Membina WP-Blog di Windows XP atau Vista

Lama tak buat tutorial kan? Sebenarnya Khai nak bercerita mengenai localhost. Sebenarnya amende fungsi localhost ni? Untuk sape yang tak tahu tu, biar Khai terangkan sedikit apa yang Khai faham. Localhost ni sama aje fungsinya macam hosting yang korang beli. Ada harga puluh-puluh, ada plak yang harga beratus-ratus sebulan. Apa yang bestnya, localhost tidak memerlukan korang membayar satu sen pun kerana korang akan gunakan computer korang sendiri sebagai server. Tapi jangan sampai syok sendiri pergi tulis entri pelbagai pulak kat blog dalam localhost tu nanti sebab takde sapa pun yang dapat lihat kecuali korang seorang aje.

Abis apekejadahnye kalau orang tak boleh baca? sebenarnye tujuan memasang blog dalam localhost ni membolehkan korang ber’dokumentasi dengan sesebuah theme, plugin atau apa sahaja sebelum proses upload dilakukan ke dalam server sebenar. Itu kan lebih mudah, selamat dan menjimatkan masa. Inilah perkara asas yang dilakukan oleh para designer. Khai juga gunakan ini untuk menulis entri bagi mengelakkan sebarang perkara tak diingini semasa menulis melalui WP sebenar menggunakan Firefox. Orait, ikut tutorial mudah tak sampai 10 minit ni.

Langkah 1:
Download XAMPP Lite untuk Windows. Amik yang EXE version tau. Kemudian install dalam C:
scukz_wordpress_in_localhost_1.png

Langkah 2:
Klik Start dan pilih Run. Kemudian, paste C:xampplitesetup_xampp.bat then tekan OK sehingga kelihatan paparan seperti gambar di bawah. Ikuti arahan yang terpapar.
scukz_wordpress_in_localhost_3.png

Langkah 3:
Bila dah selesai, double click xampp-control.exe kemudian tekan start untuk module Apache & Mysql.
scukz_wordpress_in_localhost_4.png

Langkah 5:
Buka browser korang kemudian point’kan ke http://localhost/ dan pilih bahasa yang sesuai. English la kot yang paling ok kat situ. Then, click phpMyAdmin di bahagian belah kiri (http://localhost/phpMyAdmin)
(more…)

Posted on 23 December '07 by , under Tutorial. 23 Comments.