Qada’ dan Qadar

Hai…pening pening.. makin banyak masalah yang khai dapat.. dengan assignment yang melambak x siap siap (maklumla benda x minat mmg saja x buat), pastu ngan masalah yang menimpa scukz.com .. sebenarnye bukan masalah apa pon just ade golongan yang tak bertanggungjawab yang suke buat kacau… dan akhir sekali masalah keluarga khai ni.. bebetul berat tapi x perlu la khai nak share ngan korang…

Harini dah ahad.. dah nak balik U pon.. kerja x siap siap.. khai actually bukan x nak siapkan, tapi masalah keluarga ni la yang buatkan khai x tahan… pastu ngan kaki kacau kat scukz.com tu kekadang buatkan khai rasa nak tutup je scukz.com tu.. barulah tenang hati ni.. Khai betul x paham la ngan diorang tu.. Bangsa sama Melayu .. sama warga Malaysia tapi ntah ape la yang diorang nak dengkikan ngan anak melayu lain..

Kekadang khai terfikir, “bersalah ke aku?” .. orang cakap kadang kadang kita tak perasan kesalahan kita.. tapi bila khai pikir betul2, khai tetap x nampak ape kesalahan khai.. Diorang buat kacau then kita ban la kan? bukannye main terus ban, tapi before tu dah kasi amaran dulu.. tapi diorang degil.. then bila dah kene ban, kasi ugutan yang macam macam.. sampai nak cakap bangsat bangsat kat khai.. ingat bapak dia bayar nafkah ke ape?

ntah la .. maybe suatu hari nanti, kalau khai dah x leh nak terima semua presure ni, scukz.com tu mmg la akan ditutup.. masalah keluarga khai ni plak, semoga Allah hilangkan la … Khai mmg dari kecik x pernah nak terima presure camni, tapi harini betul2 x tahan.. Kalau dulu time sekolah, kita x sabar sabar nak abis .. tapi sekarang bila dah abis zaman persekolahan, kita rasa macam nak masuk sekolah balik pulak kan? nak lari dari semua tekanan ni.. jadi budak2 lagi best.. main aje …

” Ya Allah, kau ampunkanlah aku di atas perbuatanku yang mendatangkan kemurkaanmu.. Kau berikanlah aku taufik dan hidayah untuk aku meneruskan kehidupanku ini.. Kau jauhkanlah aku dari dunia kesesatan dan kau peliharalah kebahagiaan keluargaku .. Amin .. ”

p/s : dari fizikal yang ceria, hatiku penuh duka … hanya Allah yang tahu ..

Ditulis pada 4:45 AM 6 August '06 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 503 views | Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!:


RSS feed | Trackback URI

8 Comments »

Comment by Anonymous
2006-08-07 13:21:00

Jangan mengeluh dengan apa yg kite hadapi…

biar rintangan datang menghadap kerane itu petunjuk Allah masih sayang pade kite…

“…usah berpaling diri kerna esok kan terbit sinarmu~ Insya-Allah…”

..
 
Comment by Khai
2006-08-07 17:59:00

thanks for your advice … 🙁

..
 
Comment by ga_thisMiss3
2006-08-15 17:19:00

khai,b strong k!
ol de best!

..
 
Comment by Khai
2006-08-16 13:23:00

thanks ga … 🙁 … mungkin ini balasan dari Allah atas kesalahan yang khai lakukan … :'( …

semoga Allah masih menyayangi hambanya yang hina ini… dan bawalah daku ke sinarmu Ya Allah… hindari aku dari kesesatan dan kegelapan … Amin ~

..
 
Comment by sha
2008-04-05 19:50:45

khai..setiap org ada bahagiannya.kiter kene terima semua dengan hati yang terbuka. insyaAllah, ada sinar yang menanti kiter disebalik awan yang mendung. sha doakan khai tabah dan terima semua sebagai satu pengalaman baru untuk jadi lebih dewasa…

..
 
Comment by ude
2009-02-08 16:53:08

b strong!!

..
 
Comment by she_iema89
2009-05-01 14:24:56

Bukan mudah mematahkan rasa sedih. Bukan senang memujuk hati untuk menerima segala ketentuan. Sekalipun mulut mampu mengungkapkan kata sabar, ketahuilah bahawa hati sebenarnya memerlukan begitu banyak kekuatan untuk membina kesabaran di hati. Dan perkara yang selalu menjadi pertanyaan kita pada masa itu, mengapa semua ini terjadi kepada kita? Kenapa begitu sukar menghadapi kehidupan ini?

Namun ketahuilah di sebalik rasa sedih ini, sebenarnya Allah bakal memberikan kegembiraan kepada kita, dan di sebalik kekecewaan itu Allah bakal memberikan harapan yang lebih baik kepada kita. Kerana kesedihan dan kekecewaan bukan bermaksud kasih sayang Allah telah padam untuk kehidupan kita. Bahkan terus bersama kita. Cuma bagaimana kita cuba untuk menerima ketentuan dan memahami hakikat kehidupan ini.

..
 
Comment by Sukacuka.com
2012-04-23 02:08:46

aku igt cerita pasal puasa..

sabar khai..Allah nak tambah kasih sayang antara kekeluargaan tu..

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post