Vacancy The Movie

no-vacancy.gif
Seperti biasa diwaktu orang lain sedang nyenyak tidur ditemani mimpi yang indah-indah, jari jemari aku akan pantas menari-nari di papan kekunci. Aku akan menulis sebuah entry baru dengan harapan pengunjung yang datang ke sini nanti akan mendapat sedikit informasi dari blog ini. Minggu ini aku mengambil keputusan untuk menulis entry baru setiap hari secara konsisten. Aku akan publish setiap entry yang aku tulis tu dalam jam 1 pagi hingga 3 pagi. Itulah saat di mana aku berasa tenang dan selesa untuk memberikan sesuatu untuk kau semua. So kepada semua pengunjung, harapan aku agar kau juga dapat membaca entry aku secara konsisten setiap hari. InsyaAllah, setiap hari, ada sahaja hidangan untuk kau baca. Makan tak boleh lah ye. Hehe.

VacancyEntry aku untuk kali ini ialah mengenai sebuah filem yang akan menggergar pawagam negara kita tidak lama lagi. Disaat bloggers lain sibuk membuat review mengenai filem Harry Potter yang merepek itu, aku tidak mahu membuang masa kau untuk membaca lagi entry yang lebih kurang sama. Aku ingin memperkenalkan dengan filem yang dijangkakan lebih thrill dan menarik dari Harry Potter iaitu filem Vacancy. Aku menonton trailer filem ini sewaktu menonton Transformer di TGV, Suria KLCC beberapa minggu lepas bersama Nieza. Trailer nya sahaja sudah cukup membuatkan bulu roma aku berdiri setinggi KLCC (penipu tak ingat). Bukan aku sahaja yang merasa bahananya, tetapi juga untuk semua mereka yang ada di panggung itu. Buktinya mereka mengeluh selepas menonton trailer itu kerana yang keluar adalah “cooming soon” dan bukannya tarikh filem ini ditayangkan. Ada juga yang berbisik sesama sendiri mengatakan filem ini best.

Vacancy menerima sentuhan sepenuhnya dari Nimród Antal. Nama beliau bukan lagi asing untuk peminat filem thrill. Antara pelakon yang menjayakan filem ini adalah seperti Luke Wilson, Kate Beckinsale, Frank Whaley, Andrew Fiscella dan Dale Waddington Horowitz. Hakikat yang perlu kita terima apabila menjadi rakyat Malaysia adalah sering lambat menerima kemasukkan filem-filem baru dari Hollywood. Nak keluarkan filem dah la susah, nak masuk pon susah.. Hish!! Filem ini sebenarnya sudah ditayangkan di Eropah bulan April lalu. Tapi tidak mengapalah, kita sudah biasa. Internet mahal tapi lembap, harga minyak tinggi tapi gaji susah naik, tol mahal tapi jalan macam bulan dan macam-macam karenah birokrasi lagi memang sudah biasa untuk rakyat Malaysia seperti aku dan mungkin juga kau bukan?. Filem ini akan ditayangkan di negara ini pada 19 Julai 2007 ini.

Aku akan berikan Sinopsis filem ini secara ringkas. Pada suatu malam, kereta yang dipandu David Fox (Luke Wilson) bersama pasangannya Amy (Kate Beckinsale) telah rosak dan itu telah memaksa mereka bermalam di sebuah motel. Di dalam bilik sewaan mereka yang agak menyeramkan, David telah memasang beberapa video tape yang ada di situ. Namun apa yang terkandung di dalam video itu adalah scene yang sama iaitu seorang wanita dibelasah dan dibunuh dengan kejam beberapa orang lelaki. Apa yang menariknya, David dan Amy terkejut apabila melihat tempat di dalam video itu adalah bilik sewaan mereka. David mencari tempat letaknya kamera seperti yang merakam scene diddalam video tape itu. David terkejut apabila dia betul-betul menumui sebuah kamera yang masih hidup sedang merakam mereka berdua. Baru David dan Amy menyedari yang mereka berdua adalah mangsa seterusnya untuk bilik itu.

Amacam? Ok tak sinopsis tu? So jom la sama-sama ke pangung wayang menonton filem ini. Aku memang tak sabar-sabar lagi untuk menonton. Ahh, persetankan filem Harry Potter kerana aku bukan budak-budak lagi menonton cerita tahyul seperti itu. Tak masuk dek akal. (ini kata-kata orang yang tak minat Harry Potter.. haha)

Vacancy Official Website: http://www.sonypictures.com/movies/vacancy/
Kau boleh nengok trailer-nya di sini.

Ni ada wallpaper Vacancy menarik untuk Kau. (right click & save target as)
Vacancy Wallaper from Scukz

Ditulis pada 3:36 AM 10 July '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 355 views | Dalam kategori: Lain-lain | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

24 Comments »

Comment by rokudaime_jr
2007-07-10 07:35:15

Pergh….baru baca sinopsis dah menyeramkan ar bro……Chayok…..next movie citer ni ar aku gi tgk kat wayang….nak layan die hard…aku bukan die hard sgt pon ngan die hard….wakkakakkakakkak….Apa2 pun…teruskan update bro….adess..aku jek x update lagi nih….Tunggu….

..
 
Comment by Khai
2007-07-10 07:58:30

[Comment ID #10782 Will Be Quoted Here]

best ke die hard tu ek? cam x berapa nak menarik perhatian je.. ape pon enjoy ur momment la at panggung.. hohoho…..

..
 
Comment by gurl life
2007-07-10 08:50:35

ahaaa…nieza nk tgok citer ni nnt…tkutkn cyg……nnt kiter g tgok ehhhhh cyg ehhhhh

..
 
Comment by Khai
2007-07-10 09:36:58

[Comment ID #10784 Will Be Quoted Here]

mestila kita gi nengok nanti.. tp camne ek.. kene kuar sabtu ahad la kan…. mmm.. nanti khai booking…

..
 
Comment by shadowX_19
2007-07-10 10:45:04

oh citer ni… aku ade tgk trailer die. memang syok n mendebarkan… part paling best time kat dlm bilik tu.. yg die tgk tape pasal org pompuan kene rogol n pastu kene bunuh kat tilam yg die gh baring.

moral citer ni sila berhati2 ketika di dalam motel atau dlm hotel sbb mane la tau ade kamera yg sedang mengskodeng anda

..
 
Comment by musnazdotnet
2007-07-10 11:09:27

Wah ha ha… gaya bahasa khai amat mencuit hati lah! Macam psiko pon ada, hu hu 😉 syabas!

emm, citer sebegini, saya tunggu dvd cetak rompak je lah!

..
 
Comment by Khai
2007-07-10 12:22:38

[Comment ID #10786 Will Be Quoted Here]

huhu… nasihat yang sungguh lah berguna dari acuk, ketua kaki skodeng malaysia.. wakakka…

[Comment ID #10789 Will Be Quoted Here]

adehs.. tercuit plak hati dia ek.. nasib x tercabut ke ape.. hehe… ala bro muz, orang dah ada anak, mana ada chance nak nengok wayang dah…. redha je la… hehehehe… nanti anak dah besar baru gi nengok taw..

..
 
Comment by shadowX_19
2007-07-10 13:09:01

ceh… siot je.. sejak bile aku jadi kaki skodeng lak…

..
 
Comment by Khai
2007-07-10 13:24:06

[Comment ID #10800 Will Be Quoted Here]

alamak.. sorry bro.. terkantoi rahsia ko… sorry sorry.. aku janji akan keep rahsia tu baik2.. anggap je aku x pernah tercakap perkara tu… and ko anggap je aku dah lupa ape yang aku nampak bila ko skodeng si zetty aritu…

kekekeke…..

..
 
Comment by shadowX_19
2007-07-10 15:42:21

takde kojo den nak skodeng minah tu.. tak dpt ape pun… baik aku skodeng nieza. ade gak paedahyer.. harharharhar

..
 
Comment by medic_khai
2007-07-10 15:54:39

x pernah dgr pn cerita nii ….
adew kew kat dlm TV …..

..
 
Comment by Bat
2007-07-10 16:19:40

Lepas baca sinopsis tu macam seram..huhu..Tapi aku nak tgk transformer dulu..

..
 
Comment by Khai
2007-07-10 17:20:14

[Comment ID #10802 Will Be Quoted Here]

ngeeee.. siot.. faedahnye ntuk aku sorang je la… hehehe….

[Comment ID #10803 Will Be Quoted Here]

ape plak dalam tv.. kat panggung wayang le cik khai no 2 oi …

..
 
Comment by azmie
2007-07-10 20:26:57

luke wilson? yg adik beradik ngan owen wilson ek? biasa aku tgk depa ni belakon citer kelakar ajer…tgk ler camner nt biler belakon dlm citer thriller lak…

..
 
Comment by Khai
2007-07-10 20:59:37

[Comment ID #10806 Will Be Quoted Here]

HAAH… big brother kepada owen wilson

..
 
Comment by Khai
2007-07-10 21:07:01

[Comment ID #10804 Will Be Quoted Here]

nak nengok transformer? dah dekat nak penghujung dah bro.. cepat cepat…. hehehe..

..
 
Comment by manchurr
2007-07-10 23:00:11

cayalah! lepas Love is Cinta.. citer Vacancy lak!! hehehe mcm best je cite nie..

..
 
Comment by Khai
2007-07-10 23:21:30

[Comment ID #10809 Will Be Quoted Here]

HADOI man.. buang la cerita love is cinta tu dari senarai… huhu..

..
 
Comment by shadowX_19
2007-07-11 00:12:14

hahaha… takpe2. skit hari nanti dpt a aku awek baru…

..
 
Comment by Khai
2007-07-11 06:31:00

acul.. nnt leh kenal2kan kat aku kan awek baru ko tu… x sabarnye.. kita main tukar2 awek nak? borakk borak je.. bukan tukar ape.. huhu

..
 
Comment by manchurr
2007-07-11 11:31:24

lol.. minggu ni xtau nak tgk cite ape.. Love Is Cinta la hehehe

..
 
Comment by Khai
2007-07-11 12:43:49

[Comment ID #10832 Will Be Quoted Here]

elehs!! ALASAN.. sapas x kenal Manchurang!! mamat terjiwang di abad ini.. takpe la .. layan jer… awek nye pasal kan bro? hehe

..
 
Comment by pitt
2009-03-12 23:27:30

Khai,
rasa²nya dah kuar no vacancy 2. try check……huhuhuhu :p

..
Comment by Khai
2009-03-13 02:11:16

pitt… ni entri 2 tahun lepas.. fooresure dah keluar n i dah pun nengok. hehehe. 😉

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post