Internet Archive Wayback Machine.

wayback_machine.gif

Hari ini aku agak gembira. Kain baju yang sudah seminggu terkumpul tidak dibasuh, sudah aku selesaikan tadi. Dengan bayaran RM2, aku boleh basuh dengan sesuka hati aku berapa banyak pun. Terima kasih untuk semua pelajar rumah sebelah yang berkongsi duit beli mesin basuh separa automatik tu. Pergilah mati sama basuhan tangan. Kau tidak diperlukan lagi di saat aku sedang ‘pressure’ menyudahkan assignment yang tak pernah sudah.

Pinky kembali lagi. Aku begitu rindu dengan theme bewarna merah jambu ini sebenarnya. Ramai juga antara pengunjung yang mahukan theme ini. Jadi hari ini, aku kembali menggunakan’nya. Memang betul, hati aku pun sebenarnya terasa senang sedikit melihat warna yang menggambarkan kelembutan ini. Girlish gitu. Sungguh menambat kalbu sesiapa sahaja yang mempunyai hati seindah merah jambu. Kembalinya theme lama ini, membuatkan iklan dari Nuffnang kembali menyemak. Akan ku nyah’kan iklan yang tidak bermakna itu. Esok saja..

Bagaimana puasa anda semalam? ada lagi yang masih curi-curi makan atau merokok di dalam tandas? Hantuk’kan saja kepala di dinding. Sungguh tak malu masih berpijak di bumi Allah. Bagi aku, puasa tahun ini sama peritnya seperti tahun lepas. Waktu yang sama di mana aku sedang berhempas-pulas menyelesaikan tugasan dengan perut yang sedang lapar. Ikutkan nafsu buas aku yang meronta-ronta ini, mahu sahaja aku menyantap sebotol Coke tapi apakan daya, assignment bukan alasan untuk aku dan aku sedar, bukan aku saja yang melaluinya. Ramai lagi pelajar yang lain, di sini dan di seluruh dunia.

Oh, aku suka mengingati benda yang lalu tetapi bukan memandang ke belakang. Itu perkara yang perlu aku lakukan untuk aku terus menjadi lebih cemerlang dari yang sebelumnya. Begitu juga internet yang sudah sebati dalam kehidupan harian aku. Aku selalu melihat bagaimana rekaan sebuah website itu dulu dan kini. Kita bezakan. Melihat website sendiri dulu dan kini, membuatkan aku dapat mengenang kembali masa silam. Kau mahu lihat bagaimana ‘simple’nya Scukz.Com semasa kali pertama wujud di dalam maya ini pada 17 December 2005? Tekan butang tetikus belah kiri kau di sini dan lihatlah bagaimana ianya berubah dari masa ke semasa.

Jika kalian juga mempunyai website atau mahu lihat bagaimana buruknya rupa Google atau Yahoo yang dahulu, berkunjunglah ke Internet Archive Wayback Machine. Di bahagian komen nanti, sertakanlah archive website kalian. Aku mahu lihat bagaimana kalian membuat sesuatu pada website atau blog menjadi lebih baik dan sempurna.

Ditulis pada 5:01 AM 17 September '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 459 views | Dalam kategori: Daily Craps | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

9 Comments »

Comment by pat
2007-09-17 08:13:24

waaaaaaaaaa……dah ade mesin basuh ke khai….huuuuu ni yg dengki ni….dak pempuan tak de lak nak wat business dobi yg tersgt special camni…huhuhu camtu ke rupe scukz.com waktu 2005..

..
Comment by Khai
2007-09-17 11:44:51

ala… mesin basuh budak budak rumah bawah beli.. haah, camtu la rupa scukz 2 tahun lepas… kekekeke… budak form 5 buat page index tu.. hahaha….

..
 
 
Comment by syuxx
2007-09-17 20:50:20

ohohoho~ scukz memang simple2 sesangat tyme mula2..
ohoho~begitu perit nya membuat sbuah webb..
ehehe~ frenster overlay boleh masok ker dalam archive tu?? aku start web ngan frenster oberlay..ohohoho~ [dfi.speakerz.net]

..
 
Comment by azmie
2007-09-17 23:18:14

wahaha tak teringat aku rupa laman web aku dulu…start june 03 2004? herm…masa tu aku guner serendipity…tp sebenarnya aku start blogging seblom tu lg…huhu thx khai for giving the links… ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by gurl life
2007-09-18 04:21:01

cyg, nnt bsuhkan bju nieza skali eh…bleh x cyg..bleh kan…hehee

..
 
Comment by musnazdotnet
2007-09-18 10:38:36

jangan pressure2 buat tugasan khai…. cool jek… time posa ni la kita lagi laju buat keja sebab otak kita lebih ligat sebenarnya…. yeah!

..
 
Comment by hafreze
2007-09-19 16:50:14

haa…seb baek osmate aku best2..sume pn nk beli mesin basuh..tp..baru2 nie..sejak xbox menjejak kakinyer ke rumah ini..nmpaknyer osmate aku sume melepak dpn tv..huahuahua..patut ker aku charge mereke utk 2 ringgit sejam??

..
 
Comment by xtreme_paranoid
2007-09-19 19:08:39

salam. thanks byk2 khai..
site tuh mmg besh..
kadang2 klaka gak tgk design site lame2..
tapi pikir2 balik bukan senang nk wat site nih..
semua kene mula dari bawah..
tp haku x blh nk tunjuk archieve website haku..
coz aku mmg xder website, myspace ader ah

huhuhu

..
 
Comment by Eriyza
2007-09-20 14:48:03

Alamak, Khai dah mendahului plak wat ttg Wayback Machine nih. Akak baru je nak post benda yg sama. Huhuhu!!! Khai, jgn lupa jawab tag. :))

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post