Justkhai, Contest dan Tajaan. Update’nya tidak!

Hai. Kalau korang baru tersesat di blog ni, ambil’lah masa baca entri-entri yang lepas. Mesti korang akan kenal dengan blog ni dan owner dia dengan lebih dekat. Kalau sudilah. Haha. Paling penting ada macam-macam info yang korang dah ketinggalan kat entri-entri sebelum ini. Macam biasa, mana yang baik jadikan tauladan. Kalau buruk jadikan je sempadan. Khai pun antara hamba-hamba Allah yang hari-hari tak pernah lekang dengan dosa.

Entri Sembilan Belas April, ramai pulak yang respon ye. Thanks untuk korang lagi-lagi untuk silent reader yang akhirnya bersuara. Boleh refer komen terakhir Khai dalam entri tersebut sebagai penutup bagi entri penuh bermakna sebenarnya dalam hidup Khai.

Lately sangat busy. Tangan yang putih dah jadi hitam. Muka yang putih pun dah jadi merah padam. Semuanya gara-gara selalu ulang-alik Ampang – Shah Alam. Macam hampeh la. Shah Alam bosan gila. Rasa macam takde life je. Nasib 2 bulan je lepak sana atas tujuan kerja. Orang Shah Alam jangan marah ye? Atau mungkin Khai yang belum habis pusing satu Shah Alam kot? Naik biol dengan roundabout yang bersepah-sepah kat situ. Buat simpang empat dan letak traffic light je lagi better kot? Ini kat roundabout dia bantai letak Traffic Light. Haiyoo!!

Anyway, Justkhai dah dapat sponsor dari sebuah syarikat hosting tempatan. Diorang kata nak kasi dedicated server. Agaknya hosting mana yang sponsor tu ye? Korang teka la. Hehe. Dengan adanya tajaan dedicated server tu, makin berbuah-buahlah projek baru nanti. Lagi-lagi lepas menang contest kat blog Izzat Aziz hari tu. Banyak premium template dari Elegent Themes menanti untuk digunakan. Err, korang mahu satu? Hehehe. Thanks buat Izzat Aziz dan nasib yang menyebelahi Khai.

Psstt: Maaf perjalanan blog Justkhai ni agak slow sejak kebelakangan ni. Busy takkan menjadi penghalang sebenarnya buat blogger yang komited seperti Khai. Hehehe. Tapi bagi memberi laluan blog ni dipindahkan ke hosting yang baru. Jangan lupa usya apa yang baru kat Oh! Artis dan Oh! Tidak tu yer.

Posted on 22 April '09 by , under Blog, Hidup Khai. 38 Comments.