar kat ingatan aku tahun lepas semasa hari jadi aku yang ke-18. Aku berada di mana dan dengan siapa, apa hadiah yang family aku kasi dan bertapa meriahnya ucapan yang aku dapat di forums Scukz.Com. Kali ni dah yang ke-19 pula ye? Hurmm.. Dalam masa setahun ni, banyak perkara yang telah aku lalui. Perkara yang sama dan mungkin juga perkara yang pertama kali dalam hidup aku. Aku rasa diri aku sekarang dah totally berubah dari aku yang sebenar. Aku bukan Khai pada usia 18 tahun lepas. Mungkin sebab revolusi masa membuatkan aku begini. Entah’lah. Aku pun tak tahu.

Dalam usia aku yang ke-19 tahun ni, aku rasa hidup aku dah cukup lengkap. Apa yang aku mahukan sudah tersedia di depan mata tidak kiralah ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap aku, harta benda yang cukup berbanding orang lain, sahabat baik yang sentiasa menyokong aku, family yang bahagia, adik-beradik yang mengambil berat pasal aku, belajar di Universiti mengikut kursus yang aku minat dan tidak dilupakan teman wanita yang setia menjadi peneman hidup aku. Semua orang lelaki perlukan itu kan untuk hidup? hehe. Page wishlist yang baru aku buat tu hanya sebagai suka-suka menandakan aku masih perlu berusaha mengejar sesuatu. Hidup aku bukan objektif tetapi subjektif untuk aku teruskan.

Terima kasih kepada semua yang wish selamat hari jadi kepada aku. Banyak message aku dapat di YM sampai tak terlayan tapi aku layan gak. Gila ar kan? Hehe. Kepada sesiapa sahaja yang baca entry kali ini, aku ingin memohon maaf kepada semua andai aku ada salah silap dan terkasar bahasa tu. Biarlah Khai menjadi seorang insan yang suci dari segala dosa menjelang usia ke-19 ini. Ya Allah, Alhamdulillah kerana Kau masih benarkan aku untuk hidup sehingga kini. Ampunkan segala dosa hamba-Mu ini kerana aku hanyalah seorang insan yang lemah dan leka.

Matlamat hidup aku pada umur yang ke-19 tahun ini, aku ingin menjadi yang lebih baik dari 18 tahun lepas. Aku ingin menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan aku ingin berjaya dalam semua perkara yang aku ceburi. InsyaAllah. Aku juga akan menjadi seorang lelaki yang paling setia di atas muka bumi ini untuk dia dan aku berharap, semua kawan aku akan senang untuk berkawan dengan aku seperti yang aku rasakan senang untuk berkawan dengan mereka semua pada ketika ini. Aku juga akan mempraktik’kan nilai-nilai murni dalam personaliti aku tidak kira di mana aku berada. Aku akan tangkis segala perkara dan perbuatan yang selama ini mungkin akan menyesatkan aku. Aku akan jauh’kan diri aku dari rokok tetapi mungkin tidak kepada kawan-kawan baik aku yang merokok. Aku akan merajinkan diri untuk mendirikan solat biarpun hidup aku ketika ini dikelilingi oleh mereka yang sesat dengan arak dan perkara yang melalaikan. Aku berdoa kepadaMu ya Allah agar semua impian aku ini akan terlaksana dan Kau jauhi’lah aku dari perkara yang mendustaiMu. Amin

Thanks kepada Nieza kerana berikan aku hadiah kasut yang sungguh cantik itu. Aku suke. hehe.. dan tidak lupa kepada kawan baik aku, Nurul Fatihah sebab buatkan aku cenkodok yang aku nanti-nantikan selama ini. Memang best. Tadi dia kasi aku. hehe.. hilang la rindu dengan cenkodok yang mak aku buat. Tapi cenkodok Pat tak boleh lawan cenkodok mak aku. yay!! hehe.. dan sorry to all my sis coz adik memang tak dapat nak ikut balik sebab banyak perkara yang kene setel’kan di sini. Nanti kalau jadi datang sini, inform la ye. SMS la Nieza dan tak payah la susah-susah nak bawa hadiah sekali. Tahu tuu.. Hehehe… Esok ada orang nak belanja aku makan mee goreng. Tak sabarnye!

Your wish are welcome. Just comment this entry. Tx!

Posted on 3 August '07 by , under Acara, Daily Craps, Istimewa. 35 Comments.

Handphone Hilang ='(

Hurmm.. sedihnya.. menangis-nangis hati aku ni. Bufday dah la lagi 4 hari. Baru tadi, Handphone hilang plak. Malang betul aku hari ni. Tadi dah balik hostel ni, cari-cari handphone takde. Fikir-fikir balik aku rasa last aku pegang handphone tu masa kat lab. Ajak member aku yang sorang ni pergi campus naik motor. Ni baru je balik dari campus. Cari-cari dalam lab pun tak jumpa. Handphone aku ni boleh diketegorikan dalam ketegori lost in action kot. Selama ni aku just rasa kasihan je bila nengok kawan-kawan aku hilang handphone. Hari’ni hari aku pulak yerk yang rasa camana. Uh, betul-betul menyakitkan hati. Handphone tu aku beli guna duit sendiri dulu. Hasil dari titik peluh aku kat internet ni.

Asri nama member yang bawa aku pergi campus cari handphone tu. Kesian gak kat dia sebab dia dah mula kumpul-kumpul duit nak beli handphone aku tu sebab aku cakap kat dia tak lama lagi akak aku nak belikan handphone baru lepas aku trade-in handphone yang hilang ni. Tapi ape nak buat, dah bukan rezeki aku untuk jumpa handphone tu balik. Benda berharga kalau hilang memang susah la nak dapat balik. Habis’lah aku lost contact dengan mereka yang ada dalam contact list aku tu. Ucapkan selamat tinggal juga untuk 0172356014. Number paling lama pernah aku gunakan sejak zaman persekolahan lagi..

Aku berdoa semoga hati insan yang menjumpai handphone tu dibuka untuk memulangkan semula handphone tu kepada aku. Amin.. Bukan boleh jual atau pakai pun. Ada lock code.. Skang ni aku rasa buat semua benda tak kena. Rasa nak bad mood aje. Marah dengan diri sendiri sebab salah aku juga.. lalai sangat.. mungkin ni pengalaman paling buruk aku kot dalam tahun ni. Hope ada la sape-sape sudi belikan handphone baru ntuk aku. Hehe.. Rezeki datang dari Tuhan.. Dia nak tarik balik rezeki yang Dia kasi tu kot.. So aku redha.. kuat terdetik dalam hati aku ni, yang ini semua mempunyai hikmah’nya. hurmm ='(

Pssttt: To all my sis, kalau siang leh call number phone Nieza dan kalau malam, leh call number member orang (ade kat kakcik).

Posted on 30 July '07 by , under Daily Craps, Istimewa. 21 Comments.

Kill Me Softly

tak_reti_reti.jpg

Untuk beberapa hari dah aku tak dapat nak upate blog ni. Banyak sangat halangannya. Beberapa hari lepas, aku tak boleh access domain Scukz.Com .. ada kemungkinan IP di blok oleh pihak Broadband.. tapi lepas aku email dia, esok je terus dapat masuk balik. Syukur betul.. Kemain lagi diorang. Aku bayar mahal-mahal, diorang suka suka nak kawal website apa aku nak masuk. Ntah ape ape..

Bila dah boleh access website ni plak, aku pula yang takde masa nak update. Busy siapkan assignment Business Plan untuk semester 3 lepas. Baru tadi aku present. Hurm.. aku puas hati coz penat lelah aku untuk beberapa hari ni dah terlaksana. Lecturer sampai tepuk tangan lepas group aku present. Group lain diorang buat muka bosan je. Haha!! Moga group aku dapat result yang power la.. Amin..

Hurmm.. satu yang baru aku perasan, rokok baru naik harga ye? takda la baru sangat, tapi aku nengok member-member aku kat hostel ni dah cukup banyak mengeluh sebab abis duit untuk rokok. Ye lah kalau dah sehari habis sekotak rokok (20 batang) RM8.20, kau darabkan sendiri dengan 30 hari. Kau yang tak merokok tak boleh nak salahkan si perokok ni sebab bangang abiskan duit untuk rokok. Cuba kau berada di tempat si perokok tu? Aku tahu camana rasanya menjadi seorang perokok sebab aku berani mengambil risiko menjadikan diri aku sebagai bahan ujikaji beberapa bulan lepas sebagai seorang perokok. Aku hairan dan aku ingin mencuba (kau jangan tiru aksi ini). Tidak aku nafikan, rokok membuatkan otak kau tenang, idea kau mencurah-curah mengalir dan menghilangkan rasa tekanan yang ada. Tapi itulah, kalau dah namanya rokok, kau mesti ingat yang duit kau juga mencurah-curah mengalir dan badan kau pasti binasa.

cigaratte_by_govind.jpg

Jika kau seorang perokok, ada kau amik tahu apa kandungan yang kau sedut hari hari dan setiap masa tu? Kau tahu tak lebih dari 4,000 kimia terkandung dalam asap rokok dan majoritinya adalah toksik (toxic). Tar, karbon monoksida dan nikotin adalah tiga bahan utama dalam asap rokok yang mengancam kesihatan terutama kerosakan sama ada melalui pertukaran gas atau sistem kardiovaskular (cardiovascular system). (more…)

Posted on 26 July '07 by , under Istimewa, Lain-lain. 26 Comments.