Bad day versus Nice day

twisted_v_day_by_spleef.jpg
Dua hari lepas aku ke Hospital Tengku Ampuan Rahimat (HTAR), Klang. Siapa tak kenal HTAR ni, tempat di mana baru-baru ini menggemparkan Malaysia dengan kesilapan doktor bangang salah kasi cecair kat seorang bayi yang menyebabkan tangan bayi tersebut terpaksa di potong. Bangang macam tu pun boleh jadi doktor? Aku ke sana untuk melihat wajah bayi yang dinanti-nantikan oleh semua kaum kerabat Abu Hassan bin Iris dan Khatijah Hj Abd Manap. Untuk pengetahuan semua, ini anak pertama kepada abang sulong aku dan anak saudara aku yang ke-5. Along aku sudah berkhawin selama sembilan tahun. 1 Ogos haritu ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-9. Berkat doa semua, kesabaran dan usaha mereka, akhirnya Alhamdulillah, mereka di kurniakan cahaya mata perempuan pada Jumaat lepas (10 ogos 2007). Tahniah Along!

baby-along.JPG
Nama diberi Safiyah Husna Bt. Mohd Khairudin. Semoga Husna menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada ke-dua ibu bapa. Kesian aku lihat akak ipar aku. Asyik mengerang kesakitan dek kerana kesan pembedahan. Akak ipar aku tu tidak melahirkan Husna secara normal mungkin kerana ini anak mereka yang pertama selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga bersama abang aku yang tercinta. Aku ingin ceritakan gembira ini semalam, tapi apakan daya Internet Provider kat Desaria Villa ni memang hampeh! Nama sahaja macam bagus, Go Lightspeed. Tukar je la nama tu jadi Go Lightspeed to Hell! Aku rasa ianya lebih sesuai menggambarkan service buruk mereka. Kau tahu sudah berapa banyak email yang aku hantar kepada mereka bertanya mengenai masalah kelembapan dan server yang hadir? kau rasa berapa banyak yang mereka reply? ya, tepat sekali satu pun tak balas!!

Semalam aku tidak ke kampus dek kerana lecturer ada hal dengan Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Subjek best pula tu, Hish! Internet pula problem dan tak pasal-pasal aku menjadi seorang kaki games yang baru nak kenal apa itu Need For Speed Most Wanted dek kerana kebosanan. Haha. Kadangkala aku terfikir, lebih baik di sini tiada langsung perkhidmatan internet di sini, sekurang-kurangnya aku tidak terdedah kepada risiko sakit jiwa kerana kelembapan connection yang super hebat!

advertlets-tipoo.jpg
Oh! aku dah tebus RM100 dari Advertlets bulan lepas tapi mengapa statusnya masih unpaid ye? kau tahu kenapa? Jika Demographic Result aku masih belum mencukupi, apakah guna 601 votes itu? Advertlets, dont play play drama melayu please.. just give me my money as your promised! Kepada Nuffnang pula, kau memang zalim sebab kasi duit bila orang klik iklan kau padahal semua orang yang masuk ke blog akan nampak iklan dari kau dengan jelas! Aku juga seperti blogger lain, tunggu sahaja masanya untuk meng’nyah’kan dirimu dari blog ini. Kalau iklan TV mengikut trend begini, sudah tentu stesen TV tersebut akan dapat duit bayaran dari pengiklan lepas penonton berikan feedback untuk iklan itu atau beli produk tersebut.

Kau takut sama hantu tak? aku tak takut malahan masa semester 1 dulu di hostel lama, aku pernah menjadi ketua seekers mencari hantu kerana ingin sangat tahu bagaimana rupa makhluk ciptaan tuhan itu dan aku teringin sangat untuk melihatnya secara berdepan. Asyik melihat gambar-gambar sahaja. Jika kau ingin lihat, kau klik di sini. Tapi tolonglah jangan kacau aku sebab aku nak lihat je bukan nak di kacau. Tapikan, aku takut dengan semut. Esok aku akan membuat sedikit research mengenai semut dan aku akan beritahu mengapa aku takut semut. Apa jenis penyakit la ye aku ni?

02:54AM

Ditulis pada 2:01 AM 14 August '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 430 views | Dalam kategori: Daily Craps | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

16 Comments »

Comment by gurl life
2007-08-14 09:30:33

waaaaa….tomel nyer husna ni cygg….ades geramzzzz….nk dokonggggg!!!

..
 
Comment by alin
2007-08-14 11:48:26

eee..comel bangat anak sedara kamu ya..geram nyer..secomel name nyer jgk..semoge menjadi anak yg solehah..kwang3

..
 
Comment by mohdismail
2007-08-14 17:30:34

hehe.. pasal adevrtlets tu, kalo ko mintak payout bulan lepas (19/7) dia akan dtg area sebulan kemudian.. jangan risau.. advertlets pasti bayar ๐Ÿ™‚ aku jamin.. ha ha

*Rumpun 2007 juga di’sponsor oleh Advertlets, so, Advertlets Rocks!

..
 
Comment by csankai
2007-08-14 18:51:14

hari ni. 14 hb cukup sebulan sehari aku wat cashout..bayang pun tak nampak nie…entry pasal cashout pun tarak lagi nie…ehehehhee..

..
 
Comment by IcedNyior
2007-08-14 19:52:27

since ko dah cash out duit, belanja lah masa gath rumpun tu..hehehe ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by Josh Lim
2007-08-15 00:23:21

Hi Khai, seperti Mohd Ismail kata, cashout period adalah 1 bulan, oleh itu, kalau anda cashout di bulan Julai (walaupun cashout pada 1 Julai, 30 Julai atau 15 Julai), kamu tetap akan menerima cheque anda pada bulan Ogos. Ini adalah kerana kita memproses cheque dengan serentak setiap bulan.

Sila rujuk kepada Sistem Advertlets Support jika ada lebih soalan. Terima kasih!

http://www.advertlets.com/support/index.php?_m=knowledgebase&_a=viewarticle&kbarticleid=46&nav=0,2,3

Jumpa semua anda di Rumpun! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Khai
2007-08-15 00:34:42

@mael: hehe.. thanks for da info…. advertlets mmg rawk.. betul2 menambat hati… cewah..

@csankai: sama2 la kita menanti dengan penuh kesabaran..

@icednyior: ala.. ape plak.. kan dah advertlets sponsor… takpe ar, advertlets belanja tu, anggap je la khai lanje.. hehehe..

@Joshlim: WOW? u know what.. femous people visited my blog.. hehe.. thanks josh lim for the info.. sorry ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by rokudaime_jr
2007-08-15 10:05:35

Waa…comelnya anak buah ko khai..Kat klang lak tuh….Hahhahha….tempat lepak aku…Huhuhuhuh….anyway….congrates to ur brother….lama dia nak dpt buah hati pengarang jantung….Hhehheh…Anyway….jumpe nanti kat Rumpun07…

..
 
Comment by pat
2007-08-15 15:55:46

alolo…. tomei nye anak sedare khai…..

..
 
Comment by gurl life
2007-08-15 23:11:52

mmg ler tomel…………cam pksuuuuuuu diaa!!! kwang3

..
 
Comment by tina
2007-08-15 23:13:13

huuuuu tomei…..

..
 
Comment by pat
2007-08-15 23:19:50

go lightspeed ni mmg cam hampeh….hari-hai aku sakit jiwa sebab go lightspeed ni…dah r tak leh nak topup mggu ni…line tenet ku dah nak xpired dah ni huuuuu…tension

..
 
Comment by gurl life
2007-08-15 23:38:29

hahhaaa…ko bru nk xpired…..aku ni dah expired maaaaaa…..curik line khai ni. kwang3

..
 
Comment by Khai
2007-08-16 01:05:33

alololo.. siannye korang… takpe la.. cyber cafe ada.. gi la menyumbang kat tokei dia sana.. hehaheha..

..
 
Comment by pat
2007-08-16 02:50:40

hahaha niza pnye tenet dah xpired ciannye…takziah takziah….esok giliran aku plak….jgn lupe ucap takziah kat aku esok isk isk

..
 
Comment by gurl life
2007-08-17 23:20:34

hahaa…amacam pat. dah xpired ko nyer tenet?? kwang2….xlupa aku ucapkan takziah buat patt dan tina……….hahahaaa..ades. setiap kali tpndang muke comel baby husna tuh…..terasa geram yg teramat ler…..alololo…naper comel bangat kamu yer

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post