Kenapa Khai Benci Zaman Sekolah? – Part 2


6. Gangstarz, eh Gangster
– Rasanya kat mana-mana sekolah pun ada kelompok yang bodoh tapi bajet pegang satu sekolah mengalahkan ketua murid mahupun Pengetua sekalipun. Diorang ni sah-sah memang tak masuk kepala Khai. Tapi apa yang paling Khai ingat, masa tu tingkatan 2. Khai ada couple dengan seorang awek cun ni nama dia Nurul Farhana binti Samsuri (saja tulis penuh kot-kot dia search Google nama dia ke.. haha). Nak dijadikan kisah sadis, seorang dari geng otai’k kucing ni minat kat si Nurul ni. So mamat ni tak payah ngorat or cari jalan nak usya si Nurul ni dah. Cara dia mudah je, tarik Khai pergi belakang sekolah, ajak gaduh one by one tapi team dia bersepah keliling. Siapa kalah, lu pikirla sendiri apa nak kene buat kan? Bertumbuk sepak terajang la jugak sekejap. Tapi sebelum Khai kalah (haha), Khai cakap malas nak gaduh sebab perempuan dan dipersilakan wahai encik otai’k kucing oi. Hari ini, kalau nak tahu ape dah jadi kat Nurul Farhana tu, dia dah nak khawin pun dengan mamat yang tak pernah dia kenal pun masa form 2 tu. Haaa, nasib la kau tak gaduh sampai patah riuk Khai oi sebab perempuan. Kalau tidak, tak ke sia-sia tu? Mangkuk yang otai dulu tu pun, dengar cerita dah jadi Askar. Amin, ada juga masa depan kau ye? Haha, jangan saman saya. Bukan sebab saya orang susah tapi takut kepala kau pecah. Hehe.

7. Chenta Monyet
awek_form5.jpg”/>
– Alahai, ni sebenarnya nak cerita pun rasa macam dah transfer jadi monyet la pulak. Kalau sekarang ni korang dah masuk alam Universiti atau dah bekerja, mesti tersengih sorang-sorang terkenang kisah cinta monyet masa kat sekolah dulu kan? Tak pernah bercinta zaman sekolah? cukup-cukuplah cakap korang pergi sekolah hanya untuk belajar padahal kisah sebenarnya, korang tak popular pun kan? Hakhak. Sian dia. Tapi ingat, bukan semua cinta monyet tu hanya gayutan untuk sementara. Khai ada member yang couple dari sekolah hampir 9 tahun. Sekarang dah bahagia pun dia menanti kelahiran anak yang pertama. Wa salute sama lu la babe! Khai dulu time form 3 pernah couple dengan seorang akak yang 3 tahun lebih tua dari Khai. Nak tahu ape jadi dengan akak tu sekarang? Tengah jaga anak kat rumah la beb!! hahaha. Yang penting, sumpah itu bukan anak aku!! Hai, lawak nye la chenta cipanzi ni kan?

8. Poyo plus Loyo

– Masa form 5, Khai ade seorang member kelas ni nama dia Thines. Seorang pelajar india yang fasih berbahasa melayu. Ok la dia ni tapi apa yang kurang menyenangkan, dia ni tak boleh nengok ada orang lebih dari dia. Bukan Khai je la yang perasan, tapi satu kelas pun dah faham sangat. Ok fine la kalau dia nak lebih tapi kalau korang tahu camana cara dia nak lebih dari Khai tu, korang mesti rasa nak pelempang. Mula-mula Khai masuk Streamyx 512kbps, seminggu kemudian dia pun masuk Streamyx 1mb la pulak. Then Khai beli thumbdrive 256mb dengan harga RM150 (time tu ramai orang Malaysia tak tahu thumbdrive tu ape). Gila mahal kan time tu? Seminggu lepas tu, mamat india ni beli thumbdrive jugak. Punya banyak jenis thumbdrive ngan pendrive kat kedai, dia beli yang sebijik jugak. Warna, Saiz, Harga mahupun kedai pun sama. Oh tidak hampir jadi gila Khai dibuatnya. Khai beli pulak beg sekolah baru, selang beberapa hari je, dia pun beli beg sekolah baru dengan warna, jenama, saiz dan harga yang sama. Tak pasal-pasal member kelas cakap kitorang adik beradik la, boria la. Alahai memang dah gila Khai time tu. Dengan tiadanya sikit pun sifat ingin berlumba dengan dia, Khai beli plak MP3 Player. Beberapa hari lepas tu je dia bawak pergi sekolah MP4 Player. MP4 la pulak babe! Khai belajar design website dan beli domain Scukz dot com tu, dia pun beli domain tapi tak tahu ape fungsi domain tu. Hahaha. Kesian ke tidak tu?

Ini kisah yang memang benar-benar berlaku pada diri Khai. Korang pun mesti pelik kan? Tapi Khai tak kisah pun sebab Khai tahu dia jadikan Khai role model. Hahaha. Eh ade satu lagi. Khai yang struggle duk cerita kat dia yang Khai nak study kat MMU (time tu dia ingat MMU tu sejenis kuih), dia pulak sekarang yang tengah study kat MMU melaka. Khai dah tercongok kat Limkokwing University ni. Apekejadah’nya ada makhluk macam ni? Korang study MMU? kalau ye tolong bunuhkan dia untuk Khai. Khai kasi ganjaran terima kasih punya. Jangan risau. Haha
(more…)

Posted on 2 June '08 by , under Daily Craps. 36 Comments.

Kenapa Khai Benci Zaman Sekolah? – Part 1

Time-time cuti semester macam ni, bila balik kampung tu, mesti lalu depan sekolah. So nak taknak, macam-macam ler kenangan best ngan tak best yang masuk dalam kepala ni. Masa kat Universiti, lecturer tak macam cikgu. Student pulak semua boleh dikatakan satu taraf tak macam kat sekolah dulu ada pengawas, ketua kelas dan macam-macam lagi la. Eh tapi kat campus kira Khai ketua kelas cuma takde la dipanggil ketua kelas. Dah macam budak sekolah plak bunyiknye. Ianya dipanggil? Class Rep. Hehe. Ada la lagi student yang jadi Embassador la ape la.

Ok sambung pasal teringat zaman sekolah tadi, entri kali ni Khai nak senaraikan beberapa perkara zaman sekolah yang bila dikenang balik masa zaman Universiti ni, rasa macam nak pergi bakar je sekolah tu.Tapi harap maklum, ini semua atas pengalaman Khai sendiri dan kejadian di sekolah Khai.

1. Salin Semula
– Khai betul-betul tak faham, kenapa dulu cikgu mesti suruh salin semula soalan dalam buku latihan dulu then jawab soalan kat bawah dia. Pernah dulu Khai taip semula soalan tu then tampal dalam buku, sekali kena piat telinga juga. Nasib Khai taip, kalau fotostat la agaknya, lagi parah. Dia cakap kenapa pemalas sangat?!! Pelik bukan? Bukankah itu memudahkan murid. Mana yang penting, soalan atau jawapan wahai guru? Lagi haru ada pelajar yang salin soalan, then baca soalan dari buku teks juga. Alasan sebab tak faham dengan apa yang dia salin. Ape taknye, tulisan macam cakar mak ayam. Hehe..

2. Datang Lambat
– Masa form 5, Khai adalah seorang pengawas dan kebisaannye, Khai bangun tidur jam 6:30 pagi. Lepas siap-siap semua, pergi sekolah dalam jam 7:15 pagi. Time tu, mana-mana sekolah pun, paling lewat boleh sampai pagar jam 7:30 pagi. Dek kerana guru HEM yang poyo, waktu paling lewat sampai pagar adalah jam 7:00 pagi. Wtf? Tak kiralah pengawas atau murid biasa, kalau dah lebih pukul 7 pagi tu, nasiblah. Kena rotan dengan cikgu lelaki, boleh tahan lagi just sekali kat punggung. Dapat kat guru HEM perempuan, hurm nahaslah puting. Dia main cubit kat puting daaa.. Gila seks mungkin.

3. Lepas Tangan

– Bagi mengelakkan pelajar-pelajar sampai lewat ke sekolah, pihak sekolah menyarankan pelajar ke sekolah dengan motosikal. Khai pun pergi la sekolah dengan motor lama Khai dulu. Suzuki RGV biru je beb masa tu. Tu pun dah kira motor paling “kaya” kot masa tu dan menjadi motor idaman para wanita yang gemar menumpang. Hehehe. Memang hebat kan cadangan pihak sekolah tu sampaikan diorang siap sediakan tempat parking untuk motor kat depan sekolah. Tapi yang bangangnya, kadang-kadang ada JPJ datang buat sportcheck motor sambil cari tuan motor tu mintak lesen. Yang kejamnya, bila jadi macam tu, pihak sekolah kelu seribu bahasa. Tak nak masuk campur langsung. See?

4. Ragam Kelas

– Masa Khai form 5 dulu, lantai kelas Khai bukan lantai biasa tapi ada mozek. Masuk kelas siapa pakai kasut, jawapannya kalau kepala tak kena luku tiga kali dek cikgu Rahman (kurang ajar betul main kepala), mesti kena duduk luar kelas sampai balik. Masalahnya, bila dah bukak kasut, ramai plak student yang pakai stokin duk main ski atas mozek tu. Licin la katakan. Hasilnya, stokin putih boleh bertukar jadi hitam dan bila pakai kasut, hah lihatlah hasilnya di bahagian dalam kasut tu. Eeee.. geli..

5. Jerat
Kat belakang kelas Khai juga terdapat papan karem (mainan jentik2 buah masuk lubang tu la) dan juga papan main dam yang siap ada tutup oren lagi. Apa yang peliknya, cikgu-cikgu buat-buat tak nampak atas kewujudan permainan tu. Khai pun masa masuk kelas kali pertama dulu memang dah nampak permainan tu. Tapi baguslah, at least kitorang boleh release tension ape lagi lepas subjek Add Math yang menggunakan kepala lutut tu. Tapi lama-lama kitorang rasa ianya bagai sebuah jerat. Apa tidaknya, kalau la ada cikgu yang masuk time kitorang happy-happy main karem atau dam belakang kelas, hehe, malaslah nak cerita. Lu pikirlah la sendiri bak kata Nabil.

lagi? ada lagi.. tapi.. dalam part 2 nanti yang lebih menarik. Tunggu ek! 😛

psstt: Tolong jangan kasi komen macam cikgu banyak berjasa la, Khai tak mengenang jasa la dan apa-apa pun komen yang poyo since entri ni masih ada sambungan. Untuk komen kali ni, please sokong Khai atau nak tolong kutuk cikgu or sekolah korang pulak, dipersilakan. Ok guys!!

Posted on 29 May '08 by , under Lain-lain. 42 Comments.