Memulakan kehidupan seperti biasa semula

Dari meja kamarku ku menulis. Artikel sebelum ini mengenai Khai yang dah pun berhijrah ke Ampang. Alhamdulilah la rumah ni memang much better dari rumah yang sebelum ni. Parking kereta berbumbung cantik, pagar rumah pun automatik, siap ada alarm system lagi. Terima kasih tuan rumah. Tapi melampau sangat sampai ada kucing jalan dekat pun dia bantai nak berbunyi. Hahah!

Hari tu masa call lori nak bawa barang dari Bangsar ke Ampang dia cakap RM180 je. Tapi lepas angkat semua barang dalam lori, harga dah jadi RM380. Cisdel! Alasan dia sebab barang banyak yang berat-berat dan tinggi. Ala kerja angkat 3 orang pun nak kecoh. Tapi takpelah kalau tak bayar karang, takkan nak angkut sendiri satu-satu bawa jalan kaki? Hehe. Habis je punggah barang dari lori petang tu terus pergi Sen Heng beli mesin basuh dan Aircond. Fuh, gila sentimental hidup rasa nak tidur je 24 jam. Ahaks!


* Apek datang lumah pasang itu aircond loh.

Beberapa hari selepas pindah tu, Astro pun datang untuk pasang piring Astro yang diorang buka dari rumah di Bangsar tu. Segalanya berjalan lancar dan baik sekali setakat ini. Still berbelah bagi lagi yang Astro ni nak pasang kat office ke tidak ye? Karang kalau pindahkan ke office, bosan pulak tak dapat nengok TV kat rumah. Nak masuk kat dua-dua tempat, apekejadahnya pulak. So buat masa ni, biarkan Astro ni kat rumah je dulu. (more…)

Posted on 11 June '11 by , under Hidup Khai. 61 Comments.

Bosannya Hidup Seorang Khai

Yea, akhirnya dapat gak Khai update blog ni. Actually Khai ada kat kampung sekarang. Kat rumah no internet connection, no Astro and no thing! Yang ada cuma mak abah yang disayangi. Dan korang paham-paham sendiri la kan mana Khai ada sekarang. Cyber Cafe? Ya betul. 10 penumbuk untuk korang. Hahaha. Huh, kesian gile CC ni. Keyboard macam mati segan hidup tak mahu je. Internet Connection plak, Aiyaa.. potong jari la kalau lagi laju dari kura-kura belajar berjalan.


Bagi mengelakkan kebosanan kat kampung ni makin merebak, dua hari lepas Khai dah apply Astro. Hahaha. Fuh, kalau tak miss la aku nak nengok Chelsea kena belasah Manchester United nanti. Wei Aidil dan die hard fans Chelsea, watch out! sedia untuk menangis. Untuk Internet, takkan Khai nak masuk internet plak kan sebab kat sini sebulan je, so insyaAllah nanti nak apply Maxis broadband or Celcom Broadband masa praktikal nanti. Nengok member pakai Celcom Blue Cube macam best la plak. Oh ye, ni pun kira selamat lagi Khai bawak sekali *awek baru Khai balik rumah. Kalau tak mahu kejang tak dapat keluar rumah.

Hah! Scukz down lagi. Apekejadahnye ni wahai CGYhost oi? bila la korang nak stable. Sama macam tu je dari dulu sampai sekarang. Kejap ade kejap takde. Macam biskut lemak da! Aritu dapat invitation card kat Friendster. Yazrie nak khawin hujung bulan 5 ni. Kot ye pon nak Khawin, customer sakit kena ubatkan dulu bro. Apapun, all the best and congrate la. Sebenarnye Khai jeles si Yazrie ni umur sebaya Khai, tapi dah nak khawin. Khai ni ntah bila-bila la plak. Haish!!

Erm, kalau korang mencari cerita-cerita panas atau hangat kat entri ni, korang ternyata silap sebab entri ni semata-mata Khai tulis cerita mengenai Khai. Hahaha. Sabar ye sebab Khai akan update blog ni hari-hari nanti (insyaAllah) lepas Khai mula Internship 02 june ni. Lagipun kat CC ni dan tak seronok buat entri syok-syok tapi tak letak gambar yang dah siap di touch-up dengan Photoshop. Oh ye, tadi Syia (awek cun yang sponsor blog ni) sms, dia cakap dia dah upgrade bandwidth blog ni. So lepas ni takde la down lagi blog yang berada dalam server milik Exabytes ni. See, betapa bagusnya Exabytes ek? Kalau la still lagi blog ni under CGYhost, memang senasib la dengan Scukz.Com tu.

Ok korang, bape hengget la ni kene bayar. CC dah la tak best. Mahal plak. Chait!! daaa..

Posted on 7 May '08 by , under Daily Craps. 43 Comments.