LUCT-Pressure!!

Apesal sehari dua ni aku rasa macam nak tumbuk orang jer. Memang dari kecil belum pernah tumbuk orang lagi.. Huhu.. tapi bila tension2 dengan assignment ni, kalau dapat tumbuk orang, perghh.. mesti best ek? Tadi baru member Khai bergaduh. Time nak turun lift tadi, ada la yang menahan lift kat tingkat 8. Ada beberapa orang student yang masuk termasuk member Khai, Bigshow. Bigshow ni nama timangan dia kat LUCT ni. Time diorang masuk tu, nampak la kat lobby tinggat 8 tu dah macam ada parti. Ingat diorang buat party like animal. Khai tanye si Bigshow tu, dia cakap ade budak nak gaduh. Tapi dia pun tak tahu siapa. So we’ll buat tak reti je la sebab time tu ngah kebulur nak cari Burger Ayam Special.

Balik je dari makan burger tu terus masuk bilik. Then kawan Khai yang sorang lagi, Zul pon masuk bilik Khai dan ceritakan apa yang dah jadi. Rupernye yang gaduh tu my friend, Zekri atau nama timangan dia, Zack. si Zack ni badannye taklah besar mana, tapi boleh tahan otai plak dia. Dia boleh bantai fight dengan budak senior pulak tu. Bad news nya dia Kalah!!. Even Khai pon agak menyampah dengan senior2 LUCT yang macam bagus ni, tapi takde la sampai nak bertumbuk. Lepas tu Khai terus meluru pergi rumah diorang (37 langkah dari rumah Khai). Masuk je nengok budak yang berkumpul dalam rumah tu ada la dalam 40 orang. Sesak beb!! Tanya budak ni mana Zack, dia pun tunjuk si Zack ni tengah duduk atas meja. Nengok muka memang tengah berasap abis. Badan abis lebam2. Tak tahu la ape nak jadi ngan diorang ni. Nawaitu tu langsung takda nak belajar. Tahu nak gaduh jer. Silap skit mesti nak bertumbuk!! macam takde masa depan jer!!

Ni tadi Khai baru lepas format PC. Sampai dua kali format. 1st time format tu, saja install Vista Tranformation Pack 6.0 .. Sekali failed da.. Ntah apesal ntah. Before tak jadi pon masalah ni. Then format kali ke dua, langsung malas dah try pasal VTP6.0 tu lagi. Silap2 kene format lagi notebook ni nanti. Masalahnya sekarang Khai format guna CD member. Rupanya dia burn CD tu dari CD Windows XP yang original. Alamak hai, tak pasal2 trial je for 30 Days. Anybody tahu cara nak activatekan Windows XP ni, tolong la share yer. Ni nak install software pon dah malas takut kene format lagi je nanti lepas 30 hari. Tak sanggu.. tak sanggup!!

Now Khai gak tengah bangunkan satu projek. Khai nak buat satu web untuk student LUCT meluahkan ketiadakpuasan hati diorang sebagai student Limkokwing University. The-LUCT – Now just host it under scukz.com. Buat masa ni baru siapkan blog untuk web tu. Nanti baru pasang forums dan buat kerjasama dengan krozstream.com, InsyaAllah. Terlalu banyak yang kitorang nak luahkan tentang pressure kehidupan di Cyberjaya ni.

Buat masa ni, boleh usya web tu di domain sementara, http://scukz.com/theluct/ .. Baru siap dalam 10%.. Baru je mula buat semalam. Moga projek baru ni akan berjaya dengan bantuan dan sokongan semua lecturer dan student LUCT. The-Luct bukan di bina untuk menghentam Limkokwing tempat kitorang belajar, tapi disebabkan tiada tempat yang lebih strategik untuk kitorang meluahkan perasaan tanpa berdepan dengan management, kerana itulah wujudnya The-LUCT!! Apapun study kat Limkokwing memang best. Cuma kemudahan yang diorang sediakan terlalu menganggap kesemua pelajar mereka anak2 datuk!! Everything EXPENSIVE there!!

Ditulis pada 4:16 AM 15 February '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 514 views | Dalam kategori: Lain-lain | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

8 Comments »

Comment by zilaso7
2007-02-16 01:34:20

moge niat yg baik akan diberkati….amiiiinn…

mmg website tu utk luahan perasaan negatif je ker…positif camner?

..
 
Comment by aman
2007-02-16 20:30:44

tak pernah tumbuk orang…??? ๐Ÿ˜€ Baik tul… ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜ฎ

..
 
Comment by Khai
2007-02-18 01:07:18

[Comment ID #6046 Will Be Quoted Here]

perancangan asal nak luahkan benda2 yang negatif.. tapi disebabkan kitorang nak promo satu Limkokwing, so terpaksa la kuarkan juga cerita ang positif… actually banyak juga menda yang baik baik kat Limkokwing ni .. happy to be here~

..
 
Comment by Khai
2007-02-18 01:07:37

[Comment ID #6066 Will Be Quoted Here]

ape nak buat… aku ni lembik :))

..
 
Comment by shadowX_19
2007-02-20 13:59:07

hahaha..kesian tak pernah bertumpuk.. aku ni dah lame cuci tgn. dah malas nak bergaduh

..
 
Comment by Khai
2007-02-21 01:58:30

[Comment ID #6256 Will Be Quoted Here]

kalau camtu kita berdua mmg sesuai :-\” untuk bertumbuk… tapi kalau aku tumbuk orang la, tak tahu ape nasib orng tu… siapa lah yang nak cari pasal ngan aku ni… cepat ar skett……. :((

..
 
Comment by xdinx
2007-03-01 10:26:17

[Comment ID #6275 Will Be Quoted Here]

aku!!!! aku!!!!!

..
 
Comment by Khai
2007-03-01 16:32:20

woi din.. kalau dengan ko aku xyah tumbuk.. aku jentik je ko dah nangis. ekkekee :))

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post