Kill Me Softly

tak_reti_reti.jpg

Untuk beberapa hari dah aku tak dapat nak upate blog ni. Banyak sangat halangannya. Beberapa hari lepas, aku tak boleh access domain Scukz.Com .. ada kemungkinan IP di blok oleh pihak Broadband.. tapi lepas aku email dia, esok je terus dapat masuk balik. Syukur betul.. Kemain lagi diorang. Aku bayar mahal-mahal, diorang suka suka nak kawal website apa aku nak masuk. Ntah ape ape..

Bila dah boleh access website ni plak, aku pula yang takde masa nak update. Busy siapkan assignment Business Plan untuk semester 3 lepas. Baru tadi aku present. Hurm.. aku puas hati coz penat lelah aku untuk beberapa hari ni dah terlaksana. Lecturer sampai tepuk tangan lepas group aku present. Group lain diorang buat muka bosan je. Haha!! Moga group aku dapat result yang power la.. Amin..

Hurmm.. satu yang baru aku perasan, rokok baru naik harga ye? takda la baru sangat, tapi aku nengok member-member aku kat hostel ni dah cukup banyak mengeluh sebab abis duit untuk rokok. Ye lah kalau dah sehari habis sekotak rokok (20 batang) RM8.20, kau darabkan sendiri dengan 30 hari. Kau yang tak merokok tak boleh nak salahkan si perokok ni sebab bangang abiskan duit untuk rokok. Cuba kau berada di tempat si perokok tu? Aku tahu camana rasanya menjadi seorang perokok sebab aku berani mengambil risiko menjadikan diri aku sebagai bahan ujikaji beberapa bulan lepas sebagai seorang perokok. Aku hairan dan aku ingin mencuba (kau jangan tiru aksi ini). Tidak aku nafikan, rokok membuatkan otak kau tenang, idea kau mencurah-curah mengalir dan menghilangkan rasa tekanan yang ada. Tapi itulah, kalau dah namanya rokok, kau mesti ingat yang duit kau juga mencurah-curah mengalir dan badan kau pasti binasa.

cigaratte_by_govind.jpg

Jika kau seorang perokok, ada kau amik tahu apa kandungan yang kau sedut hari hari dan setiap masa tu? Kau tahu tak lebih dari 4,000 kimia terkandung dalam asap rokok dan majoritinya adalah toksik (toxic). Tar, karbon monoksida dan nikotin adalah tiga bahan utama dalam asap rokok yang mengancam kesihatan terutama kerosakan sama ada melalui pertukaran gas atau sistem kardiovaskular (cardiovascular system). Percampuran antara karbon monoksida dan haemoglobin (sel darah merah) membentuk carboxyhaemoglobin menyebabkan kuantiti oksigen disalurkan ke dalam darah berkurang 5 – 10 peratus. Lemas lah darah kau takde oksiden.. Hehe. Nikotin yang diserap oleh darah yang mengalir ke otak dalam beberapa saat sahaja mengakibatkan garis pusat (diameter) arterioles mengecil. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan degupan jantung menjadi lebih pantas dan tekanan darah yang tinggi. Oleh kerana saluran oksigen ke seluruh badan menurun, kesannya metabolisme terjejas dan aktiviti-aktiviti sel-sel badan juga turut terganggu. Habuk-habuk kecil dari asap rokok boleh menjejaskan saluran pernafasan kau dan membuatkan kau terbatuk-batuk macam ungka dan apabila berterusan, alveoli dalam paru-paru mengembang dan kurang elastik, mengakibatkan kebolehan menyerap oksigen dan mengeluarkan (extract) karbon dioksida dari badan terjejas dan kurang memuaskan, keadaan yang dikenali sebagai emphysema.

Kandungan lemak yang tersimpan di bawah arteri meningkat terutama arteri koronari dalam jantung menyebabkan saluran darah ke jantung menyempit, akibatnya serangan penyakit jantung (coronary heart disease) boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Penampilan seorang perokok juga menjadi kurang menarik akibat giginya yang menguning dan menjadi buruk serta bau nafas juga kurang menyenangkan. Lari la cewek-cewek yang kau nak usya tu. Bau asap rokok juga kurang disenangi oleh masyarakat. Asap rokok memedihkan mata menyebabkan mata menjadi merah dan berair. Orang lain pula yang jadi mangsa ye.. mata kau tak pedih plak? tak acik!!

Paling menyedihkan, jika kau sudah berkhawin dan mempunyai seorang isteri yang malang kerana hari hari terpaksa menghidu asal rokok kau. Kau marah sebab anak kau bengap? jangan marah dia.. dia tak bersalah. kau yang bengap sebenarnya. Asap rokok kau sendiri telah menjejaskan janin yang isteri kau kandungkan. Anak yang dilahirkan mesti kurang pintar, kurang berat badan, kelahiran sebelum waktunya (premature) dan berisiko tinggi mengalami kematian dalam kandungan. Ingat, jangan marah anak kau jika anak kau asib kantoi je bila exam!! kahkah..

Actually, aku tahu rahsia kerajaan maybe sebab aku ni FBI kot? haha.. Kerajaan kita target nak jadikan rokok sebatang RM1. Maknanya, harga rokok akan terus naik sehingga satu kotak 20 batang menjadi RM20 dan kau takkan dapat lihat lagi rokok 14 batang dijual di kedai. Semuanya 20 batang sahaja. Dan time itu, aku dapat bayangkan, si perokok tegar sudah berani pecah rumah orang semata-mata nak dapatkan rokok.. dah gian macam dadah pula yer? Itulah dia idea bijak dari sapa entah yang kononnya, naikkan harga rokok akan membuatkan orang berhenti merokok. Kau ingat kaki perokok ni peduli? bila dah sekotak RM20 pon nanti, rokok pasti akan terus dibeli dengan laris. Si perokok ni dah anggap rokok ni lebih dari nasi. Kau bayangkan jika kau dah lapar nasi, mahal camana pun nasi tu, kau tetap beli sebab kau dah lapar.

Senang cakap rokok akan bunuh kau dengan cara lembut. Macam belaian seorang awek kepada pakwanya. Haha!! Rupanya, dalam diam kau membunuh diri kau sendiri.. dengan cara yang sangat lembut.. Kesian..

Erk! Panjang plak aku menulis ek.. takpe la.. lama tak update nye pasal!! Ape pon aku nak kau semua tahu, aku sayangkan Nieza dan aku pasti akan berkhawin dengan dia. Aku takkan merokok sebab aku sayangkan dia dan anak aku yang bakal ada nanti.. Biar dia genius cam bapak dia.. kakakaa..

Ditulis pada 3:27 PM 26 July '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 428 views | Dalam kategori: Istimewa, Lain-lain | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

26 Comments »

Comment by ntsmokers
2007-07-26 15:44:16

fuck isap rokok..huh

..
 
Comment by rokudaime_jr
2007-07-26 15:45:28

Waaa…artikel pasal rokok..Bagus2…hahhah…even aku ni pon perokok…tp..xde ar tegar mcm sesetengah orang…still leh control….Aku cume isap rokok biler aku tgh ada masalah…itu pon…x penahnye abis sekotak..kadang2…sebulan baru la abis rokok 20 btg tuh…HAhahha…Still on usaha nak berenti..Adess…Aku start pasal pompuan..dan aku akan berenti gak pasal pompuan & niat sendiri utk berenti..
Hahahahahaha….

..
 
Comment by kusanagi-j
2007-07-26 15:47:42

bertuahnya diriku apabila tidak merokok huehuehue

..
 
Comment by killer
2007-07-26 15:51:41

senang cakap rokok akan bunuh kau dengan cara lembut. Macam belaian seorang awek kepada pakwanya. Haha!! Rupanya, dalam diam kau membunuh diri kau sendiri.. dengan cara yang sangat lembut.. Kesian..

hahahahaha
lawak betui statement nie

..
 
Comment by musnazdotnet
2007-07-26 16:03:57

dah lama tak baca post khai, bila khai post panjang pon adalah sangat tak terasa kepanjangannye, kejap baca je, dah abis! syabas! syukurlah khai tak merokok rupernye… dan kepada roku! aku sentiasa ada di sisimu untuk membantu kau berhenti terus daripada mengisap haram jadah itu, ho ho. Ingat, rokok tak sesuai sgt dengan org macho, jiwang dan genius. kau memiliki kesemua ciri-ciri itu, but, why!? why roku!? oh…. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by musnazdotnet
2007-07-26 16:11:54

oh, lupa pulak, (sori ek, post lagi)btw, tahniah di atas kejayaan khai sekumpulan membuat presentation dengan best, ku doakan keputusan cemerlang menanti mu…. he he

..
 
Comment by Khai
2007-07-26 16:30:54

haha… lawak ek? gelak ar kuat2.. ngee….

..
 
Comment by Khai
2007-07-26 16:34:45

[Comment ID #11077 Will Be Quoted Here]

hakhak!! thanks bro!! doamu insyaAllah dimakbulkan oleh Tuhan.. hihihih ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by gurl life
2007-07-26 17:57:46

cygg….i love u so muchhh!!!! xder saper dpt mmisahkan kiter lg cygg….biar ape org nk ckpp, nieza ttp bsama cyg…..nieza janji!!!

p/s: perlu ke isap rokok?????????

..
 
Comment by zilaso7
2007-07-26 21:25:50

katakan x nak pade rokok…ceh patriotik sungguh….mmg btul la kate ko khai…rokok ni cam nasi…klu dah “lapar”..mesti cari nyer….

..
 
Comment by shadowX_19
2007-07-26 22:25:05

huhu.. dgn hampehnyer aku mengaku diriku seorg perokok.. memang susah nak benti. tapi tu a. rokok ni la jadi peneman aku time susah.. ape nak watkan… dah terjebak… tapi anyway aku rase bersyukur gak sbb tak terjebak cam kwn aku. dadah n ganja sume layan. alhamdulillah la gak…

p/s : lame aku tak update blog aku. takde idea a nak tulis ape.. huhuuh

..
 
Comment by Khai
2007-07-26 23:07:55

@zilaso: hehe.. elakkan orang kita ni dah x makan nasi… rokok je hari hari.. pastu mati kelaparan takde duit nak beli beras.. hehehe..

@shadowx: betul la tu.. elok la lagi amik rokok dari ganja dan dadah kejadah tu sume.. lagi bahana badan! x leh blah siot..

neway bro, ko update je la ape ape.. ko mencapap je.. time mencapap tu ada la idea.. cam aku buat.. hahaha..

..
 
Comment by teena tomei
2007-07-27 00:17:24

khai bengong…hahahahaha..ayah aku pun isap rokok gak..degil nak mampus.xnak berenti walaupun penah dapat TB…emmmm…rokok patut diharamkan..nasib baik pakwe aku tak isap rokok…hahahahahaha

..
 
Comment by aarin
2007-07-27 10:01:37

Gud luck utk presentation yer..dah lama tak buat group presentation, rasa rindu lak

anyway..tahniah kerana tidak membuatkan anda terikat ngan rokok..walaupun pernah mencuba tapi berjaya menghindarinya…

..
 
Comment by Khai
2007-07-27 13:04:12

[Comment ID #11086 Will Be Quoted Here]

pakwe ko x isap rokok.. dia isap ganja je.. kakaka.. jgn mara ye tina.. gurau jerk… (tina is my class mate at luct)…

[Comment ID #11087 Will Be Quoted Here]

thanks…

..
 
Comment by pat
2007-07-27 22:55:50

eleh khai…ko pown isap rokok kan…ngeeeee ๐Ÿ™‚ hahaha kantoi….

..
 
Comment by Khai
2007-07-28 00:35:18

[Comment ID #11090 Will Be Quoted Here]

mana ada la.. dulu tu aku just research.. skang ni mana ada dah…. sorry sket..

..
 
Comment by draxter
2007-07-28 22:50:32

Ye ye, semakin mahal harga rokok tu semakin kaya la sesetengah orang, selupan pun makin berleluasa. Yg penting aku tak hisap, best

..
 
Comment by alin
2007-08-02 15:26:27

perlukah rokok dlm hidup ini wahai sahabatku, khai..kalau sygkan org t’syg,control sikit merokok tue eh..silap2 nyawa melayang..faham2 jelah ok.

..
 
Comment by Khai
2007-08-03 14:00:05

[Comment ID #11100 Will Be Quoted Here]

haha.. betul tu.. sebenarnye harga rokok naik x effect pon pada si penghisap rokok..

[Comment ID #11178 Will Be Quoted Here]

ye la ustazah alin.. hehehe… ape yg ko nampak tu, just research.. aku mana merokok la.. ape da… huhu…

..
 
Comment by alin
2007-08-04 11:30:27

nak tipulah tu..yg kau g merokok dpn aku tu pebende nyer..sesedap rs je panggil aku ustazah..x suke..x suke..x suke..

..
 
Comment by gurl life
2007-08-04 11:50:17

hahahahha….alin. ko wat kantoi jer……nasihat lg byk kt khai tuh lin. dia xtahu yg risiko org yg tsedut asap rokok ni lg tinggi….silap2 kiter yg mati dlu alin….kwang3

..
 
Comment by alin
2007-08-04 14:08:35

btl ckp niza tuh..org lain yg hisap rokok,org lain yg dpt penyakit…hehehe

..
 
Comment by Khai
2007-08-04 16:34:20

uwaa…betul la.. aku x merokok.. ko nampak tu skali je.. cuba cuba. kan ade member aku tu… takde maknanya nak merokok.. ape la.. heehe

..
 
Comment by pat
2007-08-04 16:52:12

ala wei..mane ade khai isap rokok la…cets tak caye aku die isap rokok huhuhu..

..
 
Comment by Khai
2007-08-04 21:20:23

hahh… pat mmg kawan sehidup semati aku.. dia je yang mengenali diriku ini.. hihi

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post