Advertlets & Mobile88
Pelbagai perkara menarik terjadi dalam hidup aku hari semalam. Seperti biasa aku tidur pada pukul 6 pagi dan terjaga pada jam 11. Lewat pula hari ini mungkin kerana terlalu penat kelmarin. Pukul 4 petang aku ke campus gara-gara pensyarah mahukan kami menonton filem sebagai kesinambungan assignment untuk menulis movie review. Meskipun hari ini sepatutnya aku tiada kelas, tapi dengan berat hati, aku pergi juga menonton cerita Jeeper Creeper 2 itu. Menyampah aku nengok pelajar perempuan terjerit sana, terjerit sini. Tahu la seram tapi cara mereka menjerit itu, aku tahu tidak lain tidak bukan sekadar menarik perhatian sang lelaki untuk mengurat. Aku menyampah lihat orang seperti itu. Di dalam panggung wayang Limkokwing tu, ada satu perkara yang aku tidak sangka-sangkakan kerana aku terjumpa sesuatu. Alhamdulillah. Habis menonton filem dalam pukul 8 malam aku terpaksa menunggu bas pula dihadapan Limkokwing University. Dalam kebengangan menanggung kelewatan bas sampai, aku duduk berborak bersama Nieza dan rakan-rakan. Tiba-tiba datang sebuah Produa Kancil putih meluncur laju ingin membuat aksi ‘drift’ dihadapan kami semua yang lebih dari 100 orang ni. Tiba tiba terbalik la pulak. Berlari aku dan beberapa pelajar lain ingin membantu. Kereta yang terbalik itu kami tolak sehingga normal semula. Mereka bertiga yang kesakitan + malu terus naik kereta dan berambus pergi tanpa sebarang ucapan terima kasih. Tidak mengapalah sekurangnya butiran cermin kereta mereka yang pecah tu tetap bersama kami menunggu bas. Haha. Nasib tak sempat nak ambil gambar dek keadaan huru hara sangat. Kalau sempat, tentu menarik entry aku hari ini.
Aku menjenguk lagi ke akaun Advertlets. Alhamdulillah, permohonan aku dah pun diluluskan. Terima Kasih Advertlets. Kepada yang mempunyai blog atau website tidak kiralah dihostkan sendiri atau yang percuma, jangan segan-segan pasang iklan advertlets kat blog atau web kalian kerana ianya betul-betul tidak merugikan even pendapatan tak seberapa pun, siapa nak kasi kau duit senang-senang macam tu je? Dalam banyak-banyak advertising campaign, Advertlets adalah yang paling mendatangkan hasil untuk aku. Nuffnang? sehingga kini baru beberapa sen dek bahana cost per click campign yang mereka perkenalkan ๐
Aku juga ingin memperkenalkan sebuah website handphone preview kepada kau semua yang menghimpunkan semua jenama handphone di dunia dan ianya dari Malaysia. Aku tak tahu di mana kau mencari info dan maklumat mengenai sesebuah handphone yang kau minat. Almost i think di official website mereka bukan? tetapi bagi aku, Mobile88.Com adalah tempat paling sempurna pernah aku jumpa. Mungkin aku sukakan angka 88 di penghujung nama website itu kerana itu adalah tahun kelahiran aku. Kalian cubalah dan pastinya, aku tak sabar menanti hadiah N73 dari Kak Lea tu. Betul kata Kid, aku ni lucky guy kerana aku juga merasakan begitu kerana aku memang bertuah mengenali seorang insan yang sungguh baik hati seperti Kak Lea. Semoga beliau terus sukses dalam kerjaya’nya. InsyaAllah.
Psstt: Internet aku esok dah expired tapi tak boleh nak topup lagi coz pihak management membekukan penjualan topup prepaid broadband. Mungkin kerana ingin memboikot Go Lightspeed Broadband kerana servis taik mereka. What can i do now, go to Cyber Cafe to make a research for my assignment and update this blog or just kill myself in boring mood without internet. Nak nengok gambar hantu yang member aku tangkap?
Aku dah resizekan size gambar ini kepada 500x500px. Saiz asal 2000x2000px yang membolehkan aku melihat bayangan hantu itu lebih detail. Kalau kau seorang yang berani mahu lihat, sila PM aku secara personal. Gambar itu diambil oleh member baik aku semasa di Melaka baru baru ini. Beliau seorang student Limkokwing University yang mengambil course Diploma in Digital Photography. Mohd Shahrir namanya atau lebih dikenali sebagai Big Show.
hahahahaha aku tau ape yg ko jumpe…16 ogos mmg le hari yg paling menarik huhu..tgk movie yg rase cam best je..dapat lak tengok aksi hebat btol2 depan mate..isk isk tapi 1 bende je tak menarik….aku punye internet dah nak xpired ni…huuuuu…..
huuuuu khai ni..pekejadahnye hantu2 ni….isk isk..
hehe.. takpe pat.. seminggu je nanti leh topup dah.. sabar ye? hehehe….
isk isk merana hidup aku seminggu….sadis tol
Assalamualaikum…?Aku nak pic hantu tue…
giler adventure dapat nengok mamat berlagak bawak kancil sampai terbalik…. cis sayang, awat tak biarkan je depa, ho ho….
keta tuh dah ler tbalik…..org kt dalam tuh siap bleh lompat kuar tgelak2 lg….ampessss. kalo nieza ler….mst nangis dlu, keta dah pecah2 cam tuh. aper r……dah blah cam tuh je…kot ler nk check aper2 dlu yg rosak ke….bengong tol…malu ar tuhh
mus: tu ar.. kalau biarkan dah betul dah kan?
mamat: nape tak kasi email ko?
gurllife: diorang malu la tu cyg…
allow..mau tgk gambo antu tue …tolong hantar kat azhelmy@yahoo.com makacih…
allow…boleh tolong gambo antu kat e-mel azhelmy@yahoo.com..tq.
Sabar le..
gambo hantu tak nampak sangat le..
mobile88.com memang merupakan website h/phone yang best…. highly recommend..
tangkap gambar baru nampak hantu? huhh. ari2 ksu nampak hantu kat kiev ni.
[Comment ID #11549 Will Be Quoted Here]
huuuu.. ye ke? hantu apeee? hehehe..
Khai dah uploadkan kedua-dua gambar hantu tu (saiz sebenar).. siapa yang mahukan boleh PM khai melalui YM atau emailkan kerana sahabat khai tidak membenarkan khai edarkan secara terbuka (perlu menghormati permintaan dia)..
Gambar itu di tangkap dua kali dalam masa yang berbeza… sahabat khai tu tak nampak yang ada bayangan putih di situ tetapi di malam hari, nengok camera balik, baru nampak bayangan tu.. nak kata lens camera kotor tak logik kerana bayangan putih tu tidak berganjak dari sebelah kubur itu..
Kubur tersebut adalah kubur lama di Melaka..
aik….kt mna ni. gtau ler tempat nye……mana tau pnah pegi ker….betol ke tuh hantu????
betuk ke tidak tu hantu, Allahualam.. tapi bila nengok, kita sendiri leh pikir mana datang menda tu depan kubur… tiba tiba je dan x leh dilihat ngan mata kasar….
kat melaka.. dekat2 ngan kota afamosa tu.. kan ade kubur2 lama british..
ello bro!
blh tak gitaw skit cara nak request payment dari adverlets aku tak berapa paham la…adakah kita wajib request utk diorang bayar kat kita..
masuk page earning dan cash out je.. rm 100 baru boleh cash out..
kalau tak cash out, mmg sampai mati pun diornag x kan hantar.. hehe ๐
rm100 terlalu banyak untuk newbiew macam saya
rm 100 terlampau banyak untuk newbie