Kenapa Khai Benci Zaman Sekolah? – Part 2

391 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini


6. Gangstarz, eh Gangster
– Rasanya kat mana-mana sekolah pun ada kelompok yang bodoh tapi bajet pegang satu sekolah mengalahkan ketua murid mahupun Pengetua sekalipun. Diorang ni sah-sah memang tak masuk kepala Khai. Tapi apa yang paling Khai ingat, masa tu tingkatan 2. Khai ada couple dengan seorang awek cun ni nama dia Nurul Farhana binti Samsuri (saja tulis penuh kot-kot dia search Google nama dia ke.. haha). Nak dijadikan kisah sadis, seorang dari geng otai’k kucing ni minat kat si Nurul ni. So mamat ni tak payah ngorat or cari jalan nak usya si Nurul ni dah. Cara dia mudah je, tarik Khai pergi belakang sekolah, ajak gaduh one by one tapi team dia bersepah keliling. Siapa kalah, lu pikirla sendiri apa nak kene buat kan? Bertumbuk sepak terajang la jugak sekejap. Tapi sebelum Khai kalah (haha), Khai cakap malas nak gaduh sebab perempuan dan dipersilakan wahai encik otai’k kucing oi. Hari ini, kalau nak tahu ape dah jadi kat Nurul Farhana tu, dia dah nak khawin pun dengan mamat yang tak pernah dia kenal pun masa form 2 tu. Haaa, nasib la kau tak gaduh sampai patah riuk Khai oi sebab perempuan. Kalau tidak, tak ke sia-sia tu? Mangkuk yang otai dulu tu pun, dengar cerita dah jadi Askar. Amin, ada juga masa depan kau ye? Haha, jangan saman saya. Bukan sebab saya orang susah tapi takut kepala kau pecah. Hehe.

7. Chenta Monyet
awek_form5.jpg”/>
– Alahai, ni sebenarnya nak cerita pun rasa macam dah transfer jadi monyet la pulak. Kalau sekarang ni korang dah masuk alam Universiti atau dah bekerja, mesti tersengih sorang-sorang terkenang kisah cinta monyet masa kat sekolah dulu kan? Tak pernah bercinta zaman sekolah? cukup-cukuplah cakap korang pergi sekolah hanya untuk belajar padahal kisah sebenarnya, korang tak popular pun kan? Hakhak. Sian dia. Tapi ingat, bukan semua cinta monyet tu hanya gayutan untuk sementara. Khai ada member yang couple dari sekolah hampir 9 tahun. Sekarang dah bahagia pun dia menanti kelahiran anak yang pertama. Wa salute sama lu la babe! Khai dulu time form 3 pernah couple dengan seorang akak yang 3 tahun lebih tua dari Khai. Nak tahu ape jadi dengan akak tu sekarang? Tengah jaga anak kat rumah la beb!! hahaha. Yang penting, sumpah itu bukan anak aku!! Hai, lawak nye la chenta cipanzi ni kan?

8. Poyo plus Loyo

– Masa form 5, Khai ade seorang member kelas ni nama dia Thines. Seorang pelajar india yang fasih berbahasa melayu. Ok la dia ni tapi apa yang kurang menyenangkan, dia ni tak boleh nengok ada orang lebih dari dia. Bukan Khai je la yang perasan, tapi satu kelas pun dah faham sangat. Ok fine la kalau dia nak lebih tapi kalau korang tahu camana cara dia nak lebih dari Khai tu, korang mesti rasa nak pelempang. Mula-mula Khai masuk Streamyx 512kbps, seminggu kemudian dia pun masuk Streamyx 1mb la pulak. Then Khai beli thumbdrive 256mb dengan harga RM150 (time tu ramai orang Malaysia tak tahu thumbdrive tu ape). Gila mahal kan time tu? Seminggu lepas tu, mamat india ni beli thumbdrive jugak. Punya banyak jenis thumbdrive ngan pendrive kat kedai, dia beli yang sebijik jugak. Warna, Saiz, Harga mahupun kedai pun sama. Oh tidak hampir jadi gila Khai dibuatnya. Khai beli pulak beg sekolah baru, selang beberapa hari je, dia pun beli beg sekolah baru dengan warna, jenama, saiz dan harga yang sama. Tak pasal-pasal member kelas cakap kitorang adik beradik la, boria la. Alahai memang dah gila Khai time tu. Dengan tiadanya sikit pun sifat ingin berlumba dengan dia, Khai beli plak MP3 Player. Beberapa hari lepas tu je dia bawak pergi sekolah MP4 Player. MP4 la pulak babe! Khai belajar design website dan beli domain Scukz dot com tu, dia pun beli domain tapi tak tahu ape fungsi domain tu. Hahaha. Kesian ke tidak tu?

Ini kisah yang memang benar-benar berlaku pada diri Khai. Korang pun mesti pelik kan? Tapi Khai tak kisah pun sebab Khai tahu dia jadikan Khai role model. Hahaha. Eh ade satu lagi. Khai yang struggle duk cerita kat dia yang Khai nak study kat MMU (time tu dia ingat MMU tu sejenis kuih), dia pulak sekarang yang tengah study kat MMU melaka. Khai dah tercongok kat Limkokwing University ni. Apekejadah’nya ada makhluk macam ni? Korang study MMU? kalau ye tolong bunuhkan dia untuk Khai. Khai kasi ganjaran terima kasih punya. Jangan risau. Haha

9. Tidur Awal
– Oh tidak. Dulu sentiasa parent suruh tidur awal. Pukul 10 je dah suruh tutup TV. Alasan esok nak sekolah. Aiseh, tak function la cam ni mak!! Nak layan Smackdown pun tak boleh. Memang tiap-tiap hari la Khai tercongok pandang syiling nak tunggu pukul 12 baru dapat tidur. Dulu pukul 12 dah boleh terlelap, cuba sekarang ni. Kalau tak pukul 6 baru boleh lelap, bukan Khai la tu. Mungkin hantu yang menyerupai Khai. Huuuuuu.. Err, itupun dengan syarat internet memang tak putus-putus 24 jam la. Kalau tidak, pukul 12 dah selamat tinggal dunia.

10. Buku!

– Kalau orang cakap buku tu teman hidup, itu bukan bagi Khai. Khai benci buku. Baru nengok je buku dari jauh dah rasa ngantuk. Hahaha belum bukak baca lagi tu. Dulu masa nak SPM, Khai punya anti dengan buku sampai Khai taip balik note dalam pc, then baca note dalam pc. Baru boleh masuk kepala. Kalau korang nak cakap Khai sengal ke apa, cakapla asal Khai bahagia. Result SPM aku bukan kau. Hahaha. Ye la, lain orang lain cara bukan? baru ada variasi dalam kehidupan. Pergi sekolah pulak, mesti diwajibkan bawak buku teks sedangkan cikgu mengajar tak pernah nak guna buku teks. Ape kejadahnya? Itu la dia sekolah.

Kenangan zaman persekolahan tak mungkin dapat kita rasa lagi lepas je habis paper SPM. Tapi kalaulah dapat ulang masa ke belakang, sumpah tak mahu masuk sekolah lagi. ahaks!!

Kalau ada yang baca entri ni masih di zaman persekolahan, sabar je la ye. InsyaAllah, korang akan rasa best tahap baban bila korang masuk alam Universiti nanti (kalau SPM korang tak melingkup). Korang jangan ikut macam Khai plak tak suka pergi sekolah. Suka tak suka, sekarang Khai dah lepas SPM dah pun. Dah lalui dunia Universiti yang indah. Ye la takkan lepas SPM korang nak kerja kilang, kedai makan mahupun stesen minyak sedangkan cita-cita korang nak jadi jutawan. Mimpi je la wei. Kepada yang tak merasai langsung alam universiti tu, percayalah yang korang dah miss satu alam remaja yang penuh warna-warni yang dipanggil, Dunia Baru. Tak saket, tak saket, tak saket.. haha. tak pasal-pasal teringat pakcik tua dalam cerita Dunia Baru the Movie tu. Hadoi.. Akhir kata, lu pikirla sendiri. Err, itu trademark Nabil. Khai curi je..

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 12:14 am 2 June '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 391 views
Dalam kategori: Daily Craps | Tweet This!

Eat This Google!: , ,


RSS feed | Trackback URI

36 Comments »

Comment by HaRiZ
2008-06-02 03:38:12

hahaha…budak thines gila kelakar pulak….aku ingat die kat MMU melaka Dah jadik Nigga kot…hahaha….ade gambar? aku dekat je ni ngan MMU melaka tu…meh aku transfer kemanusiaan aku pada assasins pulak…hahahha….

..
Comment by Khai
2008-06-02 06:24:21

kang aku letak pic dia, wanted plak mamat tu kang.. hahaha.. takpe la, dia pon dah x satu skolah atau lebih terperinci lagi, bukan satu U ngan aku.. so biarlah dia nak melingkup ke ape.. hakhak.. ganas gak ko ni ek?

..
 
 
Comment by nieza
2008-06-02 09:15:58

amboi2…..jeles nye saye baca……ahem ahemmmm

..
 
Comment by khaiphotography
2008-06-02 10:35:10

ambis lah si nieza dh jelez
hhahaa …

penat aku baca ..
tapi best!
hahaha ….

woi khai ..
ko x tulis ape2 kat buku rujukan tu kan ..
so transfer kat aku! …

aku SPM tahun nie ….
xdew buku rujukkan …
ahaks!… kidding :p

..
Comment by Khai
2008-06-03 09:21:06

buku buku tu semua dah pun aku kekahkan kat jiran aku.. hahaha..

..
 
 
Comment by nawkaz
2008-06-02 13:46:55

pergghh..buku pnye la byk…mcm aku la jugak ngko ni..time beli buku bkn main semangat..tp ble nk beli pnye la pemalas nk bace..kalo bace pun sure tido..x pun main enset..hahaha

..
 
Comment by Sheila
2008-06-02 16:36:36

hek2! ;p nieza pun dah jeles..

heran dgn perangai lelaki yg suka bergaduh disebabkan seorang perempuan .. cinta monyet la tu.. ehek! ;p

..
Comment by Khai
2008-06-03 09:20:28

masa skolah maybe otak sang lelaki ni tak berkembang.. bila dah keluar gi university atau kerja, baru perasan melambak lagi perempuan kat luar tu.. hehehe

..
 
 
Comment by Fahmishah
2008-06-02 22:31:55

bile pk balik..zaman sekolah lah paling best..huhu

..
 
Comment by azleah
2008-06-03 07:56:50

aku suka part poyo tu. hikhik. aku ni xde la popular sgt, stkt vice chairman english language society je. dulu masa form 4 & 5, aku selalu gak curi2 bawa ipocketdv milik bapa aku *haha*, ada gak kwn yg jeles. masa tu aku la konon yg di”cop” kaya :p klu mereka nak guna ipocketdv tu pun aku bagi je, then masa form 5 ada sorg kwn yg x puas hati aku ada segala-galanya mula la ikut style aku gak. aku guna beg ala bandit (kira mcm beg askar tu), minah tu pun ikut sama. aku guna beg warna putih, dia pun beg putih gak. ishhh gila apa. nasib aku pandai sikit dr dia huahuahua. masa baru smpi sabah tu terserempak gak dgn dia, jadi ticket-sales-girl lak dia, ish ish ish, ingatkan dia tiru sama gaya aku yg suka belajar masa dlm kelas haha. never mind la, masing² punya jalan hidup.

..
Comment by Khai
2008-06-03 09:19:31

tiru punya tiru, jadi gadis penjual tiket.. isk isk.. sadis gile..

..
 
 
Comment by Sabri
2008-06-03 10:05:52

ahaks.. ko pny kisah persekolahan same la cm aq skrg.. ish3..

..
 
Comment by samat
2008-06-03 12:18:59

khai, xkan la pompuan tuh nak googlekan name die??? hehehe.
tak baik la ko dedahkan sebijik2.
sian bdk tuh.

..
 
Comment by Uncle G
2008-06-03 12:46:12

pakcik dah lama tinggalkan zaman sek. tapi masa zaman sek dulu pakcik la hero sekolah.. hahahaha… selalu fly

..
 
Comment by miss madiey
2008-06-03 23:12:43

heheh.. besh la…

khai, ade part 3, x..??

..
Comment by Khai
2008-06-05 21:32:29

takde… since komen2 korang kalau dicampurkan dah sampai part 9 pon.. heheheh

..
 
 
Comment by xmindfreakx
2008-06-04 12:26:08

ahaha..zaman sekolah dulu,aku penjual rokok yang berpengaruh disekolah..so,aku suke zaman sekolah aku.hahaha..
Khai,aku jumpa cinta realiti bila aku sudah keluar dari IPT..zaman bekerja..

..
Comment by Khai
2008-06-05 21:35:03

ooo ye ke… congrate bro.. itu lah, ade yang dapat jodoh lepas abis skolah.. lepas abis U dan lepas mula kerja… tapi ade juga yang dah sampai abis muda pun baru dapat jodoh.. yg x dapat pun ada.. jodoh ditangan tuhan ye tak….

..
 
 
Comment by nUUr
2008-06-05 10:11:41

mamat india tu nk tiru mcm khai,konon2 dpt awek ramai mcm khai la kot.mujur nama xtuka sejibik mcm khai.haha.tnya die,nama xnk tuka same jgk ke, 🙂

..
Comment by Khai
2008-06-05 21:35:39

bila plak ade awek ramai ni.. hahahaa.. hurmmm…. takde ar.. biar je la dia.. asal dia bahagia..

..
 
 
Comment by titan
2008-06-06 06:21:24

aku tunggu part 3 plak..

..
Comment by Khai
2008-06-06 21:37:42

takde sambungan lagi dah bro…
tapi entri ni kalau ada 11, yang sebelah tu mesti Khai cerita pasal betapa jahatnya Khai masa tingkatan 5 jadi lanun cetak rompak. Abis semua album terbaru, movie terbaru dan lain lain Khai burn jual kat budak2 skolah.. sampai cikgu pun order.. pengetua pun order jugak.. kira Khai la jutawan masa sekolah dulu. Menjual barangan cetak rompak memang sesuatu yang menggembirakan..

..
 
 
Comment by FezRee
2008-06-11 20:44:05

aku plak kalo pasal dunia baru…..
teringat plak… sepoloh dua poloh…3 poloh…..
lolz saripah ainun .. p ramlu wakakakkaka
bangla2 petronas….wukakaka

..
 
Comment by Nenek Awek mude
2008-06-12 11:11:07

hai tini…..buat per tu???ingat tak lagi zaman sekolah kita???

..
Comment by me amor
2008-06-12 11:21:51

wawawawawa….zaman sekolah yang penuh ngan knangan….hehehehehe….klau pat ada lagi best ni….leh dia join 2 kaki…..pat oi…..dimanakah dikau….ingat lagi tak zaman muda kita dlu….hahahahahaha

..
Comment by Nenek Awek mude
2008-06-12 11:26:10

tu ar…dulu dah ar suke lari dari cikgu…asal time kimia jer mesti ngantuk…time amt lak leh bulat jer bijik mata…hehe…tapi paling best masa form 4 ngan 5 ar…semua ader…pat…miah….acu…sekarang nie semua dah tercampak jauh….khai….pulangkan pat……

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by me amor
2008-06-12 11:40:13

eleh….ckap jelah yang ckgu add math tu dah jadi bf sendri…
khai….ko ada nmpak tak nurul fatihah???
nape dia menghilang???ataupn tmpat korang intern tu kdekut sngt nak bg korang gne intrnet???erm….mlasla nak kutuk tmpt korang intern tu bnyk2…hahahahaha

..
Comment by Nenek Awek mude
2008-06-12 11:43:28

tu ar…dah ar tenet macam siput sedut..lembap…haha..jahatnye aku nie…tapi aku pelik ar ngan pat nie…terus menghilang sejak prak nie…mesej pun jarang…mentang2 ar dapt kat lkw…bukan cam kite..dpat kat tempat cikai2 jer….

..
Comment by me amor
2008-06-12 11:50:51

tak ar lempab sangat…masih di tahap leh dipertimbangkan…..hahahaha….. pat….pulanglah….. mak ko rindu kat ko….hahahaha

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Khai
2008-06-12 23:50:47

hehehe.. korang ni buat projek anjuran bersama ke penuhkan komen box blog aku ni? hah? huhu..

pat? dia sihat je kat sini.. dia merajuk kot… korang la x mo jenguk dia kat limkokwing ni.. sunyi dia tanpa korang..

ahaks!! nasib aku ade 😛

..
 
Comment by Nenek Awek mude
2008-06-13 11:42:37

eleh…merajuk konon…ko rasa birthday aku nanti die wish tak???haha…kim salam kat pakcik rozz ye……

..
 
Comment by me amor
2008-06-13 12:12:30

tina ar paksa aku komen blog ko ni……eeeee……pat majuk ke??? patut ar senyap je….hehehehehe…..aku nak gi sana tak de driver ar….driver lari…

..
 
Comment by amy
2008-10-15 18:23:03

memang sekolah ni ade yg manis dan ader yg pahit,dibenci,macam-macam la..tapi kiter kene ingat, tanper sekolah dan guru2 yg poyo2 tu, xmungkin kiter menjadi salag seorang student di Universiti.
for me, jadi seorang school student, is the best memories in my life (^_^).walaupun aku bukan pelajar target but now i’m graduated from UPM dan bagi aku SMKSP is the BEST

..
 
Comment by hana
2009-04-18 01:49:20

zaman skola dl.. ade best, ade yg xbest.. ak dikenali sbg bdk skema, pndi, baek… hakikatnye ak la la kaki ponteng kls.. tp xpenah kene tgkp.. hehe 🙂 pe2 pn bg ak zaman plg best zmn matrix kot.. zaman u sgt2 bz.. xdpt nk njoy sgt pn.. mayb sbb course ak… 3 thn lg~

..
 
Comment by nur fadhilah
2010-09-30 23:07:27

aku pon x hingin aku putar balik mase!pastu jadi dak skolah balik!!! x mau!!

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

  • Rangkuman Entri di Justkhai Untuk Tahun 2008 - Just Khai (dot) Com

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?