Merakam laman blog menerusi Webshot.

Siapa sangka blog ini semalam (ahad) menerima lebih 400 unique hits. Dan semoga prestasi seperti ini berterusan. Lagi hebat sambutan, lagi bersemangat aku untuk berkongsi apa-apa sahaja yang pastinya memberi kelainan kepada semua pembaca. Tiada apa yang diharapkan oleh seseorang bloger, selain mahukan setiap entry yang ditulisnya dibaca dan dikomen oleh pengunjung. Begitu jugalah yang aku mahukan. Suatu sumbangan yang sangat kecil dari kamu semua tapi memberikan seribu kesan kepada blog ni. Jadi kepada pengunjung blog ini, janganlah baca or pandang sebelah mata aje.. Ambil la sedikit masa untuk memberi komen.. Boleh? Lagi banyak kau komen, lagi tinggi nama dan link kau naik dalam list Kaki Komen (bawah shoutbox) di sidebar sana.

webshot1.PNGok.. now aku nak share satu perisian yang amatlah berguna jika kau mempunyai website sendiri. Kalau ada Myspace atau Friendster pun boleh la. Jangan segan untuk mengaku itu website kau kerana kau mempunyai hak untuk mengubah page tersebut, itu bermaka itu adalah website kau sendiri. Berbalik kepada software tadi, ianya adalah sebuah software yang mampu merakam keseluruhan website kau. Namun jika kau menggunakan Firefox, tak perlu gunakan software ini, di bawah nanti aku akan berikan link untuk add-ons Firefox. Jika kau mempunyai blog yang panjang dan perlu di-scrool beberapa kali untuk tiba di footer, adakah mungkin kau mampu untuk merakam keseluruhan blog itu menggunakan fungsi Print Screen atau Snipping Tool (melengkapi Windows Vista) untuk keseluruhan blog tu? boleh tu memang boleh kerana aku pernah lakukannya suatu ketika dulu. Tapi semua orang tahu, itu satu kerja yang menyeksa diri sendiri. Macam aku dulu, masa tu perisian ni belum wujud lagi.. Aku Print Screen satu satu kemudian Crop dan merge-kan guna Paint.. Hah!! kelakar nya lah plak kalau fikir balik..

So dengan adanya software yang diberi nama oleh mak bapak dia sebagai Mohd Webshot bin Jamil, kau tak perlu lagi bersusah-susah macam aku tu.. Mungkin selepas ini, jika ada sesiapa yang lakukan begitu, jom sama-sama kita panggil dia orang gilak!! huhuhu… So meh sini aku ajar cara guna Webshot ni.

webshot_blogaku.PNGKau kene la download perisian dia dulu.. Click Sini. Install macam biasa. Interface Webshot ini boleh aku katakan tersangatlah ringkas dan friendly. Fungsinya dilengkapi lima kategori iaitu Single, Multiple, Image, Browser dan Process.

Untuk fungsi single, kau boleh merakam keseluruhan page (yang terpapar di monitor) sesebuah website dengan mudahnya. Hasilnya kau boleh lihat sendiri di tepi tulisan ini. Itu adalah halaman blog ini sendiri. Fungsi Multiple pula jika kau mahu merakam beberapa website sekali gus. Fungsi Image pula digunakan untuk memilih beberapa ketetapan image rakaman. Fungsi Browser juga dianggap penting kerana boleh mempengaruhi rakaman image yang terhasil. Webshot akan menggunakan Internet Explorer untuk merekod sesebuah website. Ini bermakna jika website anda kelihatan Messy semasa diview di dalam Firefox, hasil yang akan anda dapat juga akan kelihatan messy. Akhir sekali kategori Process yang digunakan untuk menetapkan rakaman sesebuah laman web.

Paling seronok, ianya percuma. Tapi kalau nak lagi macam-macam kelebihan dan kau rasa kau dah cukup kaya untuk belanja aku sekali, jangan segan silu untuk Purchase.. Nampaknya selepas ini, button Prt sc (Print Screen) di keyboard kau tu pasti akan bersih tanpa daki kerana kau tidak akan perlu menggunakannya lagi.. Selamat mecuba.

Ini adalah link website perisian ini: http://websitescreenshots.com/

pearl-crescent.gif

Untuk pengguna setia Firefox, just download add-ons untuk firefox: Pearlcrescent. Thanks for commenter.

Ditulis pada 1:55 AM 9 July '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 403 views | Dalam kategori: Lain-lain | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

25 Comments »

Comment by wenkt
2007-07-09 11:16:23

menarik.
terus download…

i love this
cepat letak harga, nanti aku decide nak beli ke tak…

..
 
Comment by wenkt
2007-07-09 11:18:59

aisyeh.. kuar bendera malaysia.. biasanya bendera france.. heheh

..
 
Comment by Khai
2007-07-09 13:13:33

memang best software ni. saiz kecik… tapi fungsi gile kentang.. ehehehe

..
 
Comment by gurl life
2007-07-09 13:55:33

cyg…nak jugak, nak jugakkkk

..
 
Comment by Khai
2007-07-09 14:03:02

[Comment ID #10761 Will Be Quoted Here]

lorh.. donlod je la.. takkan nak khai post kot software ni.. hakhaks….

..
 
Comment by bobhandburry
2007-07-09 18:28:00

software yg bagus

..
 
Comment by rokudaime_jr
2007-07-09 18:58:10

Waaa….bagus ar software ni…Trimas ar khai…..Chayok2…..

..
 
Comment by shadowX_19
2007-07-09 20:09:00

menarik gak.. tapi aku lagi minat gunakan photoshop sbb leh edit terus….

..
 
Comment by Khai
2007-07-09 21:21:12

hadi.. photoshop boleh ke amik screenshot whole page macam tuuu… huhu.. amik pakai menda ni dulu, baru masuk dalam kedai gambar (photoshop le tu) … kan?

..
 
Comment by Bat
2007-07-09 23:05:42

aku guna plugin firefox untuk buat kerja nih..hehe..dah lupa nama dia..sangat berguna screen captor nih..

..
 
Comment by flisterz
2007-07-10 00:32:31

aah aku pn same cam Bat guna firefox add on. name die PearlCresecent.

usha kat sini http://pearlcrescent.com/products/pagesaver/
amik yg free tu ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Khai
2007-07-10 01:58:19

[Comment ID #10780 Will Be Quoted Here]

wah.. thanks.. khai dah try.. ternyata lebih cool beb.. hahaha…

..
 
Comment by shadowX_19
2007-07-10 10:46:46

hoho.. tau takpe… firefox ni byk extension yg berguna… so sesape yg masih menggunakan ie tu sila2 la bertukar ke firefox…

..
 
Comment by Khai
2007-07-10 10:55:21

[Comment ID #10787 Will Be Quoted Here]

best gak firefox ni even dia x de fungsi yg best2 macam kat maxthon…

..
 
Comment by musnazdotnet
2007-07-10 11:26:10

fuyo…. ada jugak menatang macam ni ek… hmm, nanti lah guna bila web saya dah power kelak, tq

..
 
Comment by Wizurai
2007-07-11 00:08:35

aku guna fastone capture… best jugak…
http://www.wizurai.com/2007/jom-lakukan-screen-capture.html

..
 
Comment by shadowX_19
2007-07-11 00:16:15

ape yg menarik kat maxthon nie..? aku pelik tul la.. aku tak minat a pakai maxthon…

..
 
Comment by Khai
2007-07-11 00:38:32

tapi plugin firefox yang flisterz bagi tu mmg berguna dan best.. kejap je dia buat screenshot.. bukan cam yg lain… huhu…

neway acul, sungguh.. besr firefox.. nak bukak new tab, just click and drag je link tu.. kat firefox takde pon. leceh..

..
 
Comment by daya.qiela
2007-07-11 21:42:31

best la software ni..hehe..
cun la!

..
 
Comment by Khai
2007-07-11 23:38:04

[Comment ID #10849 Will Be Quoted Here]

tapi kalau pakai addons firefox tu lagi best….. percayalahhh…

..
 
Comment by Rjuna
2007-07-12 00:19:12

Salam perkenalan Khai

lama aku cari software print screen penuh ni, webshot rupanya nama dia, thanx

..
 
Comment by Khai
2007-07-12 02:54:23

[Comment ID #10851 Will Be Quoted Here]

hi.. salam perkenalan.. rezeki kita ntuk berkenalan di sini… yeah.. dapat sorang lagi kawan baru.. hehehe

..
 
Comment by XecNa
2007-07-12 23:11:55

wah.. bgs software ni. mesti dload.. thx =)

..
 
Comment by haha
2008-12-05 12:15:37

wahh.
.

..
 
Comment by d|n
2009-09-05 02:09:54

kene try ni..cambes je..hehe

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post